Fais-SKA

Wednesday 9 October 2013

Terima Kasih Bloggers

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 4 Zulhijjah dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menerbitkan entri pada hari ni. Apakhabar anda hari ini? Harap sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmatNya..Amin =). Entri kali ni ambe nak ucapkan terima kasih kepada bro BM (Bin Muhammad) pemilik blog Relasks Minda yang sudi membantu ambe menyelesaikan masalah blog SKA. Syukurlah dah menjadi seperti yang ambe inginkan. 

Tak lupa juga kepada blogger kak Yumida. Alhamdulillah hadiah yang ambe terima ni dah sampai dua hari lepas, semalam baru ambe perasan ada surat hehe. Ambe dapat hadiah ni dari entri kak Yumida "Jom Teka: Sumber Trafik". Terima kasih ye kak Yumida sudi bagi hadiah yang comel ni =).

Penanda buku yang cantik ni ambe terima dari blogger kak Kathy. Alhamdulillah, surat dari kak Kathy sampai sekali dengan kak Yumida. Ambe dapat penanda buku ni hasil dari "Top Komentator" di blog Coretan Hati Kathy. Terima kasih kak Kathy dan salam Aidil Adha juga =).

P/s: Shoutbox terpaksa dibuang disebabkan masalah yang tak diketahui. Inshaa'Allah akan dipasang balik nanti. Ambe nak minta maaflah kepada bloggers/pembaca yang tinggalkan jejak di shoutbox, sebab ambe tak dapat nak jejak korang balik. Jangan lupa singgahlah blog mereka di atas tu, mereka sangat peramah dan baik hati =). Jazakumullah khairan kathira.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 8 October 2013

Kenali Serta Check Blog Anda

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam agak kelam kabut ambe dengan blog SKA ni, sampai hang blog dibuatnya, last-last terus pangkah blog sendiri. Alhamdulillah sekarang blog dah kembali normal. Kalau ada yang perasan pelik pada blog ambe semalam, sila abaikan. Semalam nak blogwalking tak dapat, jadi ambe habiskan masa cuba check domain blog dan baca entri di blog HH (Hasrul Hassan). Sebenarnya saje nak tambah ilmu blogging dari blog beliau. Rupanya banyak benda yang nak kena terokai, baru boleh jadi blogger yang hebat dan berjaya.

Nak jadi blogger hebat kenalah serius dan ada niche tersendiri, macam ambe serius juga tapi blogging ni lebih kepada hobi je, entri pun bercampur aduk sekali. Takpelah, memang niat ambe dari awal nak ada blog untuk simpan cerita kenangan diri sendiri. Mana tahu satu hari nanti anak, cucu, cicit nak baca haha. Yang penting ada perkongsian entri yang boleh sumbangkan trafik berterusan. Nak ilmu blogging jangan lupa terjah blog HH, tips yang diberikan senang nak faham. Semalam teringin pula ambe nak check blog SKA ni. Jum check blog.

Alexa Rank


Rasanya ni dah dua kali ambe check ranking Alexa. Alhamdulillah walaupun nombor tu agak besar, tapi puas hati dengan pencapaian blog ni, nampaknya ranking tu makin baik. Inshaa'Allah boleh la check lagi untuk bulan depan. Siapa yang nak check boleh klik SINI. korang pun boleh tahu rangking Alexa blog korang. Psssttt..memang blog SKA ni tak boleh lawan blog korang, ambe tahu korang memang terbaik =).

Check My SEO - chkme


Seo Tools untuk check SEO, kalau nak check blog korang mesra SEO atau tak, cubalah tengok score yang diperoleh nanti. Nak check boleh klik SINI & SINI. Ambe dapat 89% je, tu pun bila dah ubah apa yang perlu. Dari entri blog HH dapatlah sedikit ilmu tentang SEO ni, jika blog mesra SEO, secara automatik blog korang mudah berada di enjin carian. Pasti trafik blog pun akan meningkat dan mesra pembaca.
Kalau korang tengok gambar kat atas ni, ambe ada sedikit masalah dengan H1 tag, ada sesiapa boleh terangkan tak macam mana nak selesaikan masalah ni?? Ambe dah cuba baca di entri blog HH, tapi kurang faham. Harap yang tahu, sudi-sudilah bantu macam mana nak bagi H1 tu bertukar good.

Securi SiteCheck


Alhamdulillah blog SKA ni bersih dari sebarang malware dan error. Pasti ramai yang dah tahu tentang check malware untuk blog kan. Salah satunya Securi SiteCheck, bukan sekadar untuk cek malware je, tapi untuk check blacklisting status, website errors dan out-of-date software. Nak cek boleh klik SINI. & SINI.

Website Speed Test


Berdasarkan keputusan loading blog ni, takdelah berat sangat. Selagi tak melebihi 150kb okeylah kot. Ambe pun tak tahu dah nak buang widget ape lagi. Kalau line internet korang laju, blog yang lambat loading pun okey jekan. Tapi seelok-elokkan cubalah meminimakan loading speed blog korang. Nak check boleh klik SINI. Kebiasaannya pembaca tidak suka menunggu terlalu lama, jadi fahamilah pembaca/pengunjung blog anda.


P/S: Alhamdulillah, ni jelah yang sempat ambe kongsikan. Sebenarnya banyak lagi yang korang boleh check tentang blog korang, seperti check status domain dan artikel di Ping Blog. Ada juga blogger yang guna Webmaster Tools, memang banyak kelebihannya, ambe pun masih belajar lagi tentang ni. Kalau ada yang tertinggal, sudi-sudilah tambah =). Inshaa'Allah sama-sama berkongsi ilmu. Kalau rajin, silalah check domain blog korang. Semoga bermanfaat, wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)