Fais-SKA

Showing posts with label Malaysia Hari Ini. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Hari Ini. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Parking Asal Boleh

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau korang berkesempatan tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O tv9 pada hari ahad baru-baru ni, ada 1 slot yang menarik, iaitu ragam pemandu Malaysia berkaitan Parking Asal Boleh. Bila sebut tentang parking ni, hehe..senyum jelah tengok ragam pemandu Malaysia, kadang-kadang ape yang ditunjukkan kat Nasi Lemak Kopi O, pernah je ambe buat sebelum ni =). Rasanya semua pemandu kat Malaysia ni pernah buat kot, antara sedar atau tak sedar je hehe.. Jum tengok gambar kat bawah ni. 


Ragam Pemandu Malaysia

1~ Suka parking 'block' kereta orang lain, lepas tu tak nak letak nombor telefon kat atas dashboard.
2~ Pemandu sombong, dah ada parking, tapi tak nak masuk.
3~ Parking jenis menyerong. Tapi keluar dari petak parking.
4~ Parking salah kedudukan. Melampau betul yang ni, 90 darjah lari dari kedudukan parking asal.
5~ Gila kuasa, dua parking nak bolot dia sorang.
6~ Parking main redah je walaupun kawasan tu di larang parking.
7~ Asal ada kosong, tempat motor pun boleh.
8~ Janji ada kosong dan dekat dengan tempat nak di tuju. Parking motor tolak tepi.
9~ Parking jenis dekat, kebiasaannya perempuanlah kan. Haha jangan marah, sebab pernah tengok.
10~ Agaknya diorang ni couple kot nak parking dekat-dekat macam ni.
11~ Yang ni jenis ekstreme, di mana ada kemahuan di situ ada parking. Tak boleh nak buat ape dah.
12~ Yang ni jenis parking berhimpit-himpit. Biasanya kat apartmen, hospital dan pejabat.

Ragam pemandu ni, sampai sekarang pun benda sama tetap berlaku. Harap takde yang bergaduh di sebabkan parking. Tapi sumpah seranah tu biasa sangat, pernah dulu masa ambe lepak dengan kawan kat kedai makan. Ada seorang amoi ni siap hon dan maki-maki lagi orang yang block keretanya. Korang tahu tak?? Dia tekan hon je dah 30 minit, sabar jelah. Tu kalau gangster, confirm dah pecah tingkap, turunkan handbrake, kasi tolak laju-laju, lepas tu jadi macam gambar no.11 hehe. Ape pun pandai-pandailah mencari parking dan menjadi manusia yang bertanggungjawab. Wassalam..

P/s: Nampak tak gambar kereta dalam ruang bata kat atas?? Macam menarik jekan kalau sistem parking kat sekolah memandu tukar macam ni, barulah ada cabaran, betol tak?? Hahaha..



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Saturday, 7 September 2013

Kalau Aku Kaya

بسم الله الرحمن الرحيم


Bestkan lagu Awi Rafael feat Altimet ni. Walaupun lagu lebih kepada santai, tapi lirik lagu ni kalau kita faham betul-betul banyak positifnya =). Ada sesetengah pihak mengatakan lagu ni hina Menteri, yang peliknya tang manalah menghina Menteri ye??. Kot-kot diorang ni makan cili, sebab tulah terasa pedasnya hoho. Ambe suka lirik lagu ni sebab ada part utamakan mama, keluarga dan jiran tetangga. Kalau ambe pun akan utamakan ibu ambe juga, tak kiralah kaya atau tak, tetap utamakan keluarga =).

Kalau ambe kaya, ambe nak tolong golongan muda kat luar sana yang nak kahwin. Ramai sangat yang tak kahwin sebab ada masalah ekonomi. Zaman sekarang dah macam jual anak pun ada. Tup-tup anak buat maksiat, sama-sama tanggung dosa, menyesal pun dah tak guna kan. Ehem-ehemm..doa-doalah ambe kaya yup hehe, nanti ambe taja semua perkahwinan yang korang nak, pasti tak jadi dah seperti gambar kat bawah ni. Semua orang boleh kahwin dan berkeluarga =).


Haha lari terus =) Nak tanya, memang mak ke yang tentukan hantaran?? 

P/s : Kaya dan miskin adalah ujian dari Allah, hidup kita kat atas muka bumi ni memang tak dapat lari dari ujian Allah. Takpelah tak kaya harta dunia pun, yang penting kaya iman dan di akhirat nanti =). Wassalam



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 30 August 2013

Dua Situasi Berbeza

بسم الله الرحمن الرحيم


Situasi pertama berlaku di Malaysia (Dungun). Cerita ni ambe dapat tahu semalam masa tengok berita kat tv9. Mayat seorang bayi yang tak berdosa dijumpai di dalam loji kumbahan najis di UiTM Dungun. Korang tengok tak berita ni semalam??. Difahamkan bahu mayat bayi ni patah dan kepala dia pecah, nauzubillah tergamak betul orang yang membuang bayi ni, tak takut azab Allah ke??. Sekarang pihak UiTM dan polis tengah buat siasatan di blok asrama perempuan, harap jumpalah orang yang bertanggungjawab. Semoga ibu kepada bayi yang malang ni bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat, amin..


Situasi kedua berlaku di Syria (Zamalka). Pernah tengok video di atas ni??. Kalau belum tengok la, sangat-sangat tersentuh. Seorang bapa yang mengingatkan anak lelakinya telah mati dalam serangan rejim Basyar. Tetapi beliau mendapati bahawa anaknya masih lagi hidup, malah berada dalam keadaan baik.Adalah sukar untuk mengungkapkan perasaan si bapa yang menerima berita gembira selepas menempuhi detik yang amat meremukkan hatinya. Terharu tengok video ni, tapi mungkin lebih terharu kalau si ibu pun ada sama :'(. Sayangilah keluarga anda.


Nampak tak dua perbezaan situasi diatas?? Kesimpulannya?? Pandai-pandailah korang nilai dan tengok sendiri. Salam Jumaat buat semua, amalan sunat jangan lupa, semoga hidup kita lebih berkati, inshaa'Allah =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday, 12 June 2013

Sama-Samalah Kita Membantu Saudara Kita Ni




Kepada Sahabat,

Pelajar di atas bernama Aliff Asyraff, pelajar UTP kemasukan Januari 2013. Beliau kehilangan kaki kanan akibat daripada kemalangan tragik semasa menunggang pulang ke rumah di Jelapang. Beliau kini dalam status penangguhan sehingga September 2013. 
Ayah beliau bekerja di Pasar Malam manakala Ibu beliau menjaja air di sekitar sekolah berdekatan dengan rumah mereka. Pendapatan isi rumah keluarga Aliff tidak lebih RM3000 sebulan. Baru-baru ini Ibu Aliff datang dan berjumpa dengan Unit Kebajikan UTP untuk memohon bantuan kewangan dalam membeli kaki palsu yang berharga RM17,000.00

Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Aliff.

Maklumat beliau adalah seperti berikut:-
NAMA : MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN MOHD HAMDAN
ID PELAJAR : 0018935
JURUSAN : ASAS KEJURUTERAAN AWAM
KEMASUKAN : JANUARI 2013

Akaun CIMB Ibu Aliff
Nama Akaun : NOOR ASY KIN BT YAAKOP
No Akaun : 08030115307529

Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya tekan "like" dan kongsikan artikel ini kepada kawan anda.

Terima kasih.

Unit Kebajikan UTP
Persatuan ALUMNI UTP

Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Aliff.
Maklumat beliau adalah seperti berikut:-NAMA : MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN MOHD HAMDANID PELAJAR : 0018935JURUSAN : ASAS KEJURUTERAAN AWAMKEMASUKAN : JANUARI 2013
Akaun CIMB Ibu AliffNama Akaun : NOOR ASY KIN BT YAAKOPNo Akaun : 08030115307529


Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya tekan "like" dan kongsikan artikel ini kepada kawan anda. 
Terima kasih.
Unit Kebajikan UTPPersatuan ALUMNI UTP



****************************************************************

Tengah godek-godek mukabuku tadi, ternampak artikel ni. Terus ambe rasa nak share kat blog ni. In.shaa.Allah sama-samalah kita bantu apa yang patut. Semoga beliau tabah dan cepat sembuh. 
Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 6 June 2013

Adab Merokok

Salam Israk Mikraj dari SKA buat semua =) harap korang berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ambe dapat tahu harga rokok naik lagi. Hehehehe tapi yang bestnya walaupun harga rokok naik, takde pulak perokok ni merungut, termasuklah kawan ambe yang merokok (bagus kan diorang ni). Pernah tak korang alami situasi kurang ajar, kurang adab atau apa-ape jelah dengan si perokok??. Ambe bukan nak kutuk golongan perokok, cuma nak kongsi beberapa adab bagi perokok yang kurang adab kat luar sana. Ape yang baik ambil dan yang buruk tu kita jauhkan la, jum baca adab merokok kat bawah ni.


1~ Mula-mula nak nyalakan rokok tu jangan lupa baca Bismillah, berapa orang sangat la yang baca bismillah sebelum merokok. Amalkan bismillah sebelum memulakan sesuatu perkara.

2~ Time merokok tu kalau korang rasa nikmatnya rokok yang korang hisap, jangan lupa ucaplah “Subhanallah nikmatnya”, tak pun “Allahuakbar..nikmat sungguh rokok ini”. Kan dapat pahala. Tapi, benda yang memudaratkan ni nikmat ke???.

3~ Bila dah habis merokok jangan lupa ucap “Alhamdulillah”

4~ Ketika korang merokok sambil bercakap dengan teman rokok korang, jangan lalai sangat bersembang, rokok yang menyala tu tengah bakar diri sendiri tanpa dihisap, kan membazir tu amalan Syaitan, mahal kot rokok sebatang, apatah lagi kalau sekotak. Yang bawa motor pun sama, time bawa motor tak payah hisap, lagi cepat rokok tu terbakar bila kena angin. Walaupun korang guna duit sendiri, kalau Allah tak buka pintu rezeki kat korang, jangan harap la boleh beli rokok.

5~ Jangan hisap rokok di khalayak ramai, sebab asap rokok boleh memudaratkan orang lain. Merokok je sorang-sorang di tempat tersembunyi lebih afdal.

6~ Jangan merokok berhampiran kanak-kanak atau perempuan yang sedang mengandung, kecian diorang, perempuan tu tengah berjihad bersama anak dalam perut dia dan anak yang akan dilahirkan nanti mesti la nak sihat-sihat je. Bagi kanak-kanak pulak, mestilah dia nak masa depan yang sihat kan.

7~ Jangan merokok ketika memandu, korang mungkin merbahayakan diri sendiri dan orang lain. Bila merokok dalam kereta confirm buka tingkap, tangan yang pegang rokok kat luar tingkap, pastu bara rokok terbang kena orang bawa motor atau kena kereta orang lain. Silap-silap boleh eksiden.

8~ Patuhi papan tanda Dilarang Merokok. Nak orang lain hormati anda? Hormatilah orang lain juga.

9~ Jangan biarkan rokok korang menyala ketika nak buang, pastilah korang hilangkan dulu bara kat rokok, supaya mengelak terjadinya kebakaran.

10~ Sesudah merokok, elakkan bercakap dengan orang yang tak hisap rokok buat seketika. Korang akan menyebabkan orang tak selesa dengan bau rokok yang masih ada kat korang.

11~ Bila dah hisap rokok, jangan lupa gosok gigi. Kesihatan mulut pun terjamin, gigi pun tak berkarat dan dapat pahala sunnah bersugi lagi.

12~ Jika korang perokok tegar atau pun tak. Selalulah ingat Allah, sebab Allah tak suka hambanya memudaratkan diri sendiri, dalam kata lain menzalimi diri sediri. In.sha.Allah, mungkin korang akan insaf dan mulakan hidup baru yang lebih sihat di samping keluarga tersayang.

********************************************************************

Actually takde bantahan pun kat sini bagi yang merokok, tu kan hak masing-masing, kita tak boleh mengubah seseorang melainkan kehendak dirinya sendri. Kawan ambe pun ramai je yang merokok, tapi diorang tahulah nak hormat kita sebagai kawan =). Kalau ada jugak yang marah-marah bagitahu ''ni hal aku, hidup aku dan ikut suka akulah''. Senang cerita, bila rasa diri tu nak mati esok-esok. Pergi gali kubur sendiri siap-siap dan tido je dalam tu, tak payah orang lain nak uruskan. Bila hidup bermasyarakat ni, kenalah saling hormat menghormati dan janganlah sombong =). Ambe sendiri pun ada pengalaman dengan perokok yang kurang ajar, time tu memang rasa nak bunuh orang je, tapi kesabaran tu lebih penting. Sebab tulah nak share adab-adab merokok, hati manusia ni bukan kita boleh baca pun. Yang pandai jaga adab tu tahniah la ambe ucapkan. Sekadar berkongsi, semoga bermanfaat =) Wassalam.


P/s~ Korang tahu tak hukum merokok tu apa?? Meh baca sini-----> Hukum Merokok


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 3 May 2013

PRU 13__JOM KITA MENGUNDI

Salam dari SKA buat semua, harap korang sihat-sihat je =). 5-May-2013 iaitu lusa hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia. Yang dah berdaftar & cukup syarat, jalankan tanggungjawab anda kepada negara. Walaupun ada sesetengah kita yang tak suka politik, ambil la tahu serba sedikit untuk pengetahuan sendiri. Nanti tak tahu nak undi yang mana pulak, pastu main ikot orang je, ishhh..ape pun tak boleh kalau camtu. InshaALLAH ambe akan pergi mengudi buat kali pertama walaupun da 50/50 ni hehehe, harap-harap kemudahan yang disediakan ok la, senang sikit nak bergerak nanti =)

Buat pilihan yang tepat. Undi anda adalah rahsia (rahsia la sangat kan hehehehe). Harap takdelah pergaduhan berlaku sempena PRU ke-13 ni. Tapi kan semakin dekat hari nak mengundi, semakin banyak pulak benda bukan-bukan muncul,  fitnah boleh dikatakan sana sini. Ambe harap yang taksub sangat dengan politik tu janganlah bergaduh dan jagalah bahasa korang. Ambe nasihat ni sebab ambe orang Islam dan ambe tengok ramai sangat orang Islam yang berbalah sebab politik. Kita tambah pahala sama-sama yup, jangan tambah dosa. Biar ALLAH yang adili semua tu. Papepun gambar kat atas tu cun dan kretif betul, suka dengan grafik dia =). Klik untuk-Semak tempat korang mengundi

Ni je gambar sempat ambe snap sekitar kampung, meriah jugak, tapi takdelah segempak tempat korang. Mesti lagi banyak bendera parti-parti politik kan =) 5 tahun skali je boleh tengok camni.

Tempat ambe dilahirkan, bersyukur sangat dan harap ALLAH melindungi Malaysia. 
Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)