Fais-SKA

Wednesday 14 August 2013

Wordless Wednesday #7 - Kan Dah Kena

بسم الله الرحمن الرحيم


Kreatif tak bertempat =) Hehe korang tak nak buat ke camni?? Mood raya kan sebulan.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 13 August 2013

Sunyi Dah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 6 Syawal dari SKA. Alhamdulillah dapat lagi layan blog ni, walaupun line cam siput, sempat juga la terjah beberapa blog baca entri raya, meriah betol raya korang ye. Tahun ni raya ambe simple je, target nak 200 orang tetamu yang datang beraya pun tak tercapai lagi. Hehe takpe yang penting meriahlah juga, nak-nak dapat beraya dengan anak buah yang pertama, memang lain macam la baq ang. Raya tahun ni boleh dikatakan banyak layan movie dan sukan kat astro. Haha tak best kan?? Eden nak buat camno, nak gerak sangat-sangat pun tak boleh, tapi takdelah tak pergi beraya langsung, cuma tak macam raya yang lepas je =).

Biskut raya dah makin berkurang, tapi duit raya lebih untuk tetamu masih ada ni. Kalau sudi datang la ke teratak keluarga ambe di Kerteh. Rasanya jadi dewasa lagi best kot, duit raya lagi banyak ambe dapat. Kita bagi kat orang, orang bagi kat kita balik, malah double pula tu hoho, alhamdulillah syukur-syukur =)

Sekarang kat rumah dah rasa sunyi sebab en.Haziq pun dah balik Negeri Sembilan. Hampir 4 bulan dia bersama kitaorang kat kampung, sekarang mak dia dah ambil. Gambar kat atas yang pakai tudung tu en.Haziq  (anak saudara lelaki) =). Kecian, kena buli jadi model tudung untuk auntie dia. Semalam layan la jap drama sedih, babak melambai pemergian en.Haziq. Ambe rilex je, yang perempuan la lebih-lebih, macam la tak boleh jumpa lagi lepas ni. Haishhhh lembut betul hati wanita ni, kalau peluk mesti best, empuk je kan =). Ape pun jadilah anak yang berguna dan soleh yup en.Haziq..Aminnnn..

Diet yang baik selepas raya adalah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Nak tahu kelebihannya boleh klik SINI. Yang mana dah mula berpuasa tahniah la ambe ucapkan. InshaaAllah teruskanlah sampai habis, semoga dipermudahkanNya dan berada dalam rahmatNya selalu =). Wassalam..




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)