Fais-SKA

Sunday 27 October 2013

Penguasaan Pantai Timur

بسم الله الرحمن الرحيم


Final Piala Malaysia 2013

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada dua pasukan bola sepak pantai timur iaitu Pahang dan Kelantan kerana telah berjaya mara ke final Piala Malaysia 2013. Terkejut juga dengan kebangkitan pasukan Pahang yang dibimbing oleh Dollah Salleh ni, akhirnya layak juga mereka ke final. Pertembungan antara Pahang dan Kelantan di perlawanan akhir pada 3 November nanti pasti ditunggu. Ambe harap perlawanan yang hebat akan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, walaupun Terengganu tidak layak ke final, dua wakil dari pantai timur yang dapat mara ke final ni pun dah cukup bangga buat ambe. Pasti akan sokong kedua-duanya =).

Pahang Layak Ke Final Piala Malaysia 2013


Semalam merupakan perlawan separuh akhir antara Sarawak menentang Pahang. Agak hebat juga perlawanan yang ditunjukkan Sarawak, terus tolak tepi jap BPL. Tapi sayang, bermain di tempat sendiri gagal buat pasukan Sarawak untuk mencipta kemenangan. Malah pasukan Pahang berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Sarawak dan sekaligus berjaya mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-2. Gol Sarawak dijaringkan oleh Bobby Gonzales dan gol Pahang pula berjaya dijaringkan oleh Fauzi Roslan. Tengok perlawan semalam teringat kat Bro Shark dan Cik Akak, peminat setia bola sepak diorang ni =). Sabar ye Cik Akak, inshaa'Allah Sarawak pasukan yang kuat dan semakin meningkat naik, pasti berjaya di masa akan datang.

Kelantan Layak Ke Final Piala Malaysia 2013



Tahniah juga buat pasukan Kelantan yang dah mara ke final lebih awal apabila berjaya menundukkan pasukan ATM. Satu perlawanan yang cukup menarik apabila Kelantan ketinggalan 2-0 kepada ATM dan berjaya bangkit pada 10 minit terakhir untuk mengikat ATM dengan keputusan seri 2-2. Kelantan menang dengan agregat 4-3. Kedua-dua gol ATM dijaringkan oleh Marlon Alex James dan gol Kelantan pula dijaringkan oleh Ahmad Fakri dan Badhri Radzi. Gomo Klate Gomo.


P/s: Kepada peminat bola sepak Malaysia, jangan lupa dapatkan tiket awal. Harap isu tiket tidak cukup takdelah nanti. Majulah sukan untuk Malaysia. Selamat berhujung minggu =). Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Saturday 26 October 2013

Jum Merempit

بسم الله الرحمن الرحيم
Entri hari ini santai-santai je, 
cuma nak ucap terima kasih kepada blogger Nurazu sebab dah bagi 1 doodle yang comel kat atas ni. 
Tajuk entri gimik je tu, jangan buat pula sebab tak elok merempit ni, 
menyusahkan orang ramai je, kalau berkonvoi takpe =). 
Ape pun selamat berhujung minggu kepada semua, 
isilah masa hujung minggu anda dengan aktiviti yang berfaedah.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)