Fais-SKA

Friday 5 July 2013

Keinsafan Diri

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih lagi dapat bernafas di dunia ni =) ambe harap korang semua sentiasa sihat disamping keluarga tersayang, in.shaa.Allah. Pagi ni cuma nak share 1 lagu nasyid dari kumpulan Fursan. Tajuk lagu sama seperti tajuk entri kali ni. Lagu ni popular di radio ikim.fm pada tahun 2011 (nampak sangat ambe ni ketinggalan -.-"). Yang bestnya anggota kumpulan Fursan ni adalah askar kesemuanya. Nak dengar klik je video ambe share kat bawah yup. Best lagu dia, alunan muzik seruling sayu-sayu je, memang menenangkan. Lirik lagu ni pun penuh bermakna, jum sama-sama muhasabah diri di hari jumaat yang mulia ni. Semoga bermanfaat, wassalam =).




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 4 July 2013

Tinggalkan Jejak Anda

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dan selamat pagi dari SKA buat semua =). Sebelum tu ambe nak minta maaf la atas video yang ambe share kat entri sebelum ni. Tak tahu pula video tu karingeri buat korang. Takde niat lain pun sebenarnya, cuma nak tunjuk yang watak dalam video tu bernasib baik je. Harap takdelah yang fobia ye, kalau ada juga, minta tips dengan Edward, sebab dia bergerak ke tempat lain dengan cara uniknya tersendiri =).

Sepanjang korang berblogging ni pernah tak ada masalah dengan follower yang tak tinggalkan jejak atau tak jumpa link blog dia untuk kita follow balik??. Ambe selalu kena macam ni, puas jugaklah mencari, tapi kalau tak jumpa memang tak dapat la nak follow balik. Ada sesetengah tu, kalau kita tak follow dia balik, mesti dia akan unfollow kita balik, kes macam ni ambe tak tahu nak cakap camne, bersangka baik jelah =).


4 turutan ni je ambe cari link blog korang. Kalau yang tak tinggalkan link, memang susah ambe nak follow balik. Korang ada cara lain ke selain dari cara ambe ni?? Harap yang dah follow blog SKA, tapi ambe belum follow dia balik, silalah tiggalkan link kat cbox. Ambe pun nak support korang jugak, susah-susah je korang follow blog tak seberapa ni, mestilah ambe balas balik, in.shaa.Allah.

1 lagi tentang "Word Verification". Blog yang still guna benda alah ni, seboleh-bolehnya buanglah. Kalau tak buang word verification ni, pengunjung mungkin jadi leceh nak komen , kena yang rabun tu memang tak komenlah jawabnya. Dah la tulisan macam doktor ayam, tak tahulah kalau korang suka semua tu. Tapi ambe in.shaa.Allah tak memilih kot, hahaha dan dan je. Klik gambar kat bawah untuk tutorial buang word verification. Okeh sampai sini je, semoga bermanfaat =) Wassalam.




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)