Fais-SKA

Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Manchester United. Show all posts

Saturday 17 August 2013

Barclays Premier League 2013/2014

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berblogging. Macam mana dengan hujung minggu korang??, masih balik kampung beraya ke??. Apa pun semoga korang dirahmati Allah selalu =). Start malam ni bermulalah kempen Liga Perdana Inggeris 2013/14. Yang mana minat bola sepak tu, sebelum kita layan Piala Malaysia 20hb ni, moh ler kita layan BPL dulu. Nasihat ambe kat sini (terutama orang islam), tak kira la team mana pun yang korang sokong jagalah bahasa dan tingkah laku korang. Kalah menang tu adat, kita tengok dan sokong biasa-biasa dah la. Minat tu tak salah, tapi janganlah fanatik sangat, bimbang lalai je nanti.

Senarai team 2013/14


Ambe penyokong setia Manchester United =). Korang sokong team mana??. Berjayakah Manchester United untuk merangkul kejuaran yang ke 21?? Hehe sama-samalah tunggu hingga ke penghujung musim. Sebarang info yang lebih details, korang boleh ke ~~> http://www.premierleague.com/en-gb.html
Wassalam..



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 20 May 2013

Final Day - BPL 2012/2013

Salam dari SKA buat semua. Tak kiralah kat mana korang berada, harap sentiasa sihat sejahtera =). Tadi sempat jugak la layan EPL Man.U vs W.Brom, penuh dengan dramatik betul game diorang, last-last seri 5-5 je hahaha. Moral yang ambe dapat time tengok bola tadi, janganlah selesa dengan ape yang korang dah ada, teruskan berusaha, benda tu mungkin sementara, andai leka sikit je, habis la hilang semua.

Wokeh, jum tengok EPL table. Bagi peminat EPL seperti ambe mungkin dah tahu kedudukan terkini kelab kesukaan korang. Kedudukan no.2,3,4 dan 5 boleh tahan jugak, kalau bagi lagi 1 game, confirm berubah la kedudukan tu. So, no.1,2,3 dan 4 dah layak automatik ke UEFA (liga juara-juara Eropah) untuk next season. Untuk pengetahuan korang, ada 90 hari lagi new season 2013/2014.

Bila tengok table ni, banyak jugak la gol United bolos. Takpe, yang penting dah champions =). Ambe nak nasihat sikit la kat sini, bukan nak tunjuk baik, tapi kita ni sama-sama muslim. Tak kira la sefanatik mana pun korang dengan bola sepak atau sewaktu dengannya, jagalah bahasa korang tu. Bahasa ni melambangkan diri anda. Tak payahlah nak sakit hati bila ada orang kutuk team bola yang korang minati, biaq p la kat depa. Nak tahu tak?????? Hehehe, korang tahu tak, bila dah kutuk-kutuk ni, pastu buat sakit hati orang, tak ke dah tambah saham dosa. Diorang main bola dapat duit juta-juta, kita dapat dosa juta-juta. Fikir-fikir la mana yang baik deh. Walaupun ambe minat EPL, tapi tak lupa dengan liga tempatan Malaysia =). Tanah tumpah darahku. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 23 April 2013

The 2013 League Champions


Salam dari S.K.A untuk semua. Buat fans Mancheter United mesti gembira sebab team yang korang minat ni jadi juara liga untuk kali ke 20 pagi td kan..kan..kan =). Pagi tadi dek mengantuk yang teramat sangat, tak sempat ambe nak tengok live Manchester United vs Aston Villa. Walaupun masih berbaki 4 perlawanan lagi, kemenangan 3-0 keatas Aston Villa dah cukup buat United tuk bergelar juara. Sebarang info Manchester United fixtures boleh klik sini. Dengan jurang sebanyak 16 mata, Manchester City hanya mampu berada di kedudukan no 2 je. Mungkin akan diberi saingan oleh pencabar dari kelab Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspur untuk top 4. Sebarang info league table boleh klik sini. Papepun kite tunggu sampai ke hujung persaingan liga. Majulah sukan untuk Malaysia =). Liga tempatan jangan lupe sokong juga yup. Wassalam.

Hehehe..credit to Manchester United Fan Club.




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 7 March 2013

UEFA Champions League


Assalamualaikum.
Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia minat dengan sukan bola, tak kiralah sokong liga tempatan atau luar. Macam ambe memang minat sangat dengan bola, liga tempatan semestinyalah sokong pasukan Ganu kite (Terengganu), kalau pasukan luar ambe penyokong setia Manchester United dari England. Entri kali ni ambe nak kongsi pasal bola. Penyokong Manchester United mesti setia je depan television pagi td kan? Termasuklah ambe. Pagi tadi pukul 3.45am ada siaran langsung bola sepak UEFA di astro C831, pertembungan antara Manchester United vs Real Madrid (2nd leg). Macam biasa jika ada siaran langsung bola sepak, ambe cuba untuk tengok, kebetulan sambil-sambil siapkan kerja sambil tunggu bola.



Pertembungan pagi tadi antara M.U vs R.M merupakan 2nd leg selepas mereka bertemu pada 1st leg di Santiago Barnabeu Spain dan Manchester United dapat mengikat keputusan seri 1-1 dengan Real Madrid. Untuk lebih details klik sini. Pertembungan kedua pasukan hebat ini mempertaruhkan pemain terhebat mereka seperti Wayne Rooney, Robin Van Persi, Nani, De Gea dan Gigs bagi Manchester United, manakala Real Madrid diperkuatkan oleh Cristiano Ronaldo, Mesut Ozil, Kaka, Diego Lopez dan Modric. Apa yang ambe tengok padi tadi memang penuh dengan penonton di stadium Old Trafford Manchester United, kagum juga la dengan semangat kesukanan diorang. Separuh masa pertama perlawanan, kekal dengan keputusan 0-0. Apabila masuk je saparuh masa ke2, Manchester United di depan hasil gol sendiri oleh Ramos yang ditendang oleh Nani dan mengenai kakinya. GoooooLLL!!!


Perlawan pagi tadi membuatkan ambe terkilan dengan Nani yang terpaksa keluar padang kerana dapat kad merah, setelah pengadil dari Turkish (Cuneyt Cakir) mengesahkan Nani mengasari pemain pertahanan Real (Alvaro Arbeloa). Hampeh betul pengadil, dah la terang tang tang nampak tak sengaja, last-last dia kena kutuk dengan ramai orang sebab mutu pengadilannya. Ambe yang tengok masa tu terus rasa down sebab ManU dah kurang sorang pemain. Bila dah kurang sorang, kaw-kaw la kena serang dengan Real Madrid.


Pada masa tu juga la Real Madrid ambil kesempatan dengan menjaringkan 2 gol hasil dari rembatan Luca Modrid dan tampanan cantik dari Cristiano Ronaldo. Ambe tengok masa tu pun dah marah-marah, ishhhh kurang ajor tul punya pengadil. Minit-minit akhir Manchester United cuba bangkit dengan pergerakan bahaya dari Rooney dan Van Persie, tetapi tiada penyudah gol. Ambe tetap bangga dengan Manchester United, kerana semangat juang yang tinggi dan permainan konsisten yang ditunjukkan sehingga akhir perlawanan. Kalau tak kerana Nani dilayangkan kad merah, confirm Manchester menang la.

~Respect~

Berakhir sudah UEFA Champions League bagi pasukan Manchester United untuk tahun 2013 dengah kalah  2-3 kepada Real Madrid. Lepas ni kena fokus kat liga England la pula, yang pasti Manchester United menjuarai liga kali ini dengan jurang 12 mata depan pencabar hebatnya Manchester City.

True Story .. they didn't win they Stole the game :(



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 3 March 2011

ManU vs Chelsea



Pagi td pkul 3.40am ManU vs Chelsea..tp syang..ManU aku kalah wlaupn m'dhului 1-0..arghhhhhhhhhhh! frust toL..nsib bek la still num1 EPL...Chelsea mng pn sbb nsb je..ref bg pnalti..leh r...law x..seri je..pape pn ManU yg t'bek..pye la aku xtido pg td..law mng 2 b'baloi la jgak b'sengkang mta dpan tv..tp xpelah..baki plwanan ni insyaAllah aku nk tgok smpai ManU mng..smbil2 xtido..leh jgak kiamulai..yg pntg jom kte pkat skong ManU..skong2 jgak..liga tmpatan jgan lupe..Peteh Terengganu Peteh...

GoL p'tama jaringan Rooney

GoL penyamaan yg d'jaringkan oleh David Luiz

Dan ni La GoL kemenangan Chelsea..sepakan penalti oleh Lampard.. 



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)