Salam dari ska buat semua. Harap korang sihat-sihat selalu dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH. Ce korang tengok gambar anak kecil kat atas ni. Sejuk je mata memandang kan, sampai ke hati ni pun sejuk dan tenang je tengok dia =). Siapa yang tak sejuk mata tu, mata korang ada problem la tu, baik gi check kat hospital cepat-cepat hehehe. Sangat comel anak kecil ni, harap dia sihat-sihat selalu di samping familynya. Agak-agak dari mana asal si comel ni yup?? Kalau dia orang Palestin atau Iraq, ambe doakan dia masih hidup dan dapat istiqamah dalam Agama Islam. Sayangnya kalau ciptaan ALLAH yang sangat comel ni syahid di tangan orang yang tak berperikemanusiaan.
Bila tengok baby yang comel-comel, teringin nak ada anak sendiri. Syukur sangat-sangat kalau ada anak kan. Siapa nak bau syurga, baulah baby yang baru lahir (wangi je). Ambe ni teringin nak anak perempuan sebenarnya hehehehe, dah name lelaki, mestilah suka kat perempuan =). Tapi kan bialah dapat anak sulung lelaki, dapat jaga adik-adik dia nanti. kalau dapat kembar lagilah ambe nak. Huhuhu syukur yang teramat sangatlah kata orang. Ambe ni ada 2 orang anak saudara taw, dua-dua umur tak sampai setahun lagi
Haaa..yang ni anak saudara ambe yang 1st. Anak kakak kesayangan ambe. Nama diberi Nur Muhammad Haziq. Sangat comel dan bila senyum je keluarlah lesung pipit dia tu. Gambar poyo je ni, kononnya pandai pegang baby. Padahal pegang tak sampai seminit pun, cium baby je lebih =). Agak-agak nampak macam bapa mithali tak?? hak..hak..hak. Besar nanti jadi anak yang soleh yup haziq =). Sory gambar sedikit kabur, snap pakai N3310 je pun.
Ni anak saudara ambe yang ke-2. Nama diberi Syauqina Hawani. Actually ni anak kawan baik ambe. Kira anak saudara ambe jugak la kan hehehe. Ambe sayang kat baby kecil ni =). Ayah syauqina Hawani kawan baik ambe sejak umur 8 tahun lagi. Kitaorang pun dah macam adik beradik. Syauqina ni ada pipi yang tembam dan mata yang comel. Besar nanti jadi anak yang solehah yup Syauqina =).
Nak Rasulullah mengaku korang umatnya?? Ikutlah sunnah Rasulullah, kahwin dan lahirkanlah zuriat. Sesungguhnya anak tu rezeki. Bersyukurlah dengan anak yang dikurniakan ALLAH dan coraklah anak korang dengan Agama Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah =). Wassalam.
Dalam satu hadis pula, Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:
((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”
(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789,
Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)