Fais-SKA

Sunday, 14 July 2013

"Giveaway Pheonix"

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner kalau nak join..Tamat pada 28 July 2013


Walaupun takde dalam syarat, ambe nk bagi jugak sebab ambe join GA bro Pheonix ni..
1~ GA ni terbaik, lain dari yang lain.
2~ Nak support GA bro Pheonix.
3~Takde ape nak buat, mood ok, so..join la segmen.
4~ Banner tu cun la, ambe suka.
5~ Nak menang hadiah misteri, ambe tak pernah menang pun lagi hadiah dari mana-mana segmen.
6~ Kita kawan kan?? haha.
7~ Syarat best, lain dari yang lain.
8~ Ingin mencuba nasib di bulan Ramadhan yang mulia ni.
9~ Hadiah of course la gempak.
10~ Sebab GA ni menguji minda, jenuh gak duk fikir 10 sebab ni hehe (boleh terima tak sebab ni =.="?? )..

Cerita best pengalaman bulan puasa takdelah banyak sangat, tapi ambe nak kongsi 2 cerita best bagi diri ambe.

1~ Pengalaman best ni masa ambe budak-budak lagi. Time tu mercun tak macam sekarang susah nak dapat =). Ambe dulu suka dengan mercun bola. Kebetulan depan rumah ada 1 selinder besi untuk postman letak surat dalam tu. Tapi ambe buat sebagai meriam mercun bola di bulan puasa. Yang best nya time tu ada perang mercun sape paling kuat antara kampung, ambe pun join la sekali. Fuhh..dah macam perang Malaysia vs Amerika vs Israel je, last-last Malaysia menang sambil tersenyum puas, hakhakhak...lepas tu kena marah dengan ayah sebab bising. Rindu betul la nak buat balik.

2~ Pengalaman kedua, time tu 2 hari lagi nak raya. Pengalaman berkonvoi 2 buah kereta balik kampung kat Kedah =). Kitorang gerak lepas terawih, memang syok la drive sambil nyanyi lagu raya. Ambe ni jiwa muda, drive memang nak laju je. Dah la banyak kereta, time tu la kita nak tunjuk skills pemanduan kita hehe. Drive jauh-jauh memang best, nak-nak balik raya pula tu. Pengalaman yang buat ambe teruja nak balik beraya, lagipun dah lama tak beraya kat kedah =). Alhamdulillah, tu jelah pengalaman nak kongsi. Wassalam.

Mangsa Tag :
1~ KakAiza.
2~ Mia.
3~ Zara.
4~ CikAkak.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Fetih 1453 Best Ke??

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Ramadhan dari SKA =). Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, semoga puasa kita sempurna disisiNya, in.shaa.Allah. Korang kenal dengan Sultan Muhammad Al-Fatih??. Rugi la kalau tak kenal, sebab beliau merupakan tokoh pemimpin islam termuda dari kalangan Uthmaniyyah yang berjaya takluki kota Constantinople pada umur 21 tahun. Rasulullah pernah berkata "Constantinopel akan ditakluki oleh tentera islam, yang mana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Yang dimaksudkan Rasulullah adalah Sultan Muhammad Al-Fatih dan tenteranya. Nak lebih details boleh klik sini.


Pernah tengok movie kat atas ni??. Movie yang diadaptasi dari kisah sebenar Sultan Muhammad Al-Fatih. Sekali lagi ambe ketinggalan bab movie best-best =.=". Dengan terujanya ambe download la movie ni. Baca kisah dia je dah buat ambe kagum, ni pula dapat tengok movie. Di pendekkan cerita,  bila start tengok ok lagi, tapi bila tengah-tengah dan penghujung tu rasa tak berapa menarik. Yang tak bestnya Kenapalah Sultan Muhammad Al-Fatih tak turut berperang serta takde khutbah jumaat dan sembahyang jumaat depan tembok kota Constantinople??.

Pelakon wanita dalam movie ni semuanya macam miss universe (cantik juga orang turki ni ye), tapi sayang tak tutup aurat, hairan juga sebab isteri Sultan Muhammad Al-Fatih pun tak tutup aurat =.=". Keseluruhan movie takdelah menghampakan sangat even ada beberapa watak yang memusykilkan. Korang yang dah tengok tu nilai la sendiri movie ni macam mana. Dari segi sound effect dan grafik ok la, lebih kurang macam movie pahlawan 300. Meriam Sultan Muhammad Al-Fatih pun ada ditunjukkan, 100% real bentuk dan coraknya =). 


Subhanallah hebat kan =). Boleh bayang tak meriam ni besar mana?? Meriam nilah yang berjaya meruntuhkan tembok kota Constantinople yang sebelum ni belum pernah lagi diruntuhkan oleh mana-mana tentera. Tu jelah ambe nak kongsi harini, semoga bermanfaat, wassalam =)

Link untuk download ~> ( Fetih 1453 Full movie with eng. subtitle) nak bagitahu awal-awal, subtitle dia kadang-kadang tak betul gak, yang pandai download korang boleh google search je.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)