بسم الله الرحمن الرحيم
Salam 27 Zuhijjah kepada semua pembaca setia blog SKA. Alhamdulillah dah masuk bulan November 2013, permulaan yang baru untuk bulan ni. Pantas betul masa berlalu, pasti anda pun perasan kan. Alhamdulillah, lagi beberapa hari kita nak sambut Awal Muharram, seronoklah cuti kan hehe. Sekarang masih di awal bulan November, pertengahan atau di penghujung bulan November belum tahu lagi macam mana, semua tu adalah rahsia Allah. Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan pada bulan November dipermudahkan Allah.Di kesempatan ini ambe nak minta maaflah kepada pembaca atau blogger yang terasa dengan ambe. Tak kiralah terasa dengan apa benda sekalipun. Yang mana ada silap tu ambe minta maaflah, bimbang juga kalau ada yang terasa dengan ambe sebelum ni. Jika ada sekiranya ambe tak follow blog anda, tinggalkan link di shoutbox, jangan lupa LETAK LINK SEKALI. Supaya senang nak blogwalking balik. Bila ambe tak dapat follow balik blog anda, tu maknanya ambe tak jumpa link blog, harap sedar dan ubahlah yang mana patut, senang mana-mana blogger nak follow blog anda. Biasanya ambe tak kisah pun bab follow kembali ni.
Lepas ni aktiviti blogwalking mungkin terpaksa perlahankan sikit sebab ambe ada masalah pada mata. Minggu lepas ambe perasan mata sebelah kanan agak silau bila tengok laptop lama-lama. Mungkin sebab tak jaga jarak penglihatan dengan laptop kot, sebelum ni jarak mata ambe dengan laptop dua jengkal je, lepas tu mengadap laptop sampai 3/4 jam hoho (mohon jangan tiru). Inshaa'Allah, blogging tetap diteruskan, cuma kurangkan sikit je, yang mana ambe tak sempat atau terlambat blogwalking, awal-awal lagi ambe nak minta maaf. Selamat berhujung minggu kepada semua, jaga diri anda baik-baik yup =) wassalam.
P/s: Alhamdulillah...ambe nak ucapkan terima kasih sangat kepada yang sudi support blog SKA. Semoga anda semua dirahmati Allah selalu..Amin... Jazakumullah Khairan Kathira =).