Fais-SKA

Friday 1 March 2013

Owhhh Tasik Kenyir


Entri kali ni ambe nak kongsi cerita time bercuti bersama gengs (12 orang) di Tasik Kenyir. Ni cerita tahun lepas punya, bulan 10 kalau ambe tak silap. Balik je bercuti tu tak terfikir pulak nak kongsi dalam blog, mungkin sebab banyak makang ikang tasik kot hehehe..lagi pun sekarang baru dapat semua gambar masa pergi Tasik Kenyir tu. Time-time cuti camnilah ambe rasa rajin nak update blog, tu pun sebab kawan ambe bagitahu nak pergi Kenyir pulak bulan 6 tahun ni. Aduhaiiiiii..harap menjadilah kali ni, sebab percutian kitorang tahun lepas ambe boleh kabo percutian yang gagal, semuanya POYO. 

Nak tahu sebab ape gagal? Hahahaha..sebab kitorang terkandas di tengah-tengah tasik selama 4hari 3malam (lama tu), hampeh punye "Houseboat" dah la bayar mahal, boleh pulak enjin boat jem tengah-tengah tasik, lain kali service la dulu boat tu. Last-last kitaorang balik camtu je, tu pun tunggu sampai 4hari. Perasaan teruja nak pergi air terjun dan taman negara terus jadi bosan (sabar jelah). Aktiviti kitaorang bila dah jadi camni memang banyak tido jelah, memasak, bbq, makan, memancing, tengok movie, tengok krew boat tengah baiki boat, bergambar dan terjun masuk tasik(mandi). Nama tuan houseboat terpaksa dirahsiakan sebab nak jaga periuk nasi dia, ambe nasihat kalau nak tempah houseboat, tengok la yang cantik-cantik. Harga mahal takpe janji puas hati.


Gambar kat atas ni la houseboat yang kitaorang sewa. Ok tak?? Hehehehe ok la kan :) ada bilik kat level2, ada bilik air, tandas, dapur, tempat makan, ruang memancing dan ruang santai. Tapi 1 je yang tak best, tingkap kat level2 tu dia tutup pakai kanvas je. Hampeh punya houseboat, dah la tiap-tiap petang hujan, kitaorang jugak la jadi magsa pegang kanvas tu tunggu hujan dan ribut berhenti. Seram pun ada, dah macam kat laut je bila ribut datang, bergoyang habis, tapi syok pun ada. Meh tengok gambar bawah ni.

Walaupun jadi macam ni, layan jelah :) kenangan indah tu ada bila kitaorang dapat ikan, bila tengok pemandangan yang cantik (memang betol-betol cantik), dapat bergambar, gelak sama-sama, mandi tasik sama-sama dan banyak lagi lah, tak rugi pun kalau korang pergi. Pape pun jika ada kesempatan untuk pergi kali ke2, ambe harap benda camni tak terjadi dah, hahahaha.. ambe salute la gengs ambe ni, korang memang best :) kalau ada yang berminat nak bercuti ke Tasik Kenyir, pergilah ramai-ramai, memang syok sangat-sangat, kalau nak sewa houseboat boleh klik sini dan sini
Bawah ni ada la gambar yang sempat kitorang snap dari mula sampai la balik..layan jelah..

Gambar atas ni time nak balik dah, houseboat yang kitorang sewa ditunda houseboat lain. Yang penting semua selamat. Banyak lagi gambar yang ambe tak kongsi kat sini, nak tengok datang rumah ambe :) Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 28 February 2013

Cinta Itu Amanah Dari ALLAH

~Assalamualaikum~
SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar


Untuk mu Sayangku...bahagia kita harini kerana izin Allah. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Semoga pertunangan kita ini diakhiri ke jinjang pelamin, In.Shaa.Allah tahun depan, tunggu ambe sihat-sihat dulu hehehe. Wahai tunangku, engkaulah pemilik cintaku selepas Allah, Rasulullah dan Keluargaku :) Terima kasih sebab terima ambe walaupun ambe ni penuh dengan kelemahan & tak romantik pun. Ya Allah..jagalah dia selalu untuk ku.

~Saling mencintai hanya kerana ALLAH
~Saling menyayangi hanya kerana ALLAH
~Saling membahagiakan hanya kerana ALLAH
~Saling mengharapkan keredhaan ALLAH
~Hanya kerana ALLAH sahajalah yang dapat menimbul rasa Kasih & Sayang

Cinta pada Allah pun penting juga kerana Dia segala-galanya..ALLAHURABBI :)

Cinta itu kurniaan Allah, kesetiaan & kepercayaan tu penting. Papepun..hargailah pasangan anda seadanya. Kerana dia 'Amanah Allah'.



~Ehemm2 nak menyanyi suara sumbang, tapi takpelah..nak share jugak walaupun kopi & pasta dari Utube je hehehe..
Buat tunangku Sarah..dengarlah lagu ni..tc :) ~



yang ni versi cute hehehehe..i'll be there

Just for u...Smile Always (^_^)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)