Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat semuanya. Ehem-ehemm, ni 1st. time ambe join segmen kat blog ni hehehehe. Bila tengok je segmen yang di anjurkan oleh Dayang Deno ni, rasa nak join pulak. Dah la senang dan siap nak bagi info lagi kat korang. jomlah join ramai-ramai =). Kita sama-sama support Deno. Korang nak tahu tak ape itu LUPUS??. Jom baca kat bawah ni, ambe nak kongsi serba ringkas tentang Lupus, fokus kat entry ambe ni sampai habis =)
LUPUS ialah penyakit Autoimun yang kronik, di mana banyak antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Jika seseorang menghadapi penyakit Autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu badan sendiri, dan ianya bukan agen-agen penyakit berjangkit. Ianya berlaku kerana sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor, samaada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu ataupun perubatan. 90% pesakit SLE (Lupus) adalah kaum wanita dan 10% adalah lelaki. Di Malaysia sahaja terdapat 10,000 yang menghidap penyakit SLE dan penyakit ini jarang dihidapi oleh orang ramai. Walaupun jarang, kita kenalah berjaga-jaga kan. Yang penting cegah sebelum mengubati. Nak tahu lebih lanjut boleh klik ke Systemic Lupus Erythematosus
Dah join segmen mesti ada banner kan. Alhamdulillah ni je sempat ambe buat (tak pandai edit pun). Betul ke banner camni eh?? Takpe, law salah sempat je nak betulkan balik. Deno jangan marah pulak sebab dah guna doodle awak =). Buat Deno semoga awak sihat-sihat je, berdoa selalu dan jadilah orang yang tabah. Semoga ALLAH merahmati awak =).
Ambe nak tag semua yang sudi follow blog SKA ni. Alaaa bukan ramai pun 61 orang je =) jom join!! Wassalam..