Fais-SKA

Wednesday, 29 May 2013

Senyum, Tak Perlu Kata Apa-Apa

Salam dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat-sihat selalu di samping orang tersayang =). Kelmarin ambe ke Hospital Besar Terengganu di bahagian Ortopedik. Seperti biasa ambe ada appointment dengan doktor pakar tulang. Biasanya perjalanan dari rumah nak ke Terengganu ambil masa 1jam setengah je. Tapi gatal sangat nak lalu ikut highway, terus jadi 2jam. Ingat boleh sampai cepat la, last-last jem pulak kat Bukit Payung, senyum jelah..tak perlu kata apa-apa =).

Tulang Kaki Mula Tumbuh

Bila dah sampai hospital tu memang agak lewat jugak la, masa tu dah pukul 10 lebih. Tapi orang yang menunggu di bahagian ortopedik masih lagi ramai. Alhamdulillah, hampir 4jam menunggu nama ambe dipanggil, hahaha 4jam kot (pecah rekod terus), ambe siap guling-guling lagi atas kerusi menunggu, nasib baik tak terlelap je. Sekali lagi senyum, tak perlu kata apa-apa =). Okeh kali ni ambe jumpa dengan dokor lain pulak, 3 kali pergi mesti 3 kali jumpa doktor lain. Tapi kali ni jumpa doktor yang friendly la, ada berita baik buat ambe.

Alhamdulillah berita baiknya, tulang dah mula tumbuh dengan baik, tapi still tak bersambung lagi. Lepas tu simen pun dah boleh buang separuh, buang sampai lutut je, sebab sebelum ni simen sampai peha. Bila dah buang simen, lutut ambe memang tak boleh lipat ke belakang, sebab urat dan saraf kecut. Sekarang agak sakit jugak la nak gerakkan, kena buat treatment sendiri dulu bagi lutut tu ok. Next, macam biasa la doktor mesti bagi appoinment yang seterusnya. Tapi sebelum tu doktor bagi ambe MC lagi 2 bulan.....hahaha speechless jap....sekali lagi senyum, tak perlu kata apa-apa =). Next appointment 27 july pulak, bulan ramadhan kot time tu. Takkanlah tahun 2013 nak cuti 1tahun kan, ambe rasa nak pergi mengurut la pulak, mana tahu minggu depan dah boleh jalan dan terus boleh kerja.

Piala FA 2013 | Terengganu VS Kelantan

Dah settle dengan hospital, terkejar-kejar pulak nak balik, sebab nak tengok Keropok Lekor vs Budu. Kalau pergi hospital dengan kawan, confirm dah melencong ke stadium tengok bola =). Di pendekkan cerita dapat jugaklah tengok 2nd half, walaupun Keropok Lekor kalah pada Budu 6-5, ambe tetap puas hati dengan semangat juang para pemain. Ingat Budu boleh menang ke kalau 2 orang pemain Keropok Lekor tak kena kad merah. Pape pun adatlah tu kalah menang kan, ambe nak Budu menang piala FA kali ni hehehehe. Akhir sekali majulah sukan untuk Malaysia, senyum tak perlu kata apa-apa =) Wassalam.


P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday, 27 May 2013

MaLware!!


Salam dari SKA buat semua =). Harap korang sentiasa sihat bersama orang tersayang. Nak tanya sikit ni, jika korang tahu pasal Malware, kongsi-kongsilah ape yang korang tahu keh. Tadi tengah syok duk godek-godek blog orang lain, terganggu pulak dengan notis seperti gambar kat atas tu. Bila dah keluar macam tu tak jadilah niat nak terjah blog tersebut.

Sejak dua menjak tiga menjak ni, banyak pulak blog keluar notis Malware. Ape penyebab jadi macam tu yup??, masalah berpunca dari kita ke atau masalah laman web tersebut??. Bila dah jadi situasi seperti kat atas tu, teringat blog bro ZakiRasli. Dalam entry dia yang lepas-lepas, dia ada cerita bab Malware. Siap bagi link untuk korang scan laman web korang dari Malware.

Korang boleh ke----> SUCURI.NET

Korang boleh cuba scan blog korang atau sebarang laman web, in.shaa.Allah bebas dari Malware. Tak salah kalau mencuba kan. Sekiranya korang ada info lagi best pasal Malware ni, kongsikan je kat sini. Wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)