Fais-SKA

Saturday 8 June 2013

Tahniah Untuk Mereka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA buat semua =) harap korang sentiasa sihat selalu. Cuti sekolah ni ramai betol yang kahwin kan, termasuklah kawan rapat ambe. Apa pun tahniahlah buat mereka yang berkahwin, bertunang atau pun baru dirisik hehehe. Tahniah la sebab anda dah berjaya bina masjid anda sendiri, semoga hubungan tu berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Sembang bab kahwin ni, semalam ambe pergi akad nikah kawan rapat ambe, ingat tak nak pergi sebab takut sesak, last-last kawan datang ambil jugak. Alhamdulillah la dengan sekali lafaz, kawan ambe tu dah jadi suami buat pasangannya =).

Harini ambe tak dapat nak datang majlis perkahwinan diorang. Sah-sah bila majlis perkahwinan ni sesak kan, hehehe nasib baik la dah tunjuk muka semalam, kawan tu faham la kot, sorilah sebab pergerakan ni terbatas sangat =). Apa pun ambe doakan kawan ambe tu bahagialah dengan pasangannya, semoga dirahmati Allah selalu dan berkekalan hingga ke syurga. Seronok kan kahwin ni, macam-macam benda boleh buat bersama-sama dan yang paling manis adalah beribah bersama-sama, lepas tu raya pun sama-sama heeeee =).

Nah..hadiah untuk kawan baik =). Saje buat pengantin perempuan tu senyum lebih, tandanya dia suka dan sayangkan kawan ambe heeeeeee... Tak sangka kawan yang sempoi-sempoi dah ramai kawin, tersenyum sorang-sorang dibuatnya =) Ehem-ehem, lepas ni kalau plan nak pergi honeymoon, nak ikut sekali boleh??? hak hak hak ^^. Semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Giveaway by Waney Zainuddin - Duit Raya 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah harini nak join GA dari kak Waney =) belum puasa dah nak bagi duit raya tu, sape tak nak kan hehehe. Yang belum ganti puasa jangan lupa ganti puasa korang. Terima kasih Nies sebab tag ambe, tengok syarat pun senang, so nak support la GA ni. Jum kita pakat join, in.shaa.Allah mana tahu rezeki korang.

Klik banner kalau nak join =)

Tarikh tutup:
6 Julai 2013
atau 
Bila peserta mencecah 100 orang
(which ever comes last)

Mangsa tag~ Me, SK, BroPheonix


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)