Fais-SKA

Wednesday 2 October 2013

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiga hari lepas ambe ada chatting dengan seorang kawan di mukabuku. Pada mulanya hanya bertanya khabar dan keadaan kehidupan masing-masing. Kawan ambe ni bukanya orang asing bagi ambe, dia juga bakal adik ipar ambe satu hari nanti inshaa'Allah. Dari bergurau senda, chatting kami bertukar serius apabila dia mula bercerita tentang Scoliosis, rupa-rupanya dia seorang pesakit Scoliosis, tapi dalam peringkat awal. Ape yang diceritakan pada ambe, buat ambe tertarik untuk dikongskikan secara ringkas pada blog ambe ni.

Apa itu Scoliosis??

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit Scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani. 

Jenis-jenis Scoliosis.

Idiopathic Scoliosis:
Merupakan jenis Scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada ‘penyebab yang tidak diketahui’. Lebih 80% dari kes Scoliosis adalah Idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’ yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic Scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori:
·Infantile idiopathic scoliosis (0-3 tahun)
·Juvenile idiopathic scoliosis (3-9 tahun)
·Adolescent idiopathic scoliosis (10-18 tahun).
·Adult idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di atas yang telah menginjak usia dewasa.
Congenital Scoliosis:
Berpunca dari pertumbuhan tidak normal yang berlaku ketika peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 6 minggu pertama.

Neuromuscular Scoliosis:
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, atau pun muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat Scoliosis kerana mereka mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’.
Adult or Degenerative Scoliosis:
Scoliosis yang tidak dikesan & dirawat diperingkat awal usia. Juga merujuk kepada kes Scoliosis yang telah dirawat melalui implant, tetapi berulang kembali.Osteoporosis, disc degeneration, a spinal compression fracture juga boleh menyumbang kepada kewujudan Scoliosis di usia dewasa.


Jika dibiarkan

Jika dibiarkan, tulang belakang akan menjadi lebih teruk dan organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung akan berhimpit. Masalah yang akan timbul seperti sesak nafas, sakit sendi yang teruk, pitam dan mungkin akan membawa maut. kebanyakkan pesakit Scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal. Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri, murung, sedih, kecewa dan juga putus asa. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit Scoliosis. Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok. Pesakit akan mengalami perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah. Buanglah rasa sifat takut dan berdiam diri. Jika anda sedar ketidak normalan pada tubuh anda, cepat-cepatlah berjumpa doktor. 

Rawatan

Rawatan awal amat perlu kepada setiap pesakit Scoliosis. Rawatan seperti pergi mengurut adalah tidak digalakkan, disebabkan Scoliosis ni melibatkan tulang belakang, adalah wajar jika anda membuat rawatan di hospital. Pengambilan ubat tahan sakit juga tidak disarankan doktor, ini akan mengakibatkan hati pesakit rosak teruk. Kebisaannya rawatan yang dibuat di hospital adalah rawatan Fisioterapi dan rawatan susulan oleh doktor pakar. Orang yang mengidap Scoliosis mungkin pergerakannya terbatas dan tidak dapat membuat pekerjaan normal seperti orang lain. Malah untuk bersukan pun agak terbatas bagi pesakit Scoliosis. Jika terlampau teruk, pembedahan adalah rawatan yang perlu diambil. 

Kos rawatan Scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plate & kabel, ditambah lagi ianya adalah pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini. Kos rawatan di hospital kerajaan adalah diantara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital. Walaupun kos pembedahannya agak mahal sehinggah mencecah ribuan ringgit, janganlah bimbang dan rasa putus asa, kos rawatan tersebut pasti boleh dirujuk pada badan kebajikan masyarakat. 
Sumber [1][2][3][4][5]

Kepada pengidap Scoliosis, cubalah rujuk kepada doktor pakar. Mungkin ada kebaikannya jika rawatan awal dibuat. Ambe harap setiap pesakit yang mengidap Scoliosis ni janganlah cepat putus asa. Cubalah positif dan senyum seperti biasa. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Dialah sebaik-baik perancang. Kepada kawan ambe, banyakkan bersabar dan berdoa. Semoga anda sihat selalu dan hidup ceria. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelajuan jari menaip tak seperti biasa sebab excited + nervous nak mulakan disini hehe. Sempena anniversary Nukilan Kenit yang pertama, Kenit nak celebrate dengan korang the very 1st GA by Nukilan Kenit. I know i know....it's a bit late... nak masuk bulan Oktober pun kan. 

But, fear not my humble friends...hari ini ia bermula..

Dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim.....

Setahun jagung penuh kemanisan! 


Syarat-syarat sah join:

1. Follow blog Nukilan Kenit (senang nak follow up result nanti kan). Tak kisah la nak add biasa atau Google +


2. Buat satu entry bertajuk "Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway"


3. Copy je kod entri yang disediakan di bawah ni.


4. Dah siap? baru leh hantar link entry korang ke diruang komen di bawah sebelum 3hb Oktober 2013 11.59 tghmalam.


Senang tak syarat2nya? senang je kannnnn hehe. Kenit mencari 17 orang pemenang bertuah. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org. Jika penyertaan kurang dari 50 pun Kenit akan teruskan. sob sob...kasi chan la yek :D


Hadiah yang bakal korang menangi:

1)Top-up RM10 X 3 pemenang

2)Top-up RM5 X 4 pemenang 

3) 10 blog bertuah yang akan dimasukkan dalam 
bloglist Nukilan Kenit bulan Oktober
(5 Oktober - 5 November 2013)

Giveaway ini akan tamat pada 3hb Oktober11.59 tghmalam


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)