Fais-SKA

Sunday 30 June 2013

Sudah Sebulan Bersama Bersatu

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA, harap anda semua sihat sejahtera. In.shaa.Allah =). Ambil la masa untuk rehat dan bersantai di hujung minggu, bagi ambe, hari biasa ke, hujung minggu ke, tetap sama huhuhu. Tajuk untuk entri kali ni macam poyo je kan, macam tajuk lagu pun ada, tapi tulah hakikatnya apa yang ambe nak kongsikan kali ni. Sebelum tu ambe nak ucap tahniah buat juara bertahan Kelantan atas kemenangan final piala FA semalam. Teruskan penguasaan pantai timur =).


Gambar baby kat atas ni satu-satunya anak saudara ambe setakat ni =). Nama diberi Nur Muhammad Haziq, dah nama lelaki, mestilah hensem macam bapa saudara dia kan hehe. Dah sebulan baby Haziq ni bersama kitorang kat kampung, sebelum ni dia bersama mak dan ayahnya di Negeri Sembilan. Tapi atas dasar kerja, kakak ambe a.k.a mak baby Haziq ni tinggalkan kat kitorang. Alhamdulillah, dah lama sebenarnya rumah ambe ni takde kehadiran baby, adik bongsu ambe pun dah berumur 17 tahun. Dulu time ambe ni kurang matang dan nakal, pernah jugak la minta baby dengan ibu ambe, hahaha lucu pulak bila ingat balik, alasannya sebab perempuan lebih sorang, kalau ada baby lelaki sorang lagi barulah balance family ambe ni =).

Last-last muncul si Haziq ni, ceria je rasa hidup kitaorang =). Walaupun ambe tak ambil part sangat bab jaga dia, tapi tetap dukung dan temankan dia bermain, biasalah..test-test dulu, 1 hari nanti nak jadi bapa juga kan hehe. Sekarang adik perempuan dah balik U tempat dia belajar, jadi dah kurang sorang nak jaga baby Haziq ni. Dah la buas, laju pulak tu meniarap, tengok sekali macam berenang pun ada. Jadi ibu ambe yang jaga sorang-sorang ni sabar jelah dengan karenah dia. Masuk bulan Ramadhan ni memang menguji jugaklah tenaga kitaorang nanti, ape pun tak kisahlah semua tu, yang penting kitaorang gembira dengan kehadiran baby Haziq ni =). Nanti bila mak baby Haziq ni datang ambil dia, dapat la tengok babak-babak sedih, termasuk la ambe sekali kot huhuhu.

Gambar kat atas ni ambe dah mengah sebenarnya, tak larat dah nak dukung dia, berat sangat kot. Bila pegang bagi dia berdiri pun hampeh jugak, kerjanya nak melompat je, kang kalau tak pegang jatuh pula, agak-agaknya dia nak membesar lagi la tu, untung la boleh lompat-lompat. Cepat betul ye awak membesar si Haziq, sebulan mesti 3 kotak susu habis. Semoga baby Haziq ni membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh =). Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Segmen Bloglist Julai & Ogos By Cik akak

بسم الله الرحمن الرحيم


Jum sama-sama memeriahkan segmen cik Akak ni =) syarat pun senang.

Segmen bermula 30.06.2013 dan Tamat 02.07.2013

Jam 8.00 malam (Tamat)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)