Fais-SKA

Friday, 24 May 2013

1 Hari Nanti


Salam Jumaat dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat dan positif selalu (in.sha.Allah). Pejam celik, pejam celik, rasa cepat betul masa berlalu. Tup-tup dah hari jumaat kan, hari yang bermakna bagi orang Islam =). Nampak tak gambar Kaabah kat atas tu??. Subhanallah sangat cantik kan. Ambe ni teringin nak ke Mekah 1 hari nanti. Bukan ambe je, korang pun mesti nak jugak kan. Sangat beruntung pulak tengok kawan-kawan yang dah pergi Mekah menunaikan Umrah. Camnelah perasaan diorang agaknya yup, mesti rasa tenang je.

Korang yang dah ada pengalaman ke Mekah buat Haji atau Umrah, kongsi-kongsilah sikit dengan ambe, camne perasaan korang?? Ada ke peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku kat sana??. Kota suci Mekah ni unik dan merupakan kota larangan. Bukan sebarang orang boleh masuk, kalau ada niat jahat je, pasti dibalas terus oleh Allah. Dah banyak sangat kita dengar kisah pelik berlaku kan. Di akhir zaman nanti pun, Dajjal serta pengikutnya di larang masuk ke kota suci Mekah dan Madinah. Betapa mulianya kota Mekah dan Madinah sehinggakan para Malaikat sentiasa menjaganya.

Jom kita pasang impian/niat sama-sama nak ke Mekah menunaikan Haji dan Umrah =). Mana tahu impian tu dimakbulkan Allah, dapat tengok Kaabah depan mata. Semoga bermanfaat dan selamat berhujung minggu. Jangan lupa amalan sunat di hari jumaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

20 comments:

  1. Sy pun nak pgi!! hee~~ insyaAllah kita akan mjadi tetamu Allah dengan izinNya :DD

    ReplyDelete
  2. In.sha.Allah he3, bagus2 :) smoga impian tu tercapai..

    ReplyDelete
  3. salam jumaat ska yang ceria...


    owh tgk gambar kaabah pun dh dpt pahala apatah lagi kalau dah ada di sana..family kak lea dah pergi,adik lelaki pun masa tu dia form 1,patut pergi dgn kak lea dan juga rombongan lain(under MAS,KLIA) tapi kak lea tak dpt cuti tau jelah kerja klia,shift susah nak cuti.in shaa allah ada rzki kita semua jika sentiasa pasang niat yg baik.

    tak semua dpt ujian di sana.kdg2 baca mastika walaupun hamba Allah tu masa kat msia jahat sgt2..tapi dia bersungguh2 taubat..Allah permudahkan sgla urusan di sana.pernah juga ada jiran masa kat msia ni dahlah ajar mengaji,then mulut dia tak tapis kalau nak cakap apa2..kuasa Allah di sana dia diuji.balik msia mulut dia sedikit herot macam orang yang kena angin ahmar tu.

    tapi kami semua tak nak berprasangka buruk.diam je tak tanya apa2 pun.tak lama lepas tu mmg dia berubah,jaga tutur kata dari menyakiti jiran tetangga :)


    ReplyDelete
  4. semoga impian untuk menjejakkan kaki di sana menjadi kenyataan, insya-Allah.. :D

    ReplyDelete
  5. mulalah menabung..hehe..inshaaAllah la dapat ke sana..
    angah sya baru jga balik dari umrah..hehe
    Mahu juga ikut jejak beliau ke sana..
    ingat harini pun nak post pasal Makkah..uhuhu..tapi bro dah post dlu.. :)

    ReplyDelete
  6. Memang teringin sangat nak pergi. Nak bawak mak ayah. Semoga Allah panjangkan umur sebab sekarang masih tak berkemampuan . :)

    ReplyDelete
  7. org kte klu tgk gmbr kaabah pn dh dpt phala...moga2 kita smua dpt smpai kt sna,insyaAllah

    ReplyDelete
  8. tak pernah pergi, tapi sangat2 berhasrat dapat pergi dgn family. In shaa Allah, niat yg baik Allah akan kabulkan, cuma kita tak tahu bilaa.
    In shaa Allah, kene menabung dr sekarang, kalau belum bukak akaun tabung haji, ceccepat bukak, and daftar terus. Tauu. Hehe.

    ReplyDelete
  9. InsyAllah satu hari nanti,. :)

    ReplyDelete
  10. KakLea~ owhh, kakLea krja kt kLia eh..sy pnh krja kt sepang dlu =) kuasa Allah kak, kalau niat baik, in.shaa.Allah xde pape.

    KakAiza~ Amin..In.shaa.Allah kak =)

    Nana~ he3 dh lma mula =) ada rzeki lbih dn kshatan yg baik, in.shaa.Allah akan kesan, alaaaa..post je pasal Mekah, bnyak info sal Mekah yg boleh dikongsi, sy pn bt short entry je ni.

    Eizz~ He3..bgus niat 2..nati dpat la pergi

    hajar~ owhh yeke..xthu plak tgok gmbar dh dpat phala :) nice sharing..bleh tgok sllau lpas ni.

    Nies~ Betul sgt 2 =) in.shaa.Allah..

    dhia~ Amin..psang niat dlm hati =)

    ReplyDelete
  11. teringin juga nak pergi. nak selesaikan secepat mungkin rukun tu. tapi nak kene kumpul duit cukup2 dulu...

    ReplyDelete
  12. Aritu ada tgok satu citer ni berlakon kt Mekah, meromang bulu roma bila dapat lihat kaabah, tu baru tgok kt TV jer, kalau pergi betul2 x taw perasaan cmne, smoga satu hari nnt kita jugak dpt menjejakkan kaki ni Kota suci ini..

    ReplyDelete
  13. Mr.kopi~ hak r btol2..kna buka akaun tabung haji..in.shaa.Allah da pnuh boleh pergi nanti

    Teena~ sy pn ada tgok jgk cter 2 :) suasa kt kaabah 2 mashaAllah, tnang dn cntik..

    ReplyDelete
  14. emm, baru plan nak daftar kat Tabung Haji . tapi, tak berapa reti lah . kena terus pergi kat ofis dia ke eh ? account tabung haji pun tak ada lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi trus je kat tabung haji..nti ada sorang jga kt kaunter..tya dia, nati dia terangkn mcm mn :) time 2 tyalah ape yg ptt..

      Delete
  15. In sha Allah, kalau ada niat yang baik dan cukup keperluan dan belanja sampailah...semua orang pun memang ada niat untuk kesana...

    ReplyDelete
  16. harap2 segala impian tercapai..in shaa allah :)

    ReplyDelete
  17. insya-Allah.. saya pun teringin sangat nak bawa mama abah tunai haji sama2 :)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum S K A.......

    Insyaallah.....satu hari nanti dapatlah S K A kesana.....akak memang dah pergi tahun 2005 buat haji dan umrah Allhamdulillah di permudahkan Allah segala urusan ketika di sana.....hari nak balik punyalah sedih nak meninggalkan mekah tu.....memang sesiapa kesana memang rasa tak nak balik macam nak tinggal sana terus je tau....dan mengenai pengelaman2 pahit tu banyak juga akak saksikan seperti satu hamba Allah tu sanggup sepak terajang isteri di depan orang ramai semata2 isteri lewat balik dari tawaf selamat tinggal.....bergaduh sampai di lapangan terbang kat malaysia tau....kesian akak tenguk si isteri tu malu besar dia....mungkin ada sesuatu yg terselindung kita tak tahu kan......itulah pengalaman akak ingat selama2nya.....

    ReplyDelete
  19. Bunda~ Batul sangat 2 =)

    Nina~ In.shaa.Allah

    Haruno~ Alhamdulillah =) smoga tercapai la

    KakYan~ Alhamdulillah =) bestnya dah dapat pergi, betul sangat 2 kak, ada hikmah semua 2.

    ReplyDelete