Fais-SKA

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday 5 August 2013

Mood Raya Datang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat di penghujung Ramadhan =). InshaaAllah 3 hari lagi Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya. Mood raya pun mesti dah membuak-buak kan, ada yang ambil kesempatan membeli belah, biasalah..hujung-hujung ramadhan camni mesti ada buat sale kaw-kaw punya, confirm murah dari biasa. Walaupun dah nak raya, jangan lupa amalan di bulan Ramadhan, tepuk dada tanya iman.

Ahaaaa..tengok bar chart kat atas. Peringatan buat diri sendiri juga ni, kebiasaan jadi macam nilah kan??. Sama-samalah kita pertingkatkan amalan di penghujung bulan Ramadhan. Ape yang Allah beri, pasti ada hikmah, contoh malam Lailatul Qadar. Sebab tu Allah jadikan malam Al-Qadr ni di 10 malam terakhir, masa tulah orang yang betul-betul nak je akan cari malam yang lebih baik dari 1000 bulan ni dan masa tu juga la kita sibuk dengan persiapan raya kan. Ramadhan hanya setahun sekali, malam Al-Qadr pun setahun sekali, terawih tidak boleh diqada dan ajal tu rahsia Allah. Sama-sama muhasabah diri, inshaaAllah =).


Di kesempatan ni ambe nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua Umat Islam, khususnya buat para blogger dan pembaca blog SKA =). Nak minta maaf sangat-sangat kalau ambe ada buat salah atau buat korang terasa bagai. Sesungguhnya ambe insan yang lemah dan sentiasa mengharapkan keampunan dari Allah. Jangan lupa jadilah pemandu atau penunggang yang berhemah, berhati-hati di jalan raya.

P/s.. Raya nanti, time makan jangan memilih, bersyukur je..kalau tak, jadi macam gambar kat bawah ni hehe.


JUM layan 2 buah video "Instrumental Raya" dari bro Azhar (best!!).Semoga bermanfaat...Wassalam =)





Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bergerak tak gambar atas ni?? Kalau tak, sila la refresh yup =)

Salam penghujung Syaaban dari SKA. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan =). Alhamdulillah, harap diberi umur yang panjang untuk merasai Ramadhan tahun ni. Sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kepada Allah, aggaplah Ramadhan tahun ni yang terakhir buat kita, takut-takut tahun depan tak sempat dah nak merasai nikmat bulan Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menemui kita, ambe nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada seluruh umat islam di dunia, khususnya buat pembaca dan followers blog SKA =). Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua (fuhhhh..skema pulak ayat =.="). Hehehe ape pun ambe nak minta maaf sekiranya ada salah dan silap selama ambe dalam dunia blogging ni. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya. Wassalam =)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” 
(Bukhari & Muslim)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)