Fais-SKA

Showing posts with label Cristiano Ronaldo. Show all posts
Showing posts with label Cristiano Ronaldo. Show all posts

Saturday 6 April 2013

Respect "CR7"

Bagi peminat bola sepak, siapa yang tak kenal dengan Cristiano Ronaldo kan. Kepten dari pasukan bola sepak kebangsaan Portugal dan berjersi no7 dari kelab Real Madrid (Spain). Bintang bola sepak yang berbadan tegap ni hampir mengejutkan dunia dengan sifat prihatin dan pemurahnya. Ambe kagum sangat dengan sifat baik yang ditunjukkan oleh CR7 ni. Kat fb pun da ramai yang share, like dan komen tentang sifat baik Cristiano Ronaldo ni. Pernah bersama dengan kelab Manchester United dan bakatnya digilap serta diasah di Old Trafford sebelum berpindah kelab ke Real Madrid. 


  • CR7 sanggup mendermakan kasut emas yang dimilikinya demi pembangunan Gaza yang telah musnah dan menyokong pembebasan Palestin
  • Beliau juga menderma sejumlah wang yang besar untuk sekolah-sekolah di Palestin dan memberi 3juta Euro kepada negara Afrika yang menghadapi masalah kebuluran.
  • CR7 berasal dari keluarga yang miskin dan kehilangan bapanya ketika dia berumur 20 tahun. Beliau amat terkilan kerana bapanya tidak sempat melihat kejayaan yang dikecapinya sekarang.
  • Tidak mempunyai tatu di badan, kerana ingin menderma darah 2 kali setahun.
  • Tidak meminum arak, kerana teringat penyakit yang menimpa bapanya dulu.
  • Berkawan rapat dengan Mesut Ozil (teammate) seorang pemain bola sepak yang beragama islam.
  • "Saya dan Ronaldo akan membangunkan masjid di Madrid" - kata Mesut Ozil.
  • "Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji." - kata Mesut Ozil.
  • "Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan meminta dia (Ozil) untuk ajarkan saya berwudhuk." - Cristiano Ronaldo
  • Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersi,namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Grup F. Wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo: "Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?". "Saya berada di bumi Palestin." - Jawab Ronaldo.

Mulia kan hati Cristiano Ronaldo ni. Ramai penganut Agama Islam mengharapkan beliau masuk Agama Islam. Ambe pun doakan semoga CR7 boleh mengucap 2 kalimah syahadah dan berpegang teguh dengan Agama Islam andai CR7 masuk Islam 1 hari nanti. Semoga usaha idola bintang bola sepak yang ambe minati ni tak sia-sia. In.shaa.Allah, mulia dipandangan umum, mulia juga dipandangan Allah. Wassalam :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)