Fais-SKA

Monday 2 September 2013

Terima Kasih Cik Akak N-A-O-M-E-I

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA =) harap korang sentiasa sihat disamping orang tersayang. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update entri pada hari ini. Korang nampak tak header cun kat atas?? Ni header blog Cik Akak Naomei (pinjam header jap ye kak). Pasti dah ramai yang kenal Cik Akak ni, seorang blogger baru yang meningkat naik =). Ambe yang dah lama dalam dunia blogging pun tak terkejar rasanya nak hebat macam Cik Akak. Cik Akak ni seorang yang tabah, baik hati, mesra, pemurah dan boleh di kenali sebagai "Doktor Cinta". Hehe bab-bab cinta memang bagi kat akak ni la, banyak nasihat dan tips dia kongsi  di blognya. Kalau korang nak kenal dengan Cik Akak ni, picit je header kat atas  =).


Orang berbudi kita berbahasa,
Cik Akak memberi Ambe merasa.

Sebenarnya ambe baru je terima hadiah dari Cik Akak dari segmen "Klik-Klik Syawal By Cik Akak Comel". Pemenang yang lain dah terima hadiah 30 Ogos lagi, ambe jugak yang lambat, takpe..hero tak gaduh-gaduh punya hehe. Alhamdulillah, terima kasih banyak ye kak atas hadiah yang ohsem ni =). Ambe suka cenderahati dari Sarawak tu dan majalah Mastika memang bahan bacaan kegemaran ambe. Terima kasih juga atas sijil penghargaan yang diberi, first time ambe terima hadiah macam ni. Sebagai seorang blogger, bukan hadiah yang diharapkan, tetapi ikatan silaturrahim yang perlu dipupuk =). Sama-samalah kita support blogger yang ada. Wassalam.


P/s : Minyak petrol ron95 dan diesel naik 20sen seliter bermula tengah malam ni..moh ler kita keluar isi minyak ramai-ramai (geleng pale jap).



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 30 August 2013

Merdeka Raya

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 23 Syawal dari SKA, esok dah Merdeka buat negara tercinta Malaysia =). Malaysia tanah tumpah darahku, alhamdulillah dah masuk ke 56 tahun kita Merdeka dari penjajah. Di sebabkan Merdeka tahun ni disambut dalam bulan Syawal, maknanya kita semua sambut Merdeka Raya la kan huhu. Dah ada ke yang keluar nak sambut malam ambang Merdeka, pasti sambutannya meriah di sesetengah tempat, ape pun janganlah sampai terleka. Buat pasangan yang akan mendapat cahaya mata pada esok hari, tahniah ambe ucapkan, tengok la esok, mesti ada "Bayi Merdeka" dalam berita =)


Jum sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah, atas nikmat yang melimpah ruah di bumi Malaysia tercinta =). Selain itu hindarkan la diri kita ni dari dijajah oleh nafsu yang tak elok. Fahamilah maksud Merdeka yang sebenar. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 buat seluruh rakyat Malaysia. Wassalam..

P/s : Jum sama-sama dengar muzik instrumental Untukmu Malaysia dari pemuzik genius bro Azhar =)..




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)