Fais-SKA

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Friday 1 March 2013

Owhhh Tasik Kenyir


Entri kali ni ambe nak kongsi cerita time bercuti bersama gengs (12 orang) di Tasik Kenyir. Ni cerita tahun lepas punya, bulan 10 kalau ambe tak silap. Balik je bercuti tu tak terfikir pulak nak kongsi dalam blog, mungkin sebab banyak makang ikang tasik kot hehehe..lagi pun sekarang baru dapat semua gambar masa pergi Tasik Kenyir tu. Time-time cuti camnilah ambe rasa rajin nak update blog, tu pun sebab kawan ambe bagitahu nak pergi Kenyir pulak bulan 6 tahun ni. Aduhaiiiiii..harap menjadilah kali ni, sebab percutian kitorang tahun lepas ambe boleh kabo percutian yang gagal, semuanya POYO. 

Nak tahu sebab ape gagal? Hahahaha..sebab kitorang terkandas di tengah-tengah tasik selama 4hari 3malam (lama tu), hampeh punye "Houseboat" dah la bayar mahal, boleh pulak enjin boat jem tengah-tengah tasik, lain kali service la dulu boat tu. Last-last kitaorang balik camtu je, tu pun tunggu sampai 4hari. Perasaan teruja nak pergi air terjun dan taman negara terus jadi bosan (sabar jelah). Aktiviti kitaorang bila dah jadi camni memang banyak tido jelah, memasak, bbq, makan, memancing, tengok movie, tengok krew boat tengah baiki boat, bergambar dan terjun masuk tasik(mandi). Nama tuan houseboat terpaksa dirahsiakan sebab nak jaga periuk nasi dia, ambe nasihat kalau nak tempah houseboat, tengok la yang cantik-cantik. Harga mahal takpe janji puas hati.


Gambar kat atas ni la houseboat yang kitaorang sewa. Ok tak?? Hehehehe ok la kan :) ada bilik kat level2, ada bilik air, tandas, dapur, tempat makan, ruang memancing dan ruang santai. Tapi 1 je yang tak best, tingkap kat level2 tu dia tutup pakai kanvas je. Hampeh punya houseboat, dah la tiap-tiap petang hujan, kitaorang jugak la jadi magsa pegang kanvas tu tunggu hujan dan ribut berhenti. Seram pun ada, dah macam kat laut je bila ribut datang, bergoyang habis, tapi syok pun ada. Meh tengok gambar bawah ni.

Walaupun jadi macam ni, layan jelah :) kenangan indah tu ada bila kitaorang dapat ikan, bila tengok pemandangan yang cantik (memang betol-betol cantik), dapat bergambar, gelak sama-sama, mandi tasik sama-sama dan banyak lagi lah, tak rugi pun kalau korang pergi. Pape pun jika ada kesempatan untuk pergi kali ke2, ambe harap benda camni tak terjadi dah, hahahaha.. ambe salute la gengs ambe ni, korang memang best :) kalau ada yang berminat nak bercuti ke Tasik Kenyir, pergilah ramai-ramai, memang syok sangat-sangat, kalau nak sewa houseboat boleh klik sini dan sini
Bawah ni ada la gambar yang sempat kitorang snap dari mula sampai la balik..layan jelah..

Gambar atas ni time nak balik dah, houseboat yang kitorang sewa ditunda houseboat lain. Yang penting semua selamat. Banyak lagi gambar yang ambe tak kongsi kat sini, nak tengok datang rumah ambe :) Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 2 April 2012

Selamat Pengantin Baru Syafiq

Hadis~ Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Assalamualaikum (^^,) 
Alhamdulillah, tahun 2012 ni ramai betul kawan saya yang berkahwin, syukur lah kepada ALLAH, masing-masing menamatkan zaman bujang dengan mendirikan rumah tangga. Semoga kalian beroleh rezeki yang melimpah ruah dan keredhaan ALLAH S.W.T :) Saya juga yang masih mencari-cari dan menanti-nanti hehehehe... Tanggal 31hb mac 2012 sampai juga saya di Felda Keratong 10. Pada haritu (sabtu) seorang lagi kawan baik saya si SyafiQ selamat di ijab qabul kan. Majlis simple tapi meriah. Sempat juga la jadi photographer walaupun tak pandai sangat hehehehe.. Semoga si SyafiQ ni bahagia la bersama pasangannya sampai ke Syurga.. Amin Ya ALLAH (^^,)v

Alhamdulillah..ni je gambar yang sempat saya snap...





Hadis Rasulullah S.A.W (^^,)

~ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

~ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

~ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

~ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

~ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

~ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

~ Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

~ "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya (^_^)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)