Fais-SKA

Saturday 27 April 2013

Sejuk Mata Dan Sejuk Hati


Salam dari ska buat semua. Harap korang sihat-sihat selalu dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH. Ce korang tengok gambar anak kecil kat atas ni. Sejuk je mata memandang kan, sampai ke hati ni pun sejuk dan tenang je tengok dia =). Siapa yang tak sejuk mata tu, mata korang ada problem la tu, baik gi check kat hospital cepat-cepat hehehe. Sangat comel anak kecil ni, harap dia sihat-sihat selalu di samping familynya. Agak-agak dari mana asal si comel ni yup?? Kalau dia orang Palestin atau Iraq, ambe doakan dia masih hidup dan dapat istiqamah dalam Agama Islam. Sayangnya kalau ciptaan ALLAH yang sangat comel ni syahid di tangan orang yang tak berperikemanusiaan.

Bila tengok baby yang comel-comel, teringin nak ada anak sendiri. Syukur sangat-sangat kalau ada anak kan. Siapa nak bau syurga, baulah baby yang baru lahir (wangi je). Ambe ni teringin nak anak perempuan sebenarnya hehehehe, dah name lelaki, mestilah suka kat perempuan =). Tapi kan bialah dapat anak sulung lelaki, dapat jaga adik-adik dia nanti. kalau dapat kembar lagilah ambe nak. Huhuhu syukur yang teramat sangatlah kata orang. Ambe ni ada 2 orang anak saudara taw, dua-dua umur tak sampai setahun lagi (hahahaha bangga siot, padahal orang lain dah berdozen-dozen anak saudara). Meh ambe perkenalkan baby-baby yang teramat comel neh.

Haaa..yang ni anak saudara ambe yang 1st. Anak kakak kesayangan ambe. Nama diberi Nur Muhammad Haziq. Sangat comel dan bila senyum je keluarlah lesung pipit dia tu. Gambar poyo je ni, kononnya pandai pegang baby. Padahal pegang tak sampai seminit pun, cium baby je lebih =). Agak-agak nampak macam bapa mithali tak?? hak..hak..hak. Besar nanti jadi anak yang soleh yup haziq =). Sory gambar sedikit kabur, snap pakai N3310 je pun.

Ni anak saudara ambe yang ke-2. Nama diberi Syauqina Hawani. Actually ni anak kawan baik ambe. Kira anak saudara ambe jugak la kan hehehe. Ambe sayang kat baby kecil ni =). Ayah syauqina Hawani kawan baik ambe sejak umur 8 tahun lagi. Kitaorang pun dah macam adik beradik. Syauqina ni ada pipi yang tembam dan mata yang comel. Besar nanti jadi anak yang solehah yup Syauqina =).

Nak Rasulullah mengaku korang umatnya?? Ikutlah sunnah Rasulullah, kahwin dan lahirkanlah zuriat. Sesungguhnya anak tu rezeki. Bersyukurlah dengan anak yang dikurniakan ALLAH dan coraklah anak korang dengan Agama Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah =). Wassalam.


Dalam satu hadis pula, Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:
((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”
(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789,
Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

27 comments:

  1. Salam ukhwah dr bunda...ambe cpt lah kahwin...nti blh dpt ank sndiri plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaALLAH bunda =) dah smpai seru kawen la sy

      Delete
  2. Sayang anak sedara tidak sama sayangnya jika ada anak sendiri, lagi best!...Baik kahwin cepat! :)

    ReplyDelete
  3. nama baby first tu cantik..! makna pun cantik juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3 betol tu nana =) yg ke2 pn cntik jgak..

      Delete
  4. Assalamualaikum S.K.A.....

    comel weh....anak buah mu....mesti macam pak saudaranya juga kan....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam kak =) trima kasih, baby 2 comel lg, p.sdra dia xcomel..tp manis skit 2 ade la hehehehe..

      Delete
  5. salam ziarah, comelnye ank sedara S.K.A . Nak anak cepat2 la kawin yek. Hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih2..tp sy comel lg..hak3..inshaALLAH ada rzeki lbih sy kawin cpat :)

      Delete
  6. olo comelnya anak sedara....^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, baby mmg comel..doodle cik.deno pn comel jgk :)

      Delete
  7. comey baby2 sekelian nih, mereka suci dan bersih :)
    akak ni dah lama kawen, tolong doakan akak dik bagi dapat anak kembor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3 trima kasih :) bru nk mrasa ada ank sdara..inshaALLAH..sy doakan akak Tihara dikurnia anak kembar yg comel dan sihat2 je..AMIN YA ALLAH :)

      Delete
  8. wahh cecomey je ank buah =D rasa nak geget-geget je. kut .
    memula je xbiasa pegang baby.. lelama biasa la tu. mcm sya la. takut nk pegang baby sbb tulang baby lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..mmg comel, jgn ggit..alahai cian beby 2 law kena ggit, kizz xpe hehehe..betol 2 syahirah, kena pgg elok2..

      Delete
    2. ahaha. nangis lak baby tu kang.

      Delete
    3. (^_^) xpe, nges manja2 je..

      Delete
  9. tahniah ska dpt ank sedara...berpsngn lak 2....hehe..ingtkan bru sorg ank sedara..upenye dh 2 org...nnt dh kawin..suh isteri lahir ramai beby k...rezeki 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima ksih :) inshaALLAH ada rezeki tak kemana

      Delete
  10. Budak2 meme comey bro... try tgk pak sedara dia? jauh panggang dari bara gagagaga pettakkk...

    oit cari isteri yg blh melahirkan anak banyak?... wauuuu gagagaga pettakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3..awat?? tu semua rezeki ALLAH bg, kte mn thu =)

      Delete
  11. mmg geram je ngn baby2... heee~~ rindu si rizq.. >.<

    ReplyDelete
  12. sebenarnya tertarik sgt dgn gambar tu. moga dpt jodoh yg baik. :)

    ReplyDelete