Fais-SKA

Friday, 6 September 2013

Tanggungjawab Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم


Tadi masa bermukabuku terpandanglah 1 gambar yang menarik perhatian ambe. Rasanya gambar di atas ni dah terangkan secara terperinci tentang cara pemakaian tudung yang betul bagi wanita. Semua orang islam tahu yang tutup aurat tu wajib dan aurat yang paling special adalah kaum hawa. Kenapa special?? Hehe sebab kaum hawa ni banyak kena tutup, sebab Allah nak mengangkat martabat wanita (mulia disisi Allah), sesiapa yang sabar pasti besar ganjaran yang Allah berikan. Baca dan faham elok-elok mesej yang hendak disampaikan di atas tu =). 

Lelaki Dan Perempuan Saling Melengkapi



Sebenarnya ambe bukan nak cerita tentang kaum hawa je. Sebab di sebalik kaum hawa, pasti ada kaum adam. Dalam islam, semuanya berkait rapat, adam dan hawa saling bersangkut paut, nak-nak kalau berpesan-pesanan. Jadi tanggungjawab kita sesama islam haruslah ada dan perlu ambil serius. Baca dan faham apa yang ambe nak kongsikan kat bawah ni.

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. 
( Ayat 1 – 3 : Surah al-‘Asr )

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA


1. Ayahnya~ Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya~ 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya~ 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya~ 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

P/s : Sesungguhnya tak layak diriku masuk ke dalam syurgaMU, tetapi tak sanggup pula aku masuk ke dalam nerakaMU. Mesti ada yang pernah baca kan?? Allah itu maha adil, pasti ada hikmahnya =). Wassalam.

(^-^) سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

44 comments:

  1. Allahuakhbar..
    Suka entry nie..
    Peringatan bersama :)

    ReplyDelete
  2. saling ingat mengingati sesama kita..insyallah fais,,

    ReplyDelete
  3. Tq sharing..perkongsian untuk semua

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bermanfaat utk kita mengingati antara sesama muslim.tq!

    ReplyDelete
  5. salam jumaat fais.alhamdulillah terima kasih kerana sentiasa mengingatkan kami kaum hawa ni.

    kadang2 kak lea pun pelik tengok pencipta dan penjahit tudung.diorang tak rasa bersalah ke cipta/jahit tudung yang singkat & jarang?sebab tu kak lea suka pakai tudung bawal.

    ReplyDelete
  6. terima kasih faiz atas peringatan ini. Tudung dah macam2 pesen dah skrg ni. Memang perlu kita meneliti dulu aspek2 di atas sebelum menyarungkannya ke kepala kita.

    ReplyDelete
  7. besar sungguh tanggungjawab kaum lelaki kan? hehe ;)

    ReplyDelete
  8. Jika anda mempunyai ilmu dan pengetahuan...amalkan dan dikongsikan, jgn jadi insan yg kedekut dan rugi. Entri sebaik ini seharusnya perlu di sebarkan dan dinikmati oleh ramai orang. Masa utk anda belajar ilmu blogging agar blog ini dapat terdedah dan expose di dunia maya ini. Berada nun diatas di enjin carian...
    Teruskan mengeluarkan entri bernas dan bermanfaat, mengingati dan memberi pedoman kpd kami yg selalu terlupa dan lalai ini, Thx Fais.

    ReplyDelete
  9. terima kasih..peringatan untuk diri kite juga..alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  10. satu perkongsian yang menarik... mama tudung murah je, bawal... tudung mahal pun kalau singkat tak guna jugak....

    ReplyDelete
  11. time kasih fais krn mengingatkan kita semua.. tp satu perkara yg buat org perempuan bertudung adalah sbb keunikan tudung sekarang.. mmg x dinafikan tudung ada pelbagai bentuk dan warna.. kne pandai pilih.. wanita bertudung mmg comel dan anggun..

    ReplyDelete
  12. thanks fais..sama2 memberi peringatan antara kita..:)

    ReplyDelete
  13. terima kasih sebab mengingatkan kami+ yang mungkin dah terlupa :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulilah suka entri ini ,,syukran share fais

    ReplyDelete
  15. Terima kasih ingatkan kami kaum hawa :)

    ReplyDelete
  16. perkongsian yang baik di hari jumaat..tqvm fais..

    ReplyDelete
  17. Saya pernah menulis cerpen tentang pemakaian tudung ni. Tajuknya-Lafaz Niat Seorang Ustazah. Usahanya untuk memperbetulkan cara pemakaian tudung dalam kalangan muridnya.

    ReplyDelete
  18. Salam Jumaat Fais . .
    Nice entry . . terima kasih mengingatkan :)
    Sekarang susah sangat nak cari tudung yang tak jarang semua jarang2 . .
    Pelik pulak pereka fesyen ni
    Dunia dah maju, ptutnya kain main bertambah so mesti laa tak ad tudung jarang2 kn
    Btw, buat masa skrg sy pakai tudung bawal tapi pakai inner neck laa . . huhu
    Maybe, dye org xtau kot sbelah kaki dye org ni di syurga dan sebelah kakinya di neraka sama mcm peguam. . huhu

    hurm . . ad terbaca nt waktu nak lalu titian as-sirat
    Allah suruh adam bawak anak cucu 999orang lelaki ke neraka dan seorang je yang masuk syurga
    Allahu, series takut sedih sangat bila baca :(

    ReplyDelete
  19. nice sharing bro.. dalam menegur aurat perempuan, lelaki pun kena tengok aurat dorang jugak.. :)

    ReplyDelete
  20. salam jumaat fais.. terasa pula akak bila lihat gambar kartun tu untuk no.1,2&3.. terima kasih kerana mengingatkan akak.. insya-Allah setiap hari akan berubah menjadi lebih baik..
    tanggungjawab menjaga maruah dan mendidik wanita oleh pihak lelaki tu mudah sebenarnya, tapi yang beratnya untuk mereka melaksanakannya..

    ReplyDelete
  21. Salam Jumaat Fais.. mmg hebat tarikan wanita ni ye.. dlm sedar x sedar pun boleh mengheret ke neraka.. ishh. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dikalangan 4 golongan tersebut.. amin. Peringatan yg sgt baik. T kasih

    ReplyDelete
  22. Saling mengingati antara satu sama lain untuk kebaikan. Nice info.. :)

    ReplyDelete
  23. nice sharing. peringatan untuk diri sendiri juga :D

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah...terima kasih kerana mengingatkan... =)

    ReplyDelete
  25. perkongsian yang berguna..terima kasih :) moga2 mun dapat berubah ke arah yang lebih baik..

    ReplyDelete
  26. good sharing fais . tu lahh , kdg2 selalu jee terlepas pandang , tapi alhmdulillah setakat ni masih pakai tudung mengikut syariat :)

    ReplyDelete
  27. Terima kasih ingatkan..manusia mudah lupa dan lalai...insyaAllah, sentiasa cuba berubah ke arah yang lebih baik..:D

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah
    nice sharing SKA
    byk jenis tudung yg mengikut fesyen tp x menepati syarat2 dlm islam

    done isi tabung Nuffnang kat sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  29. same-same kite jaga...heheheh...

    ReplyDelete
  30. nice sharing..sama2 kita saling memperingati :)

    ReplyDelete
  31. Peringatan untuk diri sendiri juga.
    Terima kasih share kan.

    ReplyDelete
  32. weeww...menarik je kartun tu..bole pinjam? hehehe

    ReplyDelete
  33. kaum Adam tanggungjawabnya pun berat...

    ReplyDelete
  34. Alhmdullilh..pengkongsian yg baik faiz..walaupun kak zara tak sesempurna mana tapi kak zara cuba yg terbaik..InsyaALLAH..=D..Apa2 pun buat sesuatu.. niat dgn hati yg iklas =D

    ReplyDelete
  35. Thanks SKA untuk peringatan yang baik ni..sama-sama kita muhasabah diri k..

    ReplyDelete
  36. Thanks ingatkan kaum hawa...nice sharing...

    ReplyDelete
  37. thx for da info...mmg ramai yg belum sempurna dalam behijab dan berpakain ;'(

    ReplyDelete
  38. very gd sharing ni, sambil ingat mengingatkan juga, tq

    ReplyDelete