Fais-SKA

Friday, 3 May 2013

PRU 13__JOM KITA MENGUNDI

Salam dari SKA buat semua, harap korang sihat-sihat je =). 5-May-2013 iaitu lusa hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia. Yang dah berdaftar & cukup syarat, jalankan tanggungjawab anda kepada negara. Walaupun ada sesetengah kita yang tak suka politik, ambil la tahu serba sedikit untuk pengetahuan sendiri. Nanti tak tahu nak undi yang mana pulak, pastu main ikot orang je, ishhh..ape pun tak boleh kalau camtu. InshaALLAH ambe akan pergi mengudi buat kali pertama walaupun da 50/50 ni hehehe, harap-harap kemudahan yang disediakan ok la, senang sikit nak bergerak nanti =)

Buat pilihan yang tepat. Undi anda adalah rahsia (rahsia la sangat kan hehehehe). Harap takdelah pergaduhan berlaku sempena PRU ke-13 ni. Tapi kan semakin dekat hari nak mengundi, semakin banyak pulak benda bukan-bukan muncul,  fitnah boleh dikatakan sana sini. Ambe harap yang taksub sangat dengan politik tu janganlah bergaduh dan jagalah bahasa korang. Ambe nasihat ni sebab ambe orang Islam dan ambe tengok ramai sangat orang Islam yang berbalah sebab politik. Kita tambah pahala sama-sama yup, jangan tambah dosa. Biar ALLAH yang adili semua tu. Papepun gambar kat atas tu cun dan kretif betul, suka dengan grafik dia =). Klik untuk-Semak tempat korang mengundi

Ni je gambar sempat ambe snap sekitar kampung, meriah jugak, tapi takdelah segempak tempat korang. Mesti lagi banyak bendera parti-parti politik kan =) 5 tahun skali je boleh tengok camni.

Tempat ambe dilahirkan, bersyukur sangat dan harap ALLAH melindungi Malaysia. 
Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

LUPUS Awareness Month



Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat semuanya. Ehem-ehemm, ni 1st. time ambe join segmen kat blog ni hehehehe. Bila tengok je segmen yang di anjurkan oleh Dayang Deno ni, rasa nak join pulak. Dah la senang dan siap nak bagi info lagi kat korang. jomlah join ramai-ramai =). Kita sama-sama support Deno. Korang nak tahu tak ape itu LUPUS??. Jom baca kat bawah ni, ambe nak kongsi serba ringkas tentang Lupus,  fokus kat entry ambe ni sampai habis =)

LUPUS ialah penyakit Autoimun yang kronik, di mana banyak antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Jika seseorang menghadapi penyakit Autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu badan sendiri, dan ianya bukan agen-agen penyakit berjangkit. Ianya berlaku kerana sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor, samaada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu ataupun perubatan. 90% pesakit SLE (Lupus) adalah kaum wanita dan 10%  adalah lelaki. Di Malaysia sahaja terdapat 10,000 yang menghidap penyakit SLE dan penyakit ini jarang dihidapi oleh orang ramai. Walaupun jarang, kita kenalah berjaga-jaga kan. Yang penting cegah sebelum mengubati. Nak tahu lebih lanjut boleh klik ke Systemic Lupus Erythematosus






Dah join segmen mesti ada banner kan. Alhamdulillah ni je sempat ambe buat (tak pandai edit pun). Betul ke banner camni eh?? Takpe, law salah sempat je nak betulkan balik. Deno jangan marah pulak sebab dah guna doodle awak =). Buat Deno semoga awak sihat-sihat je, berdoa selalu dan jadilah orang yang tabah. Semoga ALLAH merahmati awak =).

Ambe nak tag semua yang sudi follow blog SKA ni. Alaaa bukan ramai pun 61 orang je =) jom join!! Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)