بسم الله الرحمن الرحيم
Tiga hari lepas ambe ada chatting dengan seorang kawan di mukabuku. Pada mulanya hanya bertanya khabar dan keadaan kehidupan masing-masing. Kawan ambe ni bukanya orang asing bagi ambe, dia juga bakal adik ipar ambe satu hari nanti inshaa'Allah. Dari bergurau senda, chatting kami bertukar serius apabila dia mula bercerita tentang Scoliosis, rupa-rupanya dia seorang pesakit Scoliosis, tapi dalam peringkat awal. Ape yang diceritakan pada ambe, buat ambe tertarik untuk dikongskikan secara ringkas pada blog ambe ni.
Apa itu Scoliosis??
Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit Scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani.
Jenis-jenis Scoliosis.
Idiopathic Scoliosis:
Merupakan jenis Scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada ‘penyebab yang tidak diketahui’. Lebih 80% dari kes Scoliosis adalah Idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’ yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic Scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori:
·Infantile idiopathic scoliosis (0-3 tahun)
·Juvenile idiopathic scoliosis (3-9 tahun)
·Adolescent idiopathic scoliosis (10-18 tahun).
·Adult idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di atas yang telah menginjak usia dewasa.
Congenital Scoliosis:
Berpunca dari pertumbuhan tidak normal yang berlaku ketika peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 6 minggu pertama.
Neuromuscular Scoliosis:
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, atau pun muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat Scoliosis kerana mereka mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’.
Adult or Degenerative Scoliosis:
Scoliosis yang tidak dikesan & dirawat diperingkat awal usia. Juga merujuk kepada kes Scoliosis yang telah dirawat melalui implant, tetapi berulang kembali.Osteoporosis, disc degeneration, a spinal compression fracture juga boleh menyumbang kepada kewujudan Scoliosis di usia dewasa.
Jika dibiarkan
Jika dibiarkan, tulang belakang akan menjadi lebih teruk dan organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung akan berhimpit. Masalah yang akan timbul seperti sesak nafas, sakit sendi yang teruk, pitam dan mungkin akan membawa maut. kebanyakkan pesakit Scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal. Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri, murung, sedih, kecewa dan juga putus asa. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit Scoliosis. Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok. Pesakit akan mengalami perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah. Buanglah rasa sifat takut dan berdiam diri. Jika anda sedar ketidak normalan pada tubuh anda, cepat-cepatlah berjumpa doktor.
Rawatan
Rawatan awal amat perlu kepada setiap pesakit Scoliosis. Rawatan seperti pergi mengurut adalah tidak digalakkan, disebabkan Scoliosis ni melibatkan tulang belakang, adalah wajar jika anda membuat rawatan di hospital. Pengambilan ubat tahan sakit juga tidak disarankan doktor, ini akan mengakibatkan hati pesakit rosak teruk. Kebisaannya rawatan yang dibuat di hospital adalah rawatan Fisioterapi dan rawatan susulan oleh doktor pakar. Orang yang mengidap Scoliosis mungkin pergerakannya terbatas dan tidak dapat membuat pekerjaan normal seperti orang lain. Malah untuk bersukan pun agak terbatas bagi pesakit Scoliosis. Jika terlampau teruk, pembedahan adalah rawatan yang perlu diambil.
Kepada pengidap Scoliosis, cubalah rujuk kepada doktor pakar. Mungkin ada kebaikannya jika rawatan awal dibuat. Ambe harap setiap pesakit yang mengidap Scoliosis ni janganlah cepat putus asa. Cubalah positif dan senyum seperti biasa. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Dialah sebaik-baik perancang. Kepada kawan ambe, banyakkan bersabar dan berdoa. Semoga anda sihat selalu dan hidup ceria. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. Wassalam.