Fais-SKA

Monday 6 May 2013

Ujian dan Redha

Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat je. Acane mengundi?? bereh dop??. Pagi tadi kat pukul 3 jugak la ambe tido semata-mata nak tahu perkembangan pru ke 13. Last-last dapat tahu kat Terengganu Umno menang tipis je dengan berkelebihan 2 kerusi. Huhuhu dah nampak kat situ persaingan sengit berlaku antara Umno dan Pas. Okeh, kite tutup citer pru ke 13 dengan redha jelah. Ambe ada satu story sikit harini, actually nak update pasal kaki kanan ambe yang dah lama patah.

Perkembangan Terkini Tulang Kaki Yang Patah

Pagi tadi ambe ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Hajat di hati nak tahu status kaki kanan ambe yang patah ni, lagipun kaki ni nampak seperti tak ok je. Agak lambat jugak la sampai hospital sebab ambe ikut jalan pantai, saje nak tengok suasanan pru 13 sepanjang jalan Dungun dan Terengganu. Alhamdulillah harini tak ramai orang kat hospital, so takyah tunggu lama-lama =). Lepas daftar kena pergi X-ray dulu. Ambe paling tak suke X-ray, tahun ni saje dah 4 kali ambe X-ray kaki. Sinaran X tu bahaya, setahu ambe setiap orang tak boleh X-ray lebih dari 2 kali setahun. Harap ambe dilindungi ALLAH.

Nampak tak gambar X-ray kat atas ni?? Ni pandangan depan kaki ambe, nampak tak tulang tu dah belok kan. Ni la akibatnya sebab buas yang teramat hehehehe. Ambe ni jenis yang tak boleh duduk saje-saje. mesti nak banyak bergerak dan akibatnya macam dalam gambar tulah. Doktor pun dah geleng kepala sebab ambe ni dah 4 bulan patah kaki, tapi tulang tak sambung-sambung lagi, makin teruk adalah. Mungkin ni ujian dari ALLAH buat ambe, yang penting kenalah redha. Diringkaskan doktor pakar bagi ambe 2 pilihan, nak masuk besi atau simen sampai peha.

Simen Kaki Sampai Ke Peha

Ni yang ambe pilih (simen je). Lagi teruk dari dulu, dulu simen sampai betis je, sekarang sampai peha. Ni lah orang kata bagi betis nak peha hehehehe. Agak seksa sebenarnya simen sampai peha ni, sendi lutut confirm tak boleh bergerak. Nak kena air pun dah tak boleh sangat dan sangat-sangat terbatas untuk bergerak. Doktor pakar ada bagitahu kemungkinan tulang kaki ambe akan pendek kurang dari 1cm dan akan belok kekanan sedikit. Sedihnya =( tapi ambe bersyukur sebab masih ada kaki walaupun ALLAH dah tarik nikmat tu sikit.

Time nak simen kaki ni kan, dah macam mengurut kat bomoh patah je. Tugas orang yang simen kaki ni dia tarik kaki ambe dan tolak tulang kaki bagi masuk ke kedudukan asal balik. Nasib baik la ambe ni tak pandai nak menjerit dan meraung hehehehe. Doa-doalah tulang kaki ni cepat bersambung yup. Sebab doktor bagitahu, kalau tak sambung jugak kena masukkan besi dalam kaki. Risiko lagi tinggi sebab takut dijangkiti kuman dan terpaksa ambil benih sum-sum tulang sedikit bagi pulihkan tulang yang tak bercantum. Tadi pun dah ambil darah untuk diuji, doktor nak tengok ada kuman ke tak dalam tulang. Harap takde ape-apelah, ambe ni tak sabar dah nak berjalan dan bekerja. Tak sukalah duk saje-saje camni =(

Mereka Yang Tabah

InshaALLAH bulan depan ambe bagitahu balik kat blog ni perkembangan kaki ambe ni. Alhamdulillah ujian yang ALLAH bagi ni tak sehebat Dia bagi kat Deno dan Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Mereka sangat kuat dan tabah sebenarnya. Masa ambe baca kisah pemergian Siti Hajar ni memang sedih sangat. Tipu lah kalau tak sedih bila baca. Mungkin korang dah pernah baca. Kalau korang nak baca tentang Deno boleh la ke blog Deno dan kisah Allahyarhamah Siti Hajar boleh klik SINI dan SINI. Nasihat ambe, walaupun kita ni diuji dengan ujian ALLAH yang paling teruk sekalipun, banyakkanlah bersabar dan redha. Yang penting berusaha, positif dan banyakkanlah berdoa. Wassaalam =).

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 3 May 2013

PRU 13__JOM KITA MENGUNDI

Salam dari SKA buat semua, harap korang sihat-sihat je =). 5-May-2013 iaitu lusa hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia. Yang dah berdaftar & cukup syarat, jalankan tanggungjawab anda kepada negara. Walaupun ada sesetengah kita yang tak suka politik, ambil la tahu serba sedikit untuk pengetahuan sendiri. Nanti tak tahu nak undi yang mana pulak, pastu main ikot orang je, ishhh..ape pun tak boleh kalau camtu. InshaALLAH ambe akan pergi mengudi buat kali pertama walaupun da 50/50 ni hehehe, harap-harap kemudahan yang disediakan ok la, senang sikit nak bergerak nanti =)

Buat pilihan yang tepat. Undi anda adalah rahsia (rahsia la sangat kan hehehehe). Harap takdelah pergaduhan berlaku sempena PRU ke-13 ni. Tapi kan semakin dekat hari nak mengundi, semakin banyak pulak benda bukan-bukan muncul,  fitnah boleh dikatakan sana sini. Ambe harap yang taksub sangat dengan politik tu janganlah bergaduh dan jagalah bahasa korang. Ambe nasihat ni sebab ambe orang Islam dan ambe tengok ramai sangat orang Islam yang berbalah sebab politik. Kita tambah pahala sama-sama yup, jangan tambah dosa. Biar ALLAH yang adili semua tu. Papepun gambar kat atas tu cun dan kretif betul, suka dengan grafik dia =). Klik untuk-Semak tempat korang mengundi

Ni je gambar sempat ambe snap sekitar kampung, meriah jugak, tapi takdelah segempak tempat korang. Mesti lagi banyak bendera parti-parti politik kan =) 5 tahun skali je boleh tengok camni.

Tempat ambe dilahirkan, bersyukur sangat dan harap ALLAH melindungi Malaysia. 
Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)