Fais-SKA

Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Thursday 16 May 2013

2 in 1 Yang Bermakna


Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat selalu. Hari ini "Hari Guru", ambe ambil kesempatan nak ucap "Selamat Hari Guru" untuk semua golongan pendidik kat Malaysia. Jasa guru hanya ALLAH je dapat balas, sangat besar pengorbanan mu buat para pelajar. Saidina Ali r.a pernah berkata, ilmu itu lebih utama dari harta kerana ilmu adalah warisan para nabi. Nak menuntut ilmu pun mestilah kena ada guru sebagai pembimbing, kalau takde, takut hidup dalam kesesatan pulak nanti. "Terima Kasih Cikgu".

Tajuk entri ni 2 in 1, nak tahu sebab ape?? hehehehe, hari ni jugak (16-mei) merupakan Hari Lahir ibu ambe =). Senang je nak ingat kan, sebab tulah 2 in 1, tarikh yang tak dapat dilupakan. Sanah Helwah ibu, semoga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna, bahagia selalu dan dirahmati ALLAH, amin. Tiap-tiap hari adalah hari ibu. Kita sebagai anak kenalah ingat ibu kita tiap-tiap hari. Besar pergorbanan ibu sebab dah lahir dan membesarkan kita dengan sempurna =).

Jangan lupa amalkan doa ni selepas solat, amalkan selalu. Hadiah yang terbaik buat ibu bapa adalah doa daripada anaknya sendiri =)

Ada 1 video ambe nak kongsi, lagu untuk wanita yang bergelar ibu. Lirik lagu ni terbaik la bak hang, penuh dengan makna. Mungkin korang pernah dengar lagu ni. Ambe nak menyanyi suara tak best, suruh orang lain jelah nyanyi untuk ambe =). Yang penting lagu ni dari hati seorang anak buat ibunya. Hargailah ibu bapa korang seadanya dan luangkan la masa bersama mereka selalu. Semoga bermanfaat, Wassalam..


Nota SKA - Senyumlah kerana senyum itu sedekah, senyum itu pengundang rezeki, senyum itu penawar yang mujarab dan senyum itu memberi kebahagiaan..Senyum Sokmo =)

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)