Fais-SKA

Thursday 28 February 2013

Cinta Itu Amanah Dari ALLAH

~Assalamualaikum~
SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar


Untuk mu Sayangku...bahagia kita harini kerana izin Allah. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Semoga pertunangan kita ini diakhiri ke jinjang pelamin, In.Shaa.Allah tahun depan, tunggu ambe sihat-sihat dulu hehehe. Wahai tunangku, engkaulah pemilik cintaku selepas Allah, Rasulullah dan Keluargaku :) Terima kasih sebab terima ambe walaupun ambe ni penuh dengan kelemahan & tak romantik pun. Ya Allah..jagalah dia selalu untuk ku.

~Saling mencintai hanya kerana ALLAH
~Saling menyayangi hanya kerana ALLAH
~Saling membahagiakan hanya kerana ALLAH
~Saling mengharapkan keredhaan ALLAH
~Hanya kerana ALLAH sahajalah yang dapat menimbul rasa Kasih & Sayang

Cinta pada Allah pun penting juga kerana Dia segala-galanya..ALLAHURABBI :)

Cinta itu kurniaan Allah, kesetiaan & kepercayaan tu penting. Papepun..hargailah pasangan anda seadanya. Kerana dia 'Amanah Allah'.



~Ehemm2 nak menyanyi suara sumbang, tapi takpelah..nak share jugak walaupun kopi & pasta dari Utube je hehehe..
Buat tunangku Sarah..dengarlah lagu ni..tc :) ~



yang ni versi cute hehehehe..i'll be there

Just for u...Smile Always (^_^)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 24 February 2013

F1 2013 Kembali Lagi

Selamat pagi Malaysia :) awal pula rasa update blog, Sementara tunggu sarapan rasa nak share something about F1. Sekarang dah masuk tahun 2013, tak lama lagi cabaran F1 sesi 2013 akan bermula, rasa tak sabar nak layan sukan no1 kegemaran ambe ni. Entri kali ni tentang ''F1'', bagi peminat sukan permotoran F1 jom baca sini.


Tahun lepas (sesi 2012) agak mencabar bagi 3 pasukan teratas iaitu pasukan Redbull Racing, Scuderia Ferrari dan McLaren. Pasukan yang ambe minat semestinya team McLaren Mercedes, walaupun team yang ambe minat tak jadi juara keseluruhan sesi 2012, tapi persaingan demi tambah point dan trofi tetap ditunjukkan. Nak tahu siapa pemandu yang menang sesi 2012? Tengok sini. Bagi kategori pengeluar pula tengok sini. Berakhirnya sesi F1 2012, berakhirlah juga dunia F1 buat lagenda permotoran yang berprestij iaitu Michael Shumacher, dia dah bersara akibat prestasinya yang kurang baik sejak dia kembali ke dunia F1 pada tahun 2010-2012.


F1 sesi 2013 lebih menjanjikan cabaran bagi setiap pelumba, dengan jentera yang lebih berkuasa, team yang lebih konsisten, pemandu-pemandu yang lebih berpengalaman, litar yang lebih banyak dan pembaharuan yang dibuat oleh FIA. Lagi syok tengok uiiiii...Kali ini ambe nak berkongsi serba sedikit tentang F1 2013 dari segi jentera, pelumba, kelendar F1 2013 dan penggunaan tayar Pirelli.

(Rujuk jadual ni untuk F1 Live di Astro c832HD & c813)

1. Red Bull Racing RB9
Sebastian Vettel...Mark Webber...Renault Engine

2. Scuderia Ferrari F138
Fernando Alonso...Felipe Massa...Ferrari Engine

3. Vodafone McLaren Mercedes MP4-28
Jenson Button...Sergio Perez...Mercedes Engine

4. Lotus F1 Team E21
Kimi Raikkonen...romain grosjean...Renault Engine

5. Mercedes GP Petronas F1 Team W04
Nico Rosberg...Lewis Hamilton...Mercedes Engine

6. Sauber F1 Team C32
Nico Hulkenberg...Esteban Gutierrez...Ferrari Engine

7. Sahara Force India VJM06
Paul Di Resta...TBA*...Mercedes Engine

8. Williams FW35
Pastor Maldonado...Valterri Bottas...Renault Engine

9. Scuderia Toro Rosso STR8
Daniel Ricciardo...Jean Eric Vergne...Ferrari Engine

10. Caterham F1 Team CT03
Charles Pic...TBA*...Renault Engine

11. Marussia F1 Team MR02
TBA*...TBA*...Cosworth Engine

PIRELLI TYRE FOR F1
Tayar yang diperbaharui dari segi warna dan kegunaan pada litar, nak lebih info klik sini

SAFETY CAR (MERCEDES SLS AMG)

Serba sedikit tentang 'F1 sesi 2013' dah ambe kongsi, takleh kongsi banyak-banyak sangat, nanti pembaca cepat bosan dengan 'text' yang panjang :) sebarang info pasal F1 klik sini je. Ambe jadi minat dengan sukan F1 ni sejak sekolah rendah lagi sebab ambe minat pada kelajuan, pernah la tanam cita-cita nak jadi pemandu F1, tapi cita-cita tak kesampaian. Sekarang cita-cita nak cari model mini F1 dan kumpul kesemuanya :) hehehehe..kita buat koleksi peribadi pulak macam gambar kat bawah ni. Hmm mungkin ambe tertinggal 1 live F1 awal musim bulan 3 ni sebab pergi operate kaki buang besi, redha jelah.


Majulah sukan permotoran F1 di Malaysia :) Wassalam

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)