Fais-SKA

Friday, 25 October 2013

Hari Jumaat Yang Indah Dan Penuh Barakah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia ni. Sekarang dah masuk musim hujan rahmat, ada sesetengah kawasan dah dinaiki air. Harap jagalah kesihatan masing-masing dan banyakkan bersyukur, semoga Allah melindungi kita semua..Inshaa'Allah.


Kelebihan Hari Jumaat Yang Tak Terhingga.


Bagaimanakah nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat??.
Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.


  1. Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
  2. Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
  3. Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain. 
  4. Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
  5. Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.

Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.

Adab Keluar Ke Masjid.


  1. Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
  2. Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
  3. Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
  4. Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya".
  5. Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".

Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.


  1. Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi  di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
  2. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.
  3. Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).
Pupuklah rasa mahabbah kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah setakat ni jelah ambe dapat kongsikan serba ringkas dengan pembaca, apa yang ambe kongsikan di sini adalah dari tazkirah dari Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf. Tazkirah yang disampai beliau sangat bermanfaat untuk kita dengar dan ambil pengajaran. Semoga ape yang ambe kongsikan di atas bermanfaat kepada semua, inshaa'Allah. Salam Jumaat, wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 24 October 2013

Pemakanan Untuk Pesakit Patah Tulang

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru-baru ni ada seorang sahabat yang patah tulang kaki minta nasihat tentang pemakanan yang ambe amalkan untuk tulang, katanya dia kagum dengan pertumbuhan tulang kaki ambe yang cepat. Hmm cepat ke?? Dah masuk 9 bulan proses penyembuhan yang ambe kena lalui, lama tu. Mungkin ape yang dilihatnya adalah gambar X-ray perkembangan tulang kaki ambe yang terbaru. Tapi terasa juga yang tulang kaki ni dah semakin baik. Tentang cara pemakanan, ambe akan kongsikan di bawah ni, harap bermanfaatlah yup.

Makanan Untuk Pertumbuhan Tulang


Makan nasi seperti biasa...Ambe amalkan makan nasi serta lauk seperti biasa, langsung takde pantang. Janganlah takut, pantang larang ni sebenarnya untuk pesakit yang ada open fracture je sebab bimbang gatal dan bernanah. Tapi kalau luka dah sembuh sepenuhnya, makanlah dengan diet yang seimbang. Doktor pun tak suka pesakit patah tulang ni berpantang, sebab tubuh perlukan zat-zat yang ada dari makanan untuk sembuh.

Makan ubat Kalsium...Ubat Kalsium ni memang ambe ambil dan amalkan tiap-tiap hari selepas makan. Nama ubat ni BioCal D 600, sama macam gambar di atas. Ambe beli di farmasi, harga RM20 macam tulah.

Perbanyakkan makan sayur-sayuran...Sayur memang sedap, siapa yang tak suka sayur memang rugilah. Selain sedap, zat-zat yang ada pada sayur banyak membantu tubuh menjadi sihat. Sayur yang ambe suka adalah sayuran hijau. Nampak gambar kat atas tu? Sayur brokoli dan saderi, batangnya pun dah macam bentuk tulang kan. Dua sayur ni memang bagus untuk kesihatan tulang. Rajin-rajinlah makan sayur yup.

Perbanyakkan makan ikan bilis dan telur ayam kampung...Ikan bilis memang ambe selalu makan, ni nasihat dari seorang kawan ayah yang pernah patah tulang peha. Alhamdulillah, senang nak dapat dan bukan susah pun nak makan ikan bilis kan hehe. Cuma telur ayam kampung dah tak makan sebab susah nak dapat, sebelum ni selalu juga makan, tukang urut kata elok untuk tulang dan tubuh. Kalau tak percaya, cubalah dulu.

Minuman Untuk Pertumbuhan Tulang


Minum susu Anlene...Amalkanlah minum susu Anlene dua kali sehari, pagi dan malam. Susu memang bagus untuk tulang, sebab susu ada kalsium yang diperlukan oleh tulang. Kalau tak suka yang perisa biasa, boleh beli yang perisa coklat. Ikut keselesaan pesakit, kadang-kadang tak semua orang suka minum susu.

Minum air oren...Ni salah satu minuman yang ambe amalkan. Selalu juga minum, boleh dikatakan tiap-tiap hari. Ambe minum yang Sunquick punya, memang bagus juga untuk tulang sebab ada Vitamin-C yang tinggi.

Minum pati ikan haruan...Pati ikan haruan ni bagus kalau diamalkan, ambe pun minum. Bagus untuk tisu dalaman dan bagus untuk penyembuhan luka dalaman, nak-nak di bahagian patah tulang tu. Yang ada open fracture boleh la amalkan minum. Ambe beli di farmasi yang jenis Polleney, harga sekitar RM25. Kalau boleh belilah yang dicampur madu, kalau tak suka boleh beli yang pati ikan haruan je. Tapi rasa patih dan hanyirlah.

Minum teh...Sejak kebelakangan ni, ambe pun selalu minum teh. Kalau tak minum setiap hari, 5 kali seminggu pasti ambe minum. Salah satu fakta kalau minum teh dan amalkannya, tulang pun akan jadi kuat dan sihat. Teh mengandungi anti-oksida yang tinggi dan bagus untuk tubuh. Teh yang terbaik adalah teh hijau.

Minum Horlicks...Horlicks memang minuman kegemaran ambe. Khasiat yang ada pada minuman Horlicks memang banyak seperti Asid Folik, Vitamin-D, Vitamin-C, Vitamin-A, Vitamin-B1 & B2, Zat Besi, dan Kalsium. Cubalah amalkan, memang sedap, mudah didapati dan harganya pun tak mahal.


P/S: Alhamdulillah, ni jelah makanan dan minuman yang ambe amalkan untuk tulang. Lain orang lain caranya kan. Serba sedikit yang ambe kongsikan ni harap bermanfaatlah. Wassalam =)

Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)