Fais-SKA

Thursday 25 October 2012

Rindu Nak Konvoi Lagi

Assalamualaikum :) salam 1dunia..

Alhamdulillah masih d'beri umur yang panjang oleh ALLAH S.W.T. syukur sangat-sangat padaMU.
Dah lama rupanya tak update bloG, takde ape yang best nak d'sharekan kot. Entri kali ni saje ambe nak citer sal konvoi, da memang hobi ambe nak wat camnekan hehehehe :) 
Dalam hati ni memang rindu nak konvoi balik, hampir 3 bulan aktiviti konvoi Yamaha 135LC Turtle Crew Club tak anjurkan sebarang program. Mungkin kekangan masa budak-budak kelab, tak pun cuaca sekarang ni tak mengizinkan, biasalah kat Malaysia ni sentiasa d'limpah dengan hujan rahmat, dan yang membimbangkan ambe dalam masa 3 bulan ni dah 2 orang budak kelab yang kemalangan, ambe doakan semoga diorang cepat sembuh.
 Pejam celik pejam celik dah hampir setahun ambe bersama kelab ni. Alhamdulillah kawan pun ramai dan baik, dah merata tempat juga la ambe merantau :) Walaupun konvoi kereta lebih selamat, tapi tetap tak puas cam konvoi motor. Ambe tetap pilih motor :) kalau kereta, mana nak dapat leper rapat lutut cam motor, mana nak dapat udara segar sentiasa, mana nak dapat terdedah dengan panas dan berhujan, memang betol-betol mencabar. Walaupun cc kecil je, 170kmh++ tetap dalam tangan hehehehe, tetap puas hati la. Ambe bangga dengan King Of Moped ambe. Alhamdulillah, dah lebih setahun myLC bersama ambe. InsyaALLAH jika ade konvoi yang terbaru, ambe akan update dalam blog ambe ni.

~ Ni la jentera ambe time pergi berkonvoi ~


Nah..ambe belanja gambar-gambar konvoi paling latest time pergi Cameron Highland dan Fraser Hill














Walaupun 8 orang je yang join, tapi tetap best :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 26 April 2012

Wasiat Imam Syafie Kepada Umat Akhir Zaman



Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara “[Imam Syafie]”

1..Hak kepada diri sendiri – kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan percakapan pada perkara yang sia-sia dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2..Hak kepada melaikat maut – menggandakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada ALLAH S.W.T

3..Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4..Hak kepada Malaikat Munkar dan Nakir – tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5..Hak kepada Mizan (Neraca timbangan amalan pada hari Kiamat) – Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6..Hak kepada sirat (Titian yang merentangi Neraka pada hari Akhirat) – Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7..Hak kepada Malik ( Malaikat menjaga Neraka) – Menangis lantaran takut kepada ALLAH S.W.T, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah sama ada sembunyi atau terang-terangan, memperelokkan akhlak.

8..Hak kepada Ridhwan (Malaikat menjaga Syurga) – Redha kepada Qada dan Qadar ALLAH, bersabar menerima ujian, bersyukur keatas nikmat kurniaan ALLAH dan bertaubat daripada melakukan kemaksiatan.

9..Hak kepada Nabi Muhammad S.A.W – berselawat keatasnya, berpegang kepada syariatnya, bergantung kepada as-sunnah (hadis), menyayangi sahabat dan bersaing mencari redha ALLAH S.W.T.

10..Hak kepada ALLAH S.W.T – Amar makruf nahi mungkar, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)