Fais-SKA

Monday, 20 May 2013

Final Day - BPL 2012/2013

Salam dari SKA buat semua. Tak kiralah kat mana korang berada, harap sentiasa sihat sejahtera =). Tadi sempat jugak la layan EPL Man.U vs W.Brom, penuh dengan dramatik betul game diorang, last-last seri 5-5 je hahaha. Moral yang ambe dapat time tengok bola tadi, janganlah selesa dengan ape yang korang dah ada, teruskan berusaha, benda tu mungkin sementara, andai leka sikit je, habis la hilang semua.

Wokeh, jum tengok EPL table. Bagi peminat EPL seperti ambe mungkin dah tahu kedudukan terkini kelab kesukaan korang. Kedudukan no.2,3,4 dan 5 boleh tahan jugak, kalau bagi lagi 1 game, confirm berubah la kedudukan tu. So, no.1,2,3 dan 4 dah layak automatik ke UEFA (liga juara-juara Eropah) untuk next season. Untuk pengetahuan korang, ada 90 hari lagi new season 2013/2014.

Bila tengok table ni, banyak jugak la gol United bolos. Takpe, yang penting dah champions =). Ambe nak nasihat sikit la kat sini, bukan nak tunjuk baik, tapi kita ni sama-sama muslim. Tak kira la sefanatik mana pun korang dengan bola sepak atau sewaktu dengannya, jagalah bahasa korang tu. Bahasa ni melambangkan diri anda. Tak payahlah nak sakit hati bila ada orang kutuk team bola yang korang minati, biaq p la kat depa. Nak tahu tak?????? Hehehe, korang tahu tak, bila dah kutuk-kutuk ni, pastu buat sakit hati orang, tak ke dah tambah saham dosa. Diorang main bola dapat duit juta-juta, kita dapat dosa juta-juta. Fikir-fikir la mana yang baik deh. Walaupun ambe minat EPL, tapi tak lupa dengan liga tempatan Malaysia =). Tanah tumpah darahku. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 16 May 2013

2 in 1 Yang Bermakna


Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat selalu. Hari ini "Hari Guru", ambe ambil kesempatan nak ucap "Selamat Hari Guru" untuk semua golongan pendidik kat Malaysia. Jasa guru hanya ALLAH je dapat balas, sangat besar pengorbanan mu buat para pelajar. Saidina Ali r.a pernah berkata, ilmu itu lebih utama dari harta kerana ilmu adalah warisan para nabi. Nak menuntut ilmu pun mestilah kena ada guru sebagai pembimbing, kalau takde, takut hidup dalam kesesatan pulak nanti. "Terima Kasih Cikgu".

Tajuk entri ni 2 in 1, nak tahu sebab ape?? hehehehe, hari ni jugak (16-mei) merupakan Hari Lahir ibu ambe =). Senang je nak ingat kan, sebab tulah 2 in 1, tarikh yang tak dapat dilupakan. Sanah Helwah ibu, semoga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna, bahagia selalu dan dirahmati ALLAH, amin. Tiap-tiap hari adalah hari ibu. Kita sebagai anak kenalah ingat ibu kita tiap-tiap hari. Besar pergorbanan ibu sebab dah lahir dan membesarkan kita dengan sempurna =).

Jangan lupa amalkan doa ni selepas solat, amalkan selalu. Hadiah yang terbaik buat ibu bapa adalah doa daripada anaknya sendiri =)

Ada 1 video ambe nak kongsi, lagu untuk wanita yang bergelar ibu. Lirik lagu ni terbaik la bak hang, penuh dengan makna. Mungkin korang pernah dengar lagu ni. Ambe nak menyanyi suara tak best, suruh orang lain jelah nyanyi untuk ambe =). Yang penting lagu ni dari hati seorang anak buat ibunya. Hargailah ibu bapa korang seadanya dan luangkan la masa bersama mereka selalu. Semoga bermanfaat, Wassalam..


Nota SKA - Senyumlah kerana senyum itu sedekah, senyum itu pengundang rezeki, senyum itu penawar yang mujarab dan senyum itu memberi kebahagiaan..Senyum Sokmo =)

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)