Fais-SKA

Tuesday, 8 October 2013

Mini Giveaway EkaTikah Craft

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni nak support GA dari Eka Tikah.
Dah dua kali dia jemput ambe join, rajin betol =). 
Jum sama-sama rapatkan ukhwah.
Nak join klik doodle kat bawah ni.


Alhamdulillah, tiba sudah bulan 10 iaitu bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang mempunyai seribu satu makna bagi aku dan juga keluarga. Heee

Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee

Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.

Hadiah-hadiahnya:
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

-Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-

Syarat-syaratnya:
1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers
Blog Bila Jari Mula Menaip
3- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

4- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


5- Klik SINI SINI SINI dan SINI
6- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".
7- Copy code yang tersedia ada, paste di HTML entri anda dan publish.
8- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.

Mudah bukan? Tunggu apa lagi, klik banner EkaTikah Craft di atas untuk join.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday, 7 October 2013

Tinggalkan Jejak Selalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila on blog je, macam biasalah, pasti tidak ketinggalan untuk blogwalking dan terbitkan entri baru. Entah macam mana tertarik pula dengan soalan sis Efa ni, haha nak tahu rahsia ye??. Kalau blogger yang dah lama bersama blog SKA pasti diorang tahu kenapa ambe ada masa untuk blogwalking. Sebenarnya takde rahsia, ambe ada masa ni pun sebab kesihatan kaki yang tak berapa baik. Inshaa'Allah tahun baru nanti, mungkin kehidupan baru buat ambe. Kalau nak rahsia, cuba tanya blogger Mama, kak Aiza, bro BM, kak Mia, Deno, cik Akak, kak Kathy dan cikgu Helmi. Diorang ni ada kerjaya sendiri, tapi rajin terbitkan entri dan blogwalking. Cubalah tanya, psssttt..minta rahsia sekali ye hehe.

Blog Sekadar Hobi

Bagi ambe blogging ni sekadar hobi je, bila ada masa ambe akan online, kongsi entri dan blogwalking. Walaupun banyak terperap kat rumah, kerja tetap ada. Alhamdulillah ayah ambe ni memahami, ada bagi kerja untuk cek drawing dan buat report. Walaupun tak sama bidang, ambe cuba belajar agar tak bosan, yang penting masyuk hehe. Alhamdulillah, dengan keadaan sekarang, ambe dapat juga fokus pada blog dan dapat kenal ramai blogger hebat serta sporting. Nak tahu siapa?? Tentulah anda semua =).

Apa yang berlaku ada hikmahnya kan, kalau tak.. blog SKA ni tetap macam dulu, dua tahun followers baru 7 orang dan trafik pun tak naik-naik. Kita merancang, Allah pun merancang, tapi perancangan Allah tu lebih baik. Macam ambe, kalau blogwalking pasti ambil masa lebih 3jam. Kalau syok sangat baca entri, kadang-kadang 3jam pun tak cukup, yang penting jangan sesekali lalai. Nak blogwalking ni tak boleh paksa diri, inshaa'Allah yang sempat tu, kita cubalah tinggalkan jejak. Semoga bermanfaat, happy blogwalking dan happy blogging.

P/s : Salam 1 Zulhijjah, sekejap je masa berlalu kan. Selamat beristirehat di hujung minggu =)
Maaf tak sempat lagi nak blogwalking, ada kerja sikit, inshaa'Allah lepas ni yup.
Jazakumullah Khairan Kathira..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)