Fais-SKA

Tuesday, 19 March 2013

New Target

Sebelum mata terlelap sempat jugak la ambe duk layan lagu jap, sambil-sambil duk layan lagu Modern Talking kat YouTube teringin pulak nak tengok keluaran terbaru model kereta Hot Wheels (da hobi minat mainan, nak buat camne hehehehe). Banyak betul keluaran terbaru Hot Wheels ni, tak sempat ambe nk follow kalau camni. Sedang duk klik-klik gambar Hot Wheels kat Mr.Google terkeluar la model rare keluaran Shell. Baru perasan, rupa-rupanya ambe ni takde 3siri keluaran Shell. Hampeh betul, macam mana ambe tak tahu ni????. Kebetulan dah tengok gambar model Shell, ambe cari la blog yang post tu. Nama blog tu Zt's Dream Garage.
Ni ha gambar yang ambe jumpe time tengok kat Mr.Google.
Wahahaha cemburu tahap gaban ambe tengok.
Ni keluaran pertama kalau tak silap, 6 buah model Ferrari. Ambe takde yang ni, mana nak cari?? kat kedai mainan ade jual tak benda alah ni?? Siap dengan garage dia sekali ke?? Tolong jawab persoalan ambe ni.
Yang ni James Bond 007 Edition, cun habis bak hang. Ambe takde pun yang ni, siap dengan beg dan card James Bond lagi tu. Yang ni ada jual kat mudah. Tapi harga dia melampau sangat mahalnya. Rasanya tawaran shell jual rm15 satu (kalau tak silap la). Dah la mahal, takde beg dia pulak tu.

Ni yang latest dari Shell, Lego Edition. Menarik jugak walaupun lego je hehehe cute. Yang ni ada jual kat mudah, melampau jugak harganya. 1set ada yang jual rm3++, paling murah pun rm2++ camtulah. 

Ape pun ambe akan cuba dapatkan kesemua keluaran Shell ni even harga tak masuk akal. Bukan senang nak dapat model shell berskala 1:38 ni, syaratnya korang kena isi minyak kat shell rm40 dahulu baru dapat beli model yang dijual dengan harga diskaun. Ada jugak yang limited dan perlu beli minyak pelincir Shell dahulu baru dapat beli model dia. Itu pun kalau stok masih ada. Cara ambe lain sikit, ambe guna orang dalam je, mintak tolong kawan hehehehe..tak payah dah nak isi-isi minyak bagai. Bila ambe dah start kumpul model ni, keinginan untuk kumpul lebih banyak tu rasa bersemangat je. Nasib la sape kahwin dengan ambe nanti, terima la diri ambe ni seadanya ye :). Hehehe nak buat camne, dah ambe ni memang minat model mainan sejak kecil lagi. Memang ambe akui dah banyak duit habis kat model je, tapi model patung ambe tak kumpul la sebab bimbang Malaikat tak masuk rumah dan bilik ambe.

Wahhhh..yang ni ambe betul-betul teruja, stesen minyak shell. Besar punya, kalau ada jual kat Malaysia ambe la salah seorang pemiliknya hehehehe. (Gambar ehsan Mr.Google)
p/s~ Kalau korang nak tahu, ambe lebih hargai hadiah yang macam ni. Sebab ni lah minat & hobi ambe, so siapa yang berkenaan tu bagilah banyak-banyak yang camni ye :) Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday, 17 March 2013

Australian GP 2013

Berakhir sudah pembukaan F1 2013 di Melbourne Australian GP. Perlumbaan yang menarik dari para pelumba menyaksikan The Iceman (Kimi Raikonen) dari Team Lotus memenangi perlumbaan kali ini di tempat pertama, Fernando Alonso ke-2 dan Vettel ke-3. Cuaca yang redup dan sedikit hujan memberi kelebihan buat kimi raikkonen yang bermula dari petak ke7 pada permulaannya dan terus memimpin perlumbaan hinggalah ke garisan penamat. Bravo buat Kimi Raikkonen dengan pemanduan yang hebat dan strategi yang baik dari Team Lotus. Walaupun team ambe sokong tak menang dan permulaan yang agak slow, ambe harap team McLaren dapat buat lebih baik untuk next GP. 

Permulaan yang hambar dari team McLaren buat ambe down je tengok tadi, Come On McLaren!! buktikan kat Malaysian GP hujung minggu ni. Sorry..terOver emo plok ambe ni. F1 2013 kali ini disertai oleh 22 orang pelumba dan 11 team. Ambe pun baru tahu para pelumba yang berlumba untuk Season 2013 ni, nak details boleh tengok gambar kat bawah ni. 


Semalam semasa perlumbaan Qualifying, para pelumba hanya sempat habis untuk Q1 sahaja oleh kerana hujan lebat pada sebelah petang dan bersambung pada pagi tadi untuk Q2 & Q3. Mungkin awan hujan dari Malaysia bergerak ke Australia kot. Peraturan FIA untuk F1 2013 tidak berubah, yang mana para pelumba kena berebut petak perlumbaan dengan melalui Q1, Q2 dan Q3 dengan masa yang ditetapkan. 10 perlumba yang layak ke Q3 memang terbaik dan kenalah membuat pusingan terpantas untuk merebut petak pertama pula. Faham tak?? hehehehe..buat-buat faham jelah ye.

Kedudukan petak perlumbaan para pelumba. (Qualifying)

Hmm yang ni bab tayar. Isu tayar berjenama Pirelli tetap mnjadi tanda tanya buat ambe. Pelik jugaklah, kerana isu tayar tetap tak habis-habis sejak Pirelli ambil alih menaja tayar untuk perlumbaan F1. Tayar yang digunakan cepat sangat haus dan kurang cengkaman pada permukaan jalan. Pada sesi Qualifying semalam pun dah ada pelumba yang eksiden dan sliding. Penaja tayar F1 terdahulu seperti Bridgestone dan Michelin jarang sangat ada isu besar camni untuk perlumbaan F1. Seperti perlumbaan F1 dulu, peraturan FIA benarkan 1set tayar je ditukar bagi setiap pelumba apabila masuk ke pit. Tapi para pelumba tetap guna tayar yang sama dari awal perlumbaan hingga ke akhir. Hanya 1 set tayar sahaja!. Jauh sangat berbeza dengan sekarang sampai kena tukar 3 set tayar untuk 1 perlumbaan. Bayangkanlah pembazirannya, Ish ish ish...

Please buat tayar yang lebih baik, Team McLare nak menang ni.

Wokeh!! Setakat ni sahaja perkongsian ambe buat peminat F1 :) Congrats to your victory Kimi Raikkonen. Ambe minat jugak dengan Kimi ni sebab dia pernah berlumba untuk team McLaren dan dia menonjol pun semasa bersama team McLaren. Ambe nak sangat tengok si Kimi & Alonso 1 team untuk McLaren hehehe..harap tercapai la angan-angan ambe tu ye. Buat peminat F1 Malaysia, jangan lupa kita pakat gi tengok F1 24 Mac ni di Sepang Malaysian GP. Wassalam..
Proud to be Malaysian :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)