Fais-SKA

Thursday 1 November 2012

Harta Yang Bernilai

Assalamualaikum..


Ambe nak ucap terima kasih sangat-sangat kat dua org insan yang ambe sayang ni, tunang ambe Sarah & adik ambe Maia :) .  Terima kasih la sbb bagi ambe hadiah buku yang menarik dan penuh dgn isian agama camni. Walaupun x habis baca lg, insyaALLAH lam masa terdekat khatam la kot hehehehe. Bila baca je buku camni terasa diri ni jahil sgt. InsyaALLAH demi masa, ambe akan berubah ke arah lebih baik :)
Yang baik itu datang dari ALLAH s.w.t dan yang lemah datang dari diri ambe sndiri.

Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai permata, mutiara dan emas ke leher babi´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah tentu Allah menjadikannya seorang yang mengerti dengan hal-hal agama´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah

Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Barang siapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.
Hadis Riwayat At Tirmizi




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 25 October 2012

Rindu Nak Konvoi Lagi

Assalamualaikum :) salam 1dunia..

Alhamdulillah masih d'beri umur yang panjang oleh ALLAH S.W.T. syukur sangat-sangat padaMU.
Dah lama rupanya tak update bloG, takde ape yang best nak d'sharekan kot. Entri kali ni saje ambe nak citer sal konvoi, da memang hobi ambe nak wat camnekan hehehehe :) 
Dalam hati ni memang rindu nak konvoi balik, hampir 3 bulan aktiviti konvoi Yamaha 135LC Turtle Crew Club tak anjurkan sebarang program. Mungkin kekangan masa budak-budak kelab, tak pun cuaca sekarang ni tak mengizinkan, biasalah kat Malaysia ni sentiasa d'limpah dengan hujan rahmat, dan yang membimbangkan ambe dalam masa 3 bulan ni dah 2 orang budak kelab yang kemalangan, ambe doakan semoga diorang cepat sembuh.
 Pejam celik pejam celik dah hampir setahun ambe bersama kelab ni. Alhamdulillah kawan pun ramai dan baik, dah merata tempat juga la ambe merantau :) Walaupun konvoi kereta lebih selamat, tapi tetap tak puas cam konvoi motor. Ambe tetap pilih motor :) kalau kereta, mana nak dapat leper rapat lutut cam motor, mana nak dapat udara segar sentiasa, mana nak dapat terdedah dengan panas dan berhujan, memang betol-betol mencabar. Walaupun cc kecil je, 170kmh++ tetap dalam tangan hehehehe, tetap puas hati la. Ambe bangga dengan King Of Moped ambe. Alhamdulillah, dah lebih setahun myLC bersama ambe. InsyaALLAH jika ade konvoi yang terbaru, ambe akan update dalam blog ambe ni.

~ Ni la jentera ambe time pergi berkonvoi ~


Nah..ambe belanja gambar-gambar konvoi paling latest time pergi Cameron Highland dan Fraser Hill














Walaupun 8 orang je yang join, tapi tetap best :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)