Fais-SKA

Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Friday 28 June 2013

Amalkan Selalu

بسم الله الرحمن الرحيم


Sabda Rasulullah s.a.w :  Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :
pada tiap-tiap kali hendak melakukan sesuatu.

2- ALHAMDULILLAH :
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu atau menzahirkan kesyukuran.

3- ASTAGHFIRULLAH :
jika tersilap mengatakan atau melakukan sesuatu yang buruk.

4- IN.SHAA.ALLAH :
jika ingin melakukan sesuatu di masa akan datang.

5- LAHAULA.WALA.QUWATA.ILLAH.BILLAH :
 bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6- INNALILLAHI.WAINNA.ILAHIROJIUN :
jika menghadapi sesuatu musibah atau berlakunya kematian.

7- LAILAHAILLALLAH :
bacalah sebanyak mana yang anda mampu. Amalkan selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah =)

=) سلام جمعة

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, ambe nak kongsi 1 khutbah berkaitan dengan Bahaya Syiah.
Act, dah lama khutbah ni, yang dah tengok tu alhamdulillah. Syiah sekarang dah ada kat Malaysia, ambe harap korang semua hati-hatilah. Dah la sesat lagi menyesatkan, lepas tu banyak sangat kekejaman yang diorang lakukan. Semoga kita ni tidak tergolong dalam golongan Syiah laknatullah ni. Wassalam.





Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 23 June 2013

Jum Cuba Dengar

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat disamping keluarga tersayang, in.shaa.Allah =). Jum test dengar bacaan ruqyah kat bawah ni. Difahamkan bacaan ruqyah ni sesuai untuk mengesan dan menghalau jin dalam tubuh seseorang. Semalam tengah godek-godek mukabuku, terjumpalah video ni, ambe ada test dengar, mula-mula tu memang la berdebar hehe. Jum sama-sama dengar. Mungkin korang dah pernah dengar, tapi tak salah pun nak dengar lagi kan, tenang je jiwa bila dengar dan hayati ayat Al-Quran.


Ujian Mengesan Jin Dalam Badan
Dengarkan bacaan ruqyah ini sehingga habis, jika rasa tidak selesa, mual, batuk, menguap/ mengantuk, berpeluh atau seram sejuk, berdebar-debar, pening, merasakan ada sesuatu yg bergerak atau berdenyut dlm badan, sendawa atau apa2 shj yg luar biasa itu tandanya ada jin didlm tubuh. dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami di halaman Rawatan Islam insyallah kami cuba membantu. (copy n paste)


Klik page Rawatan Islam




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 14 June 2013

سأندايڽ القرءان بيسا بربيچارا

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku kitab yang dicetak dengan sangat cantik.
Aku diberi sampul mewah yang sangat indah.
Aku pasti ada di setiap rumah orang muslim.
Tapi, di dalam hati setiap muslim aku jarang ditemui.

Aku diletakkan di atas rak yang tinggi.
dibiarkan disana, aku ditinggalkan dan dilupakan.
Kadang-kadang aku diletakkan ditempat yang kotor, katanya untuk mengusir hantu & jin.
Dan disana juga aku dibiarkan, ditinggalkan dan dilupakan.

Dengan penuh rasa hormat aku banyak dicium setiap kali selesai baca.
Tapi, pelajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu dilupakan.
Mereka mengabaikan pesanan yang ada padaku.
Ada kalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu.

Kegunaanku yang sebenarnya sangat jarang diperhatikan.
Sungguh betapa ajaibnya aku bisa mengubah dunia.
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku.
Pelajarilah aku dan perhatikan apa yang aku katakan untukmu.

Aku punya hukum.
Aku punya kebijaksanaan.
Aku punya sesuatu yang sangat berharga.
Dan banyak lagi yang aku punya yang tak bisa kau hitung.

Akulah penyelamatmu.
Akulah petunjukmu.
Aku diturunkan oleh Allah untukmu.
Aku diajarkan kepada Rasulullah S.A.W serta dipertahankan dengan air mata dan darah.

Kebenaran adalah kemahsyuranku.
Maka bacalah aku, pelajarilah aku, amalkanlah aku dan sampaikan isi yang ada padaku.
Kerana.
AL-QURAN AL-KARIM adalah namaku.


Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya, 
agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,
yang kepunyaanNya kerajaan langit dan bumi, 
dan Dia tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya,
dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.

Surah Al-Furqan 1-2.


(=  SKA سلام جمعة دري



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 31 May 2013

Ujian Buat HambaNYA

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR

Salam dari SKA dan Salam Jumaat buat semua, semoga harini lebih baik dari semalam =). Selamat pagi, mulakan harimu dengan bismillah dan senyuman. Pagi ni ambe ada 1 cerita nak berkongsi dengan korang semua, in.shaa.Allah sama-samalah kita bantu membantu sesama manusia. Cerita ni ambe copy dari mukabuku, tengah ushar-ushar kelab motorsikal, terjumpa pulak artikel ni. Mungkin korang dah baca, yang belum baca meh baca kat bawah ni. 


Kronologinya

Pada 19hb May 2013.. Tuan Azrai drpd Nilai telah sama sama menyertai konvoy untuk melawat dan menyerahkan sumbangan pada anak anak Yatim di Raub. Malang tidak berbau. Tetiba motor didepannya menggalami masalah brek (brek jammed). Beliau telah menggelak daripada terlanggar motor tersebut dan terbabas kesebelah kiri.Menyebabkan kaki kirinya remuk dan paha kanannya pula patah. Beliau dimasukkan ke hospital dan seterusnya di pindahkan ke Hospital Tawakal. Pada 23.5.2013. Pakar orthopaedik terpaksa membuat amputation pada kaki kirinya. Dan kaki kanan pula dimasukkan besi. Nak menambahkan kesedihan pada hari tersebut isteri beliau telah terjatuh dan meninggal dunia. Meninggalkn anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil.

Dengan keadaan kakinya yang telah dipotong dan kaki kanan yang patah dan akan mengambil masa berbulan lagi untuk pulih...bagaimanakah beliau akan menanggung anak-anak yang masih kecil dan saraan perubatan yang beliau terpaksa tanggung.

AYUH KITA BUKTIKAN YANG KITA ADALAH INSAN YANG PERIHATIN
....
mari kita sama-sama menderma... terus ke akaun beliau atau melalui kelab2.

MOHD AZRAI BIN JOHANA
CIMB ACC; 12280001412204
_________________________________________________________________________________

Subhanallah, dah kehilangan kaki, hilang pulak isteri tersayang. Ujian dari Allah itu pasti buat hambaNYA dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Yang berkemampuan tu jangan lupa bantu yup, semoga Allah berkati kita semua =). Jangan lupa amalan sunat di hari Jumaat, semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 24 May 2013

1 Hari Nanti


Salam Jumaat dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat dan positif selalu (in.sha.Allah). Pejam celik, pejam celik, rasa cepat betul masa berlalu. Tup-tup dah hari jumaat kan, hari yang bermakna bagi orang Islam =). Nampak tak gambar Kaabah kat atas tu??. Subhanallah sangat cantik kan. Ambe ni teringin nak ke Mekah 1 hari nanti. Bukan ambe je, korang pun mesti nak jugak kan. Sangat beruntung pulak tengok kawan-kawan yang dah pergi Mekah menunaikan Umrah. Camnelah perasaan diorang agaknya yup, mesti rasa tenang je.

Korang yang dah ada pengalaman ke Mekah buat Haji atau Umrah, kongsi-kongsilah sikit dengan ambe, camne perasaan korang?? Ada ke peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku kat sana??. Kota suci Mekah ni unik dan merupakan kota larangan. Bukan sebarang orang boleh masuk, kalau ada niat jahat je, pasti dibalas terus oleh Allah. Dah banyak sangat kita dengar kisah pelik berlaku kan. Di akhir zaman nanti pun, Dajjal serta pengikutnya di larang masuk ke kota suci Mekah dan Madinah. Betapa mulianya kota Mekah dan Madinah sehinggakan para Malaikat sentiasa menjaganya.

Jom kita pasang impian/niat sama-sama nak ke Mekah menunaikan Haji dan Umrah =). Mana tahu impian tu dimakbulkan Allah, dapat tengok Kaabah depan mata. Semoga bermanfaat dan selamat berhujung minggu. Jangan lupa amalan sunat di hari jumaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 22 May 2013

Mereka sangat "HEBAT".

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

Salam dari SKA buat semua =) harap korang semua berada dalam keadaan sihat sentiasa di samping orang tersayang (in.sha.Allah). Kali ni ambe nak share dengan korang beberapa gambar, mungkin ada yang pernah tengok dan tahu tentang kisah di sebalik gambar ni. Jika penerangan ambe silap, tolong betulkan yup. Ambe dapat gambar ni pun dari mukabuku dan koleksi yang ada dalam simpanan ambe. Ni pun beberapa je, kalau nak share semua takut panjang meleret pulak entri ni. Semoga iman dan kesabaran kita seteguh mereka. Amin

Ambe tak pasti kisah di sebalik gambar di atas ni, tapi cuba korang tengok. 
Tenang je wajah diorang kan. Mungkin senyuman pada wajahnya 
menggambarkan kehidupan yang baik di alam sana.

Ummu Nidhal melihat anaknya yang syahid tanpa rasa sedih, 
beliau sangat tabah dan redha dengan pemergian anaknya, 
Subhanallah seorang ibu yang menggalakkan kesemua anaknya
 berjihad di jalan Allah.

Di fahamkan lelaki ni meninggal ketika sujud semasa solat, 
ada video di youtube, korang search jelah.

 Sumber yang ambe dapat, lelaki ni sedang solat, 
beliau hilang igatan tetapi ingatannya pada Allah dan Islam tetap teguh.

Walaupun dalam keadaan berperang, amalan wajib takkan ditinggalkan. 
Sujudlah kamu kepada Allah selagi masih bernyawa.

Subhanallah, Walaupun malapetaka menimpa diri dan kehilangan harta benda,
 tetap ingat pada Allah.

Cumil kan =) kecil-kecil lagi dah diajar bertudung, 
in.sha.Allah dah besar nanti jadi solehah.

Prihatin je kanak-kanak ni, rezeki lebih bermakna jika dikongsi.

Kecil-kecil lagi dah berkerja, tak pasti kat negara mana. 
Gigih je demi mencari rezeki.

Walaupun cacat, tidak dijadikan alasan untuk beribadah kepada Allah.

Tabah betul pelajar ni kan, walaupun cacat, 
tetap ke sekolah menuntut ilmu. Gigihlah dalam 
menuntut ilmu agar kamu tak menggung peritnya
kebodohan.

Ambe suka dengan gambar ni, ingat tak kisah hamba Allah masuk 
syurga sebab bagi anjing minum?? Tapi dalam gambar ni kucing,
 rezeki sama-sama dikongsi =)

Menunaikan solat tak kira di mana sahaja. Mak aih motor dia =)

Penyanyi hip hop Rapper Loon dan Adam Corrie 
masuk islam dan berubah menjadi sangat alim. 
Alhamdulillah petunjuk yang diberikan oleh Allah.

Mesut Ozil, walaupun dah femes dan kaya raya,
 tetap mengharapkan keredhaan Allah. 
Harap dia dapat tarik Ronaldo tu masuk islam =).

 Sebaik-baik perhiasan di dunia 
adalah wanita solehah =)

Sejuk je mata memandang. Kagum jap tengok, 
sempat lagi membaca Al-Quran walaupun di atas motorsikal.

Yang ni baru romantik, pasangan suami isteri yang berpegangan tangan lagi tu. 
Di fahamkan, kasut isterinya rosak dan si suami menanggalkan kasutnya, 
lalu dipakaikan ke isterinya =) Untunglah hehehe.

In.sha.Allah gambar-gambar lain ambe share lagi next time, Semoga bermanfaat, Wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 15 May 2013

Apa itu Hari Nakbah???


15 Mei 2013 ini genaplah ulang tahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.



 Subhanallah, ISRAEL Kini
Subhanallah, 65 tahun tu lama bagi ambe, syukur kita yang hidup dalam keadaan aman ni kan. Bersabarlah wahai penduduk Palestin, ALLAH sentiasa bersamamu. Doa adalah senjata umat Islam, sama-samalah kita doakan keamanan Palestin. Artikel ni ambe kopi pasta dari mukabuku. Semoga bermanfaat, Wassalam..

"Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, 
maka dia bukanlah dari kalangan mereka" (Hadis Rasulullah S.A.W)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 26 April 2013

Salam Jumaat

SUBHANALLAH....ALHAMDULILLAH....ALLAHUAKBAR

Salam penghulu segala hari buat semua, ambe harap korang sihat-sihat je. Pejam celik-pejam celik dah nak masuk bulan Mei, pantas betul masa berlalu kan. Ingat 5 sebelum 5 tau, jangan nanti datang musibah baru nak ingat. Yang dapat musibah tu jangan cepat sangat putus asa. Redha dengan ketentuanNYA tu penting ("Sesungguhnya besar ganjaran bagi orang yang sabar"). Ambe doakan buat semua semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan bertambah baik untuk hari-hari seterusnya =) Amin. Bila dah sebut hari jumaat, mesti banyak kisah-kisah menarik yang korang tahu berlaku hari jumaat kan. Yang penting jangan lupe amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan (boleh jugak tambah saham akhirat). Macam-macam amalan boleh kita lakukan di hari jumaat dan ianya lebih baik dari hari-hari lain. 

Antaranya yang biasa kita buat seperti potong kuku, mandi sunat hari jumaat, memakai wangi-wangian, berzikir, berselawat keatas nabi, berdoa, dan macam-macam lagi. Hari jumaat antara hari yang dimakbulkan doanya oleh ALLAH, jadi banyak-banyakkanlah berdoa yup =). Bagi kaum Adam jangan lupa pergi solat jumaat bagi yang mampu. Lebih afdal kalau datang awal ke masjid sebelum bilal azan dan rebutlah saf pertama. Banyak pahala tu selain dapat pahala iktikaf. Nak makin bertambah rezeki???. Sedekah jangan lupa, walaupun Rm1 je, yang penting ikhlas. Bagi kaum hawa, korang boleh dengar live khutbah jumaat di tv. Biasanya tv1 dan tv oasis tuk khutbah jumaat di Mekah. Khutbah jumaat ni berlainan mengikut negeri dan cara imam yang sampaikan khutbah. Tapi isi yang disampaikan tetap positif dan berlandaskan islam =). Semoga bermanfaat buat kita semua, Wassalam.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 17 March 2013

Relevan Lagikah Pondok??

Itulah tajuk yang dibahaskan oleh 3 orang ustaz selama 1jam di television c114 Tv Al-Hijrah semalam. Ulasan yang panjang lebar dari Ustaz Izhar, Ustaz Badli Shah & Ustaz Abdullah Basit betul-betul memartabatkan pendidikan pondok ni. Bayangkanlah 3 orang ustaz ni bekas pelajar pondok, sekarang dah berjaya dengan kerjaya masing-masing sebagai pendakwah.


Bagi ambe, pengajian pondok sangat releven. Sebab ape releven?? Sebab dah ramai pelajar pondok dapat buktikan yang diorang dapat berdiri sama tinggi dengan pelajar moden zaman sekarang. Pengajian pondok ni memang lebih bab Agama Islam. Alhamdulillah dah ramai kawan-kawan ambe yang telah berjaya hanya dengan berpendidikan pondok. Ambe dulu pun pernah jugak merasa belajar di pondok, masa tu betul-betul terasa seperti berdiri dengan sendiri (berdikari & berdisiplin), semua benda kena buat sendiri. Mula-mula tu agak susah, banyak benda tak menjadi, tapi lama-lama ok je. Maklum la masuk belajar pun lepas dapat result UPSR. Pelajar pun ramai dan yang paling jauh datangnya dari Sabah. Sanggup diorang datang dari jauh semata-mata nak tuntut ilmu Agama Islam ni, Subhanallah.

Pondok Darul Bayan Pinang Merah merupakan pondok tempat ambe belajar selepas darjah 6, pelbagai sukatan bab Agama Islam ambe belajar termasuklah menghafal Al-Quran. Mendalami agama memang ambe nak sangat-sangat masa tu dan pembelajaran tentang Agama Islam di pondok amatlah details, al-maklum la ibu ambe nak ambe ni jadi ustaz. Tapi ambe sempat belajar kat pondok pun sebulan je sebab ambe berpindah ke Ma'had Darul Quran Rusila (belajar arab pulak), tu pun sampai tingakatan dua je hehehehe..nak tahu sebab ape?? Teeeetttttt... Dah lama ambe tak jenguk pondok Darul Bayan, last ambe pergi tahun lepas, tu pun secara kebetulan ambe solat jumaat di Masji Darul Bayan.

Agak-agak camni lagi ke rupanya eh?? atau dah ade asrama?? Gambar atas sekali tu, pondok yang depan dan belah kiri sekali pondok ambe dulu :) hehehehe pondok no1.

Ni Ustaz Saiful Bahri merupakan pengasas Pondok Darul Bayan Pinang Merah.

Ni Masjid Darul Bayan Pinang Merah, dulu masjid nilah ambe pergi solat tiap-tiap hari. Masjid ni tak macam dulu, kecil dan struktur semua dari kayu. Sekarang dah dua tingkat, makin lebar dan semakin cantik.

Haaa...yang ni Ma'had Darul Quran Rusila. Ambe bangga dapat belajar kat sini walaupun sekejap je (2 tahun). Pengasasnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ambe sayang tok guru ambe ni. Walaupun sibuk dengan pekerjaan beliau, tapi tetap ada masa mengimamkan solat di Masjid dan menyampaikan ceramah agama. Bila tok guru ada je di masjid, ambe dan pelajar lain ambil kesempatan bersalam dengan beliau. Semoga tok guru sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah :). 

Sejuk je mata memandang kan.

Ambe dapat tahu yang salah satu asrama Ma'had Darul Quran terbakar, punca kebakaran ambe sendiri pun tak tahu. Sama-samalah kita bantu dan doa, besar balasan pahala Allah bagi kat kita nanti. Semoga asrama yang baru dapat disiapkan dengan cepat.

Semoga pengajian Pondok & Ma'had berterusan sampai bila-bila dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 13 March 2013

Solat Jenazah Yang Mudah

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

Have a beautiful day and i can see it, syukur Alhamdulillah :). Kali ni ambe nak kongsi bab ilmiah sikit buat Umat Islam dan ambe harap kita dapat amalkan sama-sama. Entri kali ni bab 
"Solat Jenazah". 
Ambe sebelum ni tak pernah amalkan solat jenazah ni even ada je kematian yang pernah ambe ziarahi. Setelah ambe baca kisah-kisah dunia kita sekarang ni, ambe rasa terpanggil pulak untuk belajar cara solat jenazah. Alhamdulillah mudah je rupanya, senang nak buat. Pernah jugaklah ambe ditegur dengan family & cik tunang bab neh hehehe.. 
Solat jenazah ni merupakan Fardhu Kifayah. Dengan makna mudahnya: "Perkara fardhu, bila ada sekurang-kurangnya seorang yang telah melakukannya, maka gugurlah kefardhuan tersebut kepada seluruh kampung tersebut dan tidak berdosalah yang lain". riwayat daripada Zaid bin Khalid al-Juhani yang bermaksud :

Ada seorang sahabat Nabi radhiallahu’ anh meninggal dunia pada perang Khaibar. Ketika hal tersebut diberitahukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda pun bersabda:
Solatlah ke atas sahabat kalian ini.
Maka wajah orang-orang pun berubah kerananya. Baginda bersabda:
Sesungguhnya sahabat kalian telah melakukan pengkhianatan di jalan Allah.
Kemudian kami memeriksa barang yang dibawanya dan kami menemukan sebuah perhiasan dari permata kaum Yahudi yang nilainya tidak setara dengan dua dirham – 
Hadis riwayat Imam Abu Dawud 

Melalui hadis ini kita dapati baginda Rasulullah tidak turut serta dalam solat Jenazah tersebut dan hanya para sahabat lain mengerjakannya. Sekiranya solat Jenazah itu hukumnya fardu ‘ain tentu baginda akan turut serta mengerjakannya. Rasulullah pun pernah bersabda barangsiapa yang solatkan jenazah akan mendapat pahala 1qirath dan selepas itu ia mengiringi jenazah kekubur akan mendapat pahala 2qirath, yang mana Qirath itu bermaksud ia sama dengan 2 gunung yang besar. Subhanallah, besar betul pahalanya kan. Tak susah pun nak buat solat jenazah ni, andai kata ada ahli keluarga kita yang meninggal dunia, lebih afdal ahli keluarganya yang turut solatkan jenazah. Janganlah harapkan imam dan orang masjid semata-mata. Kumpul ahli keluarga seramai yang mungkin, sebab sekiranya jemaah yang mengerjakan solat Jenazah itu mencapai empat puluh orang atau lebih maka Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka terhadap jenazah tersebut. 

Ramai kan yang solatkan jenazah.

Bawah ni ambe nak kongsi cara-cara solat jenazah yang ringkas.

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati.
- Sahaja aku Solat Jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, Fardhu Kifayah kerana Allah Taala.
- Jadi Makmum atau imam?? tambah "Sebagai Makmum @ Imam Kerana Allah Taala".
- Baca Surah Al-Fatihah hingga akhir.
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
- Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. " Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad.
- Pendek pun takpe, yang paling elok Selawat Ibrahimiah seperti dalam Tahiyyat Akhir.
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakbar"
- Doa keatas jenazah (Pendek pun takpe, panjang lagilah bagus) Contoh:- 
- Allahummargh Firlahu Warhamhu Wa Afihi Wa'Fuanhu (Untuk mayat lelaki). Bermaksud :
Ya Allah, ampunilah baginya, kasihanilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya.
- Allahummargh Firlaha Warhamha Wa Afiha Wa'Fuanha (Untuk mayat perempuan).
4. Angkat Takbir Keempat "Allahuakbar"
- Memberi Salam kiri dan kanan (Assalamualaikum Warahmatullah)
- Alhamdulillah Selesailah cara ringkas Solat Jenazah.

Mudah kan :) yang penting rukunnya cukup. Islam itu mudah, tak membebankan penganutnya pun. Sama-samalah kita pelajari, semoga kita dapat buat dengan seikhlas hati kita. Nak lebih detail bab solat jenazah ni, boleh klik disini.

Rukun Solat Jenazah.
1- Niat Pada Takbiratul Ihram.
2- Berdiri bagi yang mampu, tiada rukuk dan sujud.
3- 4kali Takbir termasuk Takbiratul Ihram.
4- Membaca Surah Al-Fatihah selepas takbir pertama.
5- Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W selepas takbir kedua.
6- Doa buat jenazah selepas takbir ketiga.
7- Memberi salam selepas takbir keempat.

Tuntutlah ilmu dunia seiring dengan ilmu akhirat, semoga bermanfaat buat pembaca.
Wassalam :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)