Fais-SKA

Sunday 30 June 2013

Sudah Sebulan Bersama Bersatu

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA, harap anda semua sihat sejahtera. In.shaa.Allah =). Ambil la masa untuk rehat dan bersantai di hujung minggu, bagi ambe, hari biasa ke, hujung minggu ke, tetap sama huhuhu. Tajuk untuk entri kali ni macam poyo je kan, macam tajuk lagu pun ada, tapi tulah hakikatnya apa yang ambe nak kongsikan kali ni. Sebelum tu ambe nak ucap tahniah buat juara bertahan Kelantan atas kemenangan final piala FA semalam. Teruskan penguasaan pantai timur =).


Gambar baby kat atas ni satu-satunya anak saudara ambe setakat ni =). Nama diberi Nur Muhammad Haziq, dah nama lelaki, mestilah hensem macam bapa saudara dia kan hehe. Dah sebulan baby Haziq ni bersama kitorang kat kampung, sebelum ni dia bersama mak dan ayahnya di Negeri Sembilan. Tapi atas dasar kerja, kakak ambe a.k.a mak baby Haziq ni tinggalkan kat kitorang. Alhamdulillah, dah lama sebenarnya rumah ambe ni takde kehadiran baby, adik bongsu ambe pun dah berumur 17 tahun. Dulu time ambe ni kurang matang dan nakal, pernah jugak la minta baby dengan ibu ambe, hahaha lucu pulak bila ingat balik, alasannya sebab perempuan lebih sorang, kalau ada baby lelaki sorang lagi barulah balance family ambe ni =).

Last-last muncul si Haziq ni, ceria je rasa hidup kitaorang =). Walaupun ambe tak ambil part sangat bab jaga dia, tapi tetap dukung dan temankan dia bermain, biasalah..test-test dulu, 1 hari nanti nak jadi bapa juga kan hehe. Sekarang adik perempuan dah balik U tempat dia belajar, jadi dah kurang sorang nak jaga baby Haziq ni. Dah la buas, laju pulak tu meniarap, tengok sekali macam berenang pun ada. Jadi ibu ambe yang jaga sorang-sorang ni sabar jelah dengan karenah dia. Masuk bulan Ramadhan ni memang menguji jugaklah tenaga kitaorang nanti, ape pun tak kisahlah semua tu, yang penting kitaorang gembira dengan kehadiran baby Haziq ni =). Nanti bila mak baby Haziq ni datang ambil dia, dapat la tengok babak-babak sedih, termasuk la ambe sekali kot huhuhu.

Gambar kat atas ni ambe dah mengah sebenarnya, tak larat dah nak dukung dia, berat sangat kot. Bila pegang bagi dia berdiri pun hampeh jugak, kerjanya nak melompat je, kang kalau tak pegang jatuh pula, agak-agaknya dia nak membesar lagi la tu, untung la boleh lompat-lompat. Cepat betul ye awak membesar si Haziq, sebulan mesti 3 kotak susu habis. Semoga baby Haziq ni membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh =). Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Segmen Bloglist Julai & Ogos By Cik akak

بسم الله الرحمن الرحيم


Jum sama-sama memeriahkan segmen cik Akak ni =) syarat pun senang.

Segmen bermula 30.06.2013 dan Tamat 02.07.2013

Jam 8.00 malam (Tamat)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 28 June 2013

Amalkan Selalu

بسم الله الرحمن الرحيم


Sabda Rasulullah s.a.w :  Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :
pada tiap-tiap kali hendak melakukan sesuatu.

2- ALHAMDULILLAH :
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu atau menzahirkan kesyukuran.

3- ASTAGHFIRULLAH :
jika tersilap mengatakan atau melakukan sesuatu yang buruk.

4- IN.SHAA.ALLAH :
jika ingin melakukan sesuatu di masa akan datang.

5- LAHAULA.WALA.QUWATA.ILLAH.BILLAH :
 bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6- INNALILLAHI.WAINNA.ILAHIROJIUN :
jika menghadapi sesuatu musibah atau berlakunya kematian.

7- LAILAHAILLALLAH :
bacalah sebanyak mana yang anda mampu. Amalkan selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah =)

=) سلام جمعة

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, ambe nak kongsi 1 khutbah berkaitan dengan Bahaya Syiah.
Act, dah lama khutbah ni, yang dah tengok tu alhamdulillah. Syiah sekarang dah ada kat Malaysia, ambe harap korang semua hati-hatilah. Dah la sesat lagi menyesatkan, lepas tu banyak sangat kekejaman yang diorang lakukan. Semoga kita ni tidak tergolong dalam golongan Syiah laknatullah ni. Wassalam.





Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100

بسم الله الرحمن الرحيم


Klik banner untuk join =)

TAMAT PADA 30 JUN 2013




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 26 June 2013

Wordless Wednesday #2 - Jom Sama-Sama

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah..  Alhamdulillah..  Lailahaillallah..  AllahuAkbar..
Gambar Ehsan Mr.Google =)

^^  سموڬ برمنفعة

والسلام


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

GIVEAWAY BY:SAIDAH&IKHWAN YUSUFF

بسم الله الرحمن الرحيم

Jum sama-sama support GA kawan kita ni =). Assalamualaikum w.b.t


Saidah dan ikhwan yusuff sedang mencari pemenang untuk menerima 1st giveaway By:Saidah&ikhwan yusuff.Syarat yang dikenakan cukup mudah dan senang.Klik banner untuk join.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1)Buat satu post yang bertajuk Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff
2)Wajib follow blog Saidah dan Ikhwan yusuff
3)Wajib Add circle google plus Saidah dan Ikhwan yusuff
4)Lastly tinggalkan komen korang kat kotok comment-Sini
5)Giveaway berakhir pada 30/OGOS/2013

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG:
#-3 orang pemenang akan mendapat Fridge magnet&postcard daripada saidah(Diimport khas dari      Scotland)
#-2 orang pemenang bertuah akan mendapat topup RM5 setiap orang
#-4 pemenang bertuah akan direview oleh Blog ikhwan yusuff(2) dan Saidah(2)
#-4 orang pemenang akan tersenarai dalam bloglist.

Tunggu apa lagi jom join ramai-ramai.Mungkin anda yang bertuah.Click Banner for joining us!



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 24 June 2013

Segmen Menang RM50 !

بسم الله الرحمن الرحيم

Tengah godek-godek blog orang lain ternampak pulak segmen ni. Menarik la juga sebab penganjur nak bagi duit Rm50. Rezeki kot, sape yang tak nak kan, manalah tahu menang =). Kalau menang, lepas la juga nak bagi duit raya lebih kat budak-budak nanti hehe. Syarat-syarat pun mudah, klik duit untuk join.

Gambar atas ni duit contoh je, jangan ada yang copy dan print buat duit palsu pula.

Tarikh Tutup 17 July 2013.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 23 June 2013

Jum Cuba Dengar

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat disamping keluarga tersayang, in.shaa.Allah =). Jum test dengar bacaan ruqyah kat bawah ni. Difahamkan bacaan ruqyah ni sesuai untuk mengesan dan menghalau jin dalam tubuh seseorang. Semalam tengah godek-godek mukabuku, terjumpalah video ni, ambe ada test dengar, mula-mula tu memang la berdebar hehe. Jum sama-sama dengar. Mungkin korang dah pernah dengar, tapi tak salah pun nak dengar lagi kan, tenang je jiwa bila dengar dan hayati ayat Al-Quran.


Ujian Mengesan Jin Dalam Badan
Dengarkan bacaan ruqyah ini sehingga habis, jika rasa tidak selesa, mual, batuk, menguap/ mengantuk, berpeluh atau seram sejuk, berdebar-debar, pening, merasakan ada sesuatu yg bergerak atau berdenyut dlm badan, sendawa atau apa2 shj yg luar biasa itu tandanya ada jin didlm tubuh. dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami di halaman Rawatan Islam insyallah kami cuba membantu. (copy n paste)


Klik page Rawatan Islam




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Capai Target 2013

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam syaaban dari SKA buat semua, harap hujung minggu korang diisi dengan akitviti yang berfaedah =). Bila ambe tengok blog SKA ni kan, sedih pun ada, takpe tahun ni ambe harap blog SKA dapat lah capai target 100 entri. Hahaha target ambe sebenarnya ni, segan juga bila tengok jumlah entri tak cecah pun lagi 100, padahal dah 2 tahun++ ambe dalam dunia blog. Time blogwalking je, mesti nak bandingkan jumlah entri blog korang dengan blog SKA ni. Maju betullah la korang, ambe pula rasa ketinggalan (salute-salute).

Nampak tak??. Baru 86 post + entri yang ni = 87, agak-agak boleh ke capai target 100 entri tahun ni?? 
Jentik pipi tanyalah diri sendiri.


Walaupun baru 87, nampak tak peningkatan pada gambar kat atas ni??. Hehehe ok la tu tahun 2013 makin meningkat, in.shaa.Allah harap makin meningkatlah untuk tahun-tahun akan datang. Selagi tak lalai dari kehidupan seharian sebagai hamba Allah, boleh la nak blogging lagi =). Act tahun 2011 dan 2012 tu ambe jarang sangat online, mungkin sebab kerja, so sibuk je memanjang dekat site. Time tu pun tak minat sangat nak online, apatah lagi idea untuk update blog, kepala sentiasa ingat drawings dan plans je. 

Sekarang tengah cuti panjang, rasa seronok la sikit nak layan blog. Idea pun adalah daripada takde langsung, kalau takde tak jadi hal la. GA dan Segmen sentiasa ada kan. Terima kasihlah yang pernah tagged ambe untuk join Segmen atau GA. Kalau syarat senang dan ada masa confirm ambe join, kalau kena like banyak-banyak dan kena tunggu loading bagai in.shaa.Allah dipertimbangkan. Ape pun happy blogging semua, jum capai target =). Semoga bermanfaat, wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 20 June 2013

Urut Kaki OK ke??

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA buat semua, sihat ke dok hari ni?? Harap korang semua sihat-sihat je =). Syok betul gambar mamat kat atas tu kena urut kan. Hahaha, lupakan gambar tu, takde kaitan pun. Act ambe ada benda nak tanya, pernah tak korang kena urut??? Lepas kena urut tu rasa ada perubahan tak?? Tak kiralah urut ape sekali pun. Ambe ingat hujung minggu ni nak pergi urut kaki. Allah pun tak suka hambaNya berserah pada takdir semata-mata, jadi ambe berhajat nak pergi mengurut. Orang kata berusaha untuk cepat sembuh, mana tahu kot-kot sembuh kan =)

Mengurut Kaki Yang Patah

Kawan kelab ambe pun cadangkan pergi mengurut dekat kijal. Katanya dah ramai yang pulih lepas mengurut dengan bomoh patah ni. Kalau nak letak harapan 100% tu tak la, sebab kuasa penyembuh tu Allah je yang boleh bagi. Rasa-rasa macam nak pergi la pula, lagipun entri ambe yang lepas-lepas ada seorang saudari ni komen pasal bomoh patah. Yang bestnya dia bagitahu atas pengalaman keluarga dia sendiri. Bomoh yang di maksudkan tu pun sama dengan kawan kelab bagitahu.


Hahaha, siap bagi bukti lagi ha =). Terima kasihlah Dilla sebab meyakinkan ambe, kalau nak ikutkan, tak percaya sangat dengan bomoh patah ni. Kan tak pasal-pasal punah habis saraf kaki ambe. In.shaa.Allah hujung minggu ni nak pergi. Kalau tak ok jugak dalam masa terdekat, terpaksa masuk besi gak la. Takpelah, janji boleh melompat sepuasnya. Ni no. telefon tukang urut di Kijal Kemaman, Pak Lah patah - 0139757943


P/s : Mengurut ni sakit dia camne ye?? Hahaha teringat masa kena simen bulan lepas, brader yang simen kaki siap tarik-tarik lagi kaki sebab nak betulkan tulang. Ambe pulak duk melawan, sakit kot dia nak samakan tulang tu, last-last 4 orang terus yang buat. Wassalam =)

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 19 June 2013

Penghargaan Tak Seberapa Buat Mereka


Salam dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat sejahtera, in.shaa.Allah =). Harini ambe cuma nak bagi doodle buat Top 10 yang rajin komen blog SKA. Act ambe nak remove software adobe photoshop, sebelum remove terfikir pulak nak buat doodle dulu. Sebagai penghargaan terimalah doodle yang tak seberapa ni, nak kasi hadiah mahal-mahal tunggulah ambe kaya dulu yup. Terima kasih la kat korang semua yang sudi tinggalkan komen dan follow blog SKA =). Yang mana sudi follow blog SKA, minta tolong tinggalkan jejak kat cbox. Senang ambe nak terjah dan follow balik =). Jika ada silap dan salah, ambe mohon maaf dan tegurlah ambe ni keh.

P/S---> Kalau tak comel sorilah yup..tapi ambe cuba buat tema blog korang. Cam biasalah, buat ikut mood je..hehe. Nak minta maaf jugak kalau entri kali ni lambat loading, sebab banyak gambar =)



Adik Mia ni memang friendly. Blog dia memang best, santai je, setiap entrinya pasti buat korang tersengih sorang-sorang bila membaca =). Seorang yang berani, rajin bw dan kreatif bab bercerpen. Semoga dirahmati Allah selalu dan in.shaa.Allah dapatlah biasiswa tu nanti yup. Senyum Sokmo!! =)



Adik Nana ni pun friendly jugak. Lebih suka dipanggil Me kan?? Rajin membaca, rajin bw dan minat warna biru. Katanya nak sangat anak saudara, in.shaa.Allah dapatlah tu nanti hehe. Blog Me ni kemas je, penuh dengan info yang berguna. Semoga dirahmati Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Senyum Sokmo!! =)



Bro Bin Muhammad antara blogger terawal jugak la yang komen blog ambe ni =). Seorang yang prihatin sangat dengan alam sekitar dan keadaan sekeliling. Blog Relaks Minda bro BM ni memang best, penuh dengan info yang berguna. Nak relakskan minda?? Jumlah ke blog bro BM. Semoga dirahmati Allah selalu dan bahagia disamping keluarga. Senyum Sokmo!! =)



Super Mama KakLea ^^. Blog kakLea ni antara blog yang wajib ambe terjah. Macam-macam benda KakLea kongsi. Seorang ibu dan isteri yang penyayang, berpengetahuan luas dan suka tengok WHI. Semoga dirahmati Allah selalu dan bahagia disamping keluarga. Senyum Sokmo!! =).



Nina ni orang penang bak hang, nanti boleh la belanja ambe c.k.teaw kan?? hehehehe. Seorang yang friendly dan rajin bw. Blog dia pun kemas je dan macam-macam cerita dia kongsi =). Semoga dirahmati Allah selalu dan semoga test JPJ nanti lepas keh. Senyum Sokmo!! =)



Adik nies pun friendly jugak. Blog pink dia penuh dengan perkongsian ilmiah dan kehidupan diri sendiri. Blog yang simple, cantik dan kemas. Seorang yang suka dengan baby dan budak-budak. Siapa yang ada baby untuk diasuh, carilah Nies yup, alaaa free je..toksah pening-pening ^^. Semoga dirahmati Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Senyum Sokmo!! =)



Siapa tak kenal dengan Bunda ni kan =). Seorang ibu yang rajin dan penyayang. Blog bunda pun best, banyak perkongsian yang berguna dan bermanfaat. Semoga dirahmati Allah selalu dan bahagia disamping keluarga. Senyum sokmo!! =)



Adik Anis SK yang kreatif dan friendly. Muda-muda lagi dah kreatif, seorang yang pandai edit blog dan buat doodle yang comel. Nak tempah??? Terjah la blog SK. Semoga dirahmati Allah selalu dan dapat result PMR yang cemerlang. Senyum Sokmo!! =)



Korang mesti dah kenal dengan Kak Aiza yang friendly ni kan =). Seorang yang rajin sangat bw dan bagi ambe seorang yang tegas kot hehe. Kak Aiza suka kucing kan??. Blog kak Aiza best, banyak info yang berguna dikongsikan selain kisah kehidupan sendiri. Semoga dirahmati Allah dan berjaya dalam hidup. Senyum Sokmo!! =)



Bro ni ambe tak tahu nama ape dan tak tahu nak panggil ape, panggil jelah Bro Pheonix boleh la deh. Seorang yang bz dengan kerja, sempoi dan memang friendly. Kalau korang terjah blog bro ni, confirm dia terjah balik haha. Semoga dirahmati Allah selalu dan dimurahkan rezeki ye bro. Senyum Sokmo!! =).

******************************************************

Alhamdulillah, panjang pulak entri kali ni. Tak jadi W.W# la gayanya. Yang belum follow tu, follow la blog diorang ni =). Semoga bermanfaat. Wassalam..



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 17 June 2013

Segmen Review Ke 3 By AkuPenghibur.com

بسم الله الرحمن الرحيم


Bila dah takde idea nak share something kat blog SKA ni, join segmen & bw jelah jawabnya =).
Banyak pula join segmen harini, harap menang la nanti hehehe. 
Kali ni ambe nak support segmen dari Acik, syarat pun senang je. 
Sape nak join klik je banner kat bawah ni keh. Wassalam.


berakhir jam 12 Malam pada 23 Jun 




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Simple GiveAway 3 Hari Bersama Blog Madah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA. Sepatutnya semalam ambe dah nak join GA dari Cik Akak ni, tapi tak berkesempatan pulak, hehehe sorilah ye Cik Akak =). Terima kasih Nies dan Ana sebab jemput ambe join GA ni. In.shaa.Allah, jum sama-sama meriahkan GA dari Cik Akak. Syarat-syarat diberi pun mudah je, hadiah pun ohsem gak, klik je banner bawah ni kalau nak join yup. =) Wassalam..


Giveaway tamat : 19 jun 2013 jam 8.00 malam

Ambe nak tag ramai sikit la kali ni =)
Jemput join, dan mangsa-mangsanya.

3. Hajar
4. Mira



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Segmen Follow April hingga Disember 2013

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA =) kali ini ambe nak join segmen by CIk Akak. Dah lama nampak segmen ni sebenarnya, tapi bila tengok tarikh tutup bulan disember rasa macam sempat je kalau join bulan disember hehehe. Takpelah join jelah dulu, takut akan datang sibuk dengan kerja pulak, entah sempat ke tak layan blog nanti. 
Jum meriahkan segmen Cik Akak ni =). Wassalam



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 14 June 2013

سأندايڽ القرءان بيسا بربيچارا

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku kitab yang dicetak dengan sangat cantik.
Aku diberi sampul mewah yang sangat indah.
Aku pasti ada di setiap rumah orang muslim.
Tapi, di dalam hati setiap muslim aku jarang ditemui.

Aku diletakkan di atas rak yang tinggi.
dibiarkan disana, aku ditinggalkan dan dilupakan.
Kadang-kadang aku diletakkan ditempat yang kotor, katanya untuk mengusir hantu & jin.
Dan disana juga aku dibiarkan, ditinggalkan dan dilupakan.

Dengan penuh rasa hormat aku banyak dicium setiap kali selesai baca.
Tapi, pelajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu dilupakan.
Mereka mengabaikan pesanan yang ada padaku.
Ada kalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu.

Kegunaanku yang sebenarnya sangat jarang diperhatikan.
Sungguh betapa ajaibnya aku bisa mengubah dunia.
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku.
Pelajarilah aku dan perhatikan apa yang aku katakan untukmu.

Aku punya hukum.
Aku punya kebijaksanaan.
Aku punya sesuatu yang sangat berharga.
Dan banyak lagi yang aku punya yang tak bisa kau hitung.

Akulah penyelamatmu.
Akulah petunjukmu.
Aku diturunkan oleh Allah untukmu.
Aku diajarkan kepada Rasulullah S.A.W serta dipertahankan dengan air mata dan darah.

Kebenaran adalah kemahsyuranku.
Maka bacalah aku, pelajarilah aku, amalkanlah aku dan sampaikan isi yang ada padaku.
Kerana.
AL-QURAN AL-KARIM adalah namaku.


Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya, 
agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,
yang kepunyaanNya kerajaan langit dan bumi, 
dan Dia tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya,
dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.

Surah Al-Furqan 1-2.


(=  SKA سلام جمعة دري



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 12 June 2013

Sama-Samalah Kita Membantu Saudara Kita Ni




Kepada Sahabat,

Pelajar di atas bernama Aliff Asyraff, pelajar UTP kemasukan Januari 2013. Beliau kehilangan kaki kanan akibat daripada kemalangan tragik semasa menunggang pulang ke rumah di Jelapang. Beliau kini dalam status penangguhan sehingga September 2013. 
Ayah beliau bekerja di Pasar Malam manakala Ibu beliau menjaja air di sekitar sekolah berdekatan dengan rumah mereka. Pendapatan isi rumah keluarga Aliff tidak lebih RM3000 sebulan. Baru-baru ini Ibu Aliff datang dan berjumpa dengan Unit Kebajikan UTP untuk memohon bantuan kewangan dalam membeli kaki palsu yang berharga RM17,000.00

Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Aliff.

Maklumat beliau adalah seperti berikut:-
NAMA : MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN MOHD HAMDAN
ID PELAJAR : 0018935
JURUSAN : ASAS KEJURUTERAAN AWAM
KEMASUKAN : JANUARI 2013

Akaun CIMB Ibu Aliff
Nama Akaun : NOOR ASY KIN BT YAAKOP
No Akaun : 08030115307529

Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya tekan "like" dan kongsikan artikel ini kepada kawan anda.

Terima kasih.

Unit Kebajikan UTP
Persatuan ALUMNI UTP

Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Aliff.
Maklumat beliau adalah seperti berikut:-NAMA : MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN MOHD HAMDANID PELAJAR : 0018935JURUSAN : ASAS KEJURUTERAAN AWAMKEMASUKAN : JANUARI 2013
Akaun CIMB Ibu AliffNama Akaun : NOOR ASY KIN BT YAAKOPNo Akaun : 08030115307529


Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya tekan "like" dan kongsikan artikel ini kepada kawan anda. 
Terima kasih.
Unit Kebajikan UTPPersatuan ALUMNI UTP



****************************************************************

Tengah godek-godek mukabuku tadi, ternampak artikel ni. Terus ambe rasa nak share kat blog ni. In.shaa.Allah sama-samalah kita bantu apa yang patut. Semoga beliau tabah dan cepat sembuh. 
Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

W.W#1 - Dari Anis SK



Doodle kat atas ni ambe dapat dari adik Anis SK =). Comel je, terima kasih sangat-sangat yup, 
cemburu tengok doodle tu duduk bersila hehehehe. Anis ni pandai edit blog dan buat doodle, 
sape-sape yang ada masalah dengan blog, nak tutorial, tempah atau edit blog boleh la ke blog SK
Terima kasih sekali lagi..Wassalam =)




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 11 June 2013

"Segmen headerku comel"

بسم الله الرحمن الرحيم


Harini rasa rajin pulak nak join segmen =) kali ni ambe nak support segmen dari adik Nur Irdina
jum pakat join sebelum tarikh tutup 15 Jun 2013 & syarat yang diberikan pun senang je.


Alhamdulillah, ni header blog ambe yang ke6 dah kot, tak pastilah pulak comel ke tak, tapi manis dipandang tu adalah kot hahaha, yang penting ambe buat sendiri. Okeh, nak cerita la sikit tentang header blog ambe ni. 

1~ Assalamualaikum---> Pembuka bicara bagi umat Islam =)

2~ S.K.A blogspot---> Nama blog ambe, dan Cerita Ceritut Tentangku adalah kisah 360' perjalanan dan idea ambe. Yang baik dan bermanfaat in.shaa.Allah ambe kongsikan kat sini =)

3~ Gambar jejaka poyo sebelah kiri---> Gambar tu melambangkan ambe, hahaha sesuai sangat sebab ambe kalau on laptop je confirm headphone kat telinga, macam berada dalam dunia sendiri je. Ambe pun minat jenama just do it Nike =).

4~ I Love Allah---> Semestinya Allah no1 dalam diri setiap manusia. Allahurabbi =)

5~ I Love Sports---> Kalau tengok kat header tu pun ada gmbar motoGP, kereta F1, logo ManU dan logo Harimau Malaya. Ambe ni memang peminat fanatik sukan permotoran dan bola sepak =) tak sah kalau sehari tak layan astro sports. Tapi ambe takdelah share sangat tentang sukan dalam blog ni, sebab ambe tahu tak semua orang suka sukan. Nanti orang tak nak datang blog ambe susah pulak kan =)

6~ Fais M'zaki---> Okeh yang ni panggilan untuk ambe, nak letak nama sendiri panjang sangat. Panggil Fais jelah yup =) peace yoOo..Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Segment : Sebarkan Salam Eratkan Ukhwah by Ms.Jujue

بسم الله الرحمن الرحيم

sebarkan salam itu kan lebih mulia
saling mendoakan kesejahteraan .. ^_^..
moga ukhuwah kita bertambah erat di antara blogger baru dan lama..
salam perkenalan dari saya Fais SKA

TARIKH TUTUP 7 JULAI 2013

Syarat pun senang je..nak join klik banner di atas =)
Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 10 June 2013

Untuk Dia & Dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA buat semua, harap korang sentiasa dirahmati Allah selalu =). Harini nak buat entri pendek je, nak bagi doodle kat Cik Akak dan Anis SK. Doodle kat atas ni khas ambe buatkan untuk Cik Akak, haritu Cik Akak ada minta ambe buatkan doodle pengantin. Sorilah kalau tak cun macam orang lain, ambe buat ikut mood je pun, lagipun ni bukan bidang ambe hehehe. Ehemmm..Cik Akak nak kahwin ke?? Kenapa tiba-tiba minta buatkan doodle pengantin?? hahaha kontoi ke ni??!! Entri sebelum ni ramai yang tanya ambe bila nak kahwin eh, sekarang tanya la Cik Akak pulak hahahaha =)


Doodle kat atas ni khas untuk adik Anis SK =). Kalau tak cun sorilah yup. Ambe perasan kan, ramai blogger nama Anis, adik ambe yang SPM tahun ni pun nama Anis. Buat Anis SK, PMR tahun ni buat yang terbaik, semoga dipermudahkanNYA, all the best =). Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Saturday 8 June 2013

Tahniah Untuk Mereka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA buat semua =) harap korang sentiasa sihat selalu. Cuti sekolah ni ramai betol yang kahwin kan, termasuklah kawan rapat ambe. Apa pun tahniahlah buat mereka yang berkahwin, bertunang atau pun baru dirisik hehehe. Tahniah la sebab anda dah berjaya bina masjid anda sendiri, semoga hubungan tu berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Sembang bab kahwin ni, semalam ambe pergi akad nikah kawan rapat ambe, ingat tak nak pergi sebab takut sesak, last-last kawan datang ambil jugak. Alhamdulillah la dengan sekali lafaz, kawan ambe tu dah jadi suami buat pasangannya =).

Harini ambe tak dapat nak datang majlis perkahwinan diorang. Sah-sah bila majlis perkahwinan ni sesak kan, hehehe nasib baik la dah tunjuk muka semalam, kawan tu faham la kot, sorilah sebab pergerakan ni terbatas sangat =). Apa pun ambe doakan kawan ambe tu bahagialah dengan pasangannya, semoga dirahmati Allah selalu dan berkekalan hingga ke syurga. Seronok kan kahwin ni, macam-macam benda boleh buat bersama-sama dan yang paling manis adalah beribah bersama-sama, lepas tu raya pun sama-sama heeeee =).

Nah..hadiah untuk kawan baik =). Saje buat pengantin perempuan tu senyum lebih, tandanya dia suka dan sayangkan kawan ambe heeeeeee... Tak sangka kawan yang sempoi-sempoi dah ramai kawin, tersenyum sorang-sorang dibuatnya =) Ehem-ehem, lepas ni kalau plan nak pergi honeymoon, nak ikut sekali boleh??? hak hak hak ^^. Semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Giveaway by Waney Zainuddin - Duit Raya 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah harini nak join GA dari kak Waney =) belum puasa dah nak bagi duit raya tu, sape tak nak kan hehehe. Yang belum ganti puasa jangan lupa ganti puasa korang. Terima kasih Nies sebab tag ambe, tengok syarat pun senang, so nak support la GA ni. Jum kita pakat join, in.shaa.Allah mana tahu rezeki korang.

Klik banner kalau nak join =)

Tarikh tutup:
6 Julai 2013
atau 
Bila peserta mencecah 100 orang
(which ever comes last)

Mangsa tag~ Me, SK, BroPheonix


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 6 June 2013

Adab Merokok

Salam Israk Mikraj dari SKA buat semua =) harap korang berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ambe dapat tahu harga rokok naik lagi. Hehehehe tapi yang bestnya walaupun harga rokok naik, takde pulak perokok ni merungut, termasuklah kawan ambe yang merokok (bagus kan diorang ni). Pernah tak korang alami situasi kurang ajar, kurang adab atau apa-ape jelah dengan si perokok??. Ambe bukan nak kutuk golongan perokok, cuma nak kongsi beberapa adab bagi perokok yang kurang adab kat luar sana. Ape yang baik ambil dan yang buruk tu kita jauhkan la, jum baca adab merokok kat bawah ni.


1~ Mula-mula nak nyalakan rokok tu jangan lupa baca Bismillah, berapa orang sangat la yang baca bismillah sebelum merokok. Amalkan bismillah sebelum memulakan sesuatu perkara.

2~ Time merokok tu kalau korang rasa nikmatnya rokok yang korang hisap, jangan lupa ucaplah “Subhanallah nikmatnya”, tak pun “Allahuakbar..nikmat sungguh rokok ini”. Kan dapat pahala. Tapi, benda yang memudaratkan ni nikmat ke???.

3~ Bila dah habis merokok jangan lupa ucap “Alhamdulillah”

4~ Ketika korang merokok sambil bercakap dengan teman rokok korang, jangan lalai sangat bersembang, rokok yang menyala tu tengah bakar diri sendiri tanpa dihisap, kan membazir tu amalan Syaitan, mahal kot rokok sebatang, apatah lagi kalau sekotak. Yang bawa motor pun sama, time bawa motor tak payah hisap, lagi cepat rokok tu terbakar bila kena angin. Walaupun korang guna duit sendiri, kalau Allah tak buka pintu rezeki kat korang, jangan harap la boleh beli rokok.

5~ Jangan hisap rokok di khalayak ramai, sebab asap rokok boleh memudaratkan orang lain. Merokok je sorang-sorang di tempat tersembunyi lebih afdal.

6~ Jangan merokok berhampiran kanak-kanak atau perempuan yang sedang mengandung, kecian diorang, perempuan tu tengah berjihad bersama anak dalam perut dia dan anak yang akan dilahirkan nanti mesti la nak sihat-sihat je. Bagi kanak-kanak pulak, mestilah dia nak masa depan yang sihat kan.

7~ Jangan merokok ketika memandu, korang mungkin merbahayakan diri sendiri dan orang lain. Bila merokok dalam kereta confirm buka tingkap, tangan yang pegang rokok kat luar tingkap, pastu bara rokok terbang kena orang bawa motor atau kena kereta orang lain. Silap-silap boleh eksiden.

8~ Patuhi papan tanda Dilarang Merokok. Nak orang lain hormati anda? Hormatilah orang lain juga.

9~ Jangan biarkan rokok korang menyala ketika nak buang, pastilah korang hilangkan dulu bara kat rokok, supaya mengelak terjadinya kebakaran.

10~ Sesudah merokok, elakkan bercakap dengan orang yang tak hisap rokok buat seketika. Korang akan menyebabkan orang tak selesa dengan bau rokok yang masih ada kat korang.

11~ Bila dah hisap rokok, jangan lupa gosok gigi. Kesihatan mulut pun terjamin, gigi pun tak berkarat dan dapat pahala sunnah bersugi lagi.

12~ Jika korang perokok tegar atau pun tak. Selalulah ingat Allah, sebab Allah tak suka hambanya memudaratkan diri sendiri, dalam kata lain menzalimi diri sediri. In.sha.Allah, mungkin korang akan insaf dan mulakan hidup baru yang lebih sihat di samping keluarga tersayang.

********************************************************************

Actually takde bantahan pun kat sini bagi yang merokok, tu kan hak masing-masing, kita tak boleh mengubah seseorang melainkan kehendak dirinya sendri. Kawan ambe pun ramai je yang merokok, tapi diorang tahulah nak hormat kita sebagai kawan =). Kalau ada jugak yang marah-marah bagitahu ''ni hal aku, hidup aku dan ikut suka akulah''. Senang cerita, bila rasa diri tu nak mati esok-esok. Pergi gali kubur sendiri siap-siap dan tido je dalam tu, tak payah orang lain nak uruskan. Bila hidup bermasyarakat ni, kenalah saling hormat menghormati dan janganlah sombong =). Ambe sendiri pun ada pengalaman dengan perokok yang kurang ajar, time tu memang rasa nak bunuh orang je, tapi kesabaran tu lebih penting. Sebab tulah nak share adab-adab merokok, hati manusia ni bukan kita boleh baca pun. Yang pandai jaga adab tu tahniah la ambe ucapkan. Sekadar berkongsi, semoga bermanfaat =) Wassalam.


P/s~ Korang tahu tak hukum merokok tu apa?? Meh baca sini-----> Hukum Merokok


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 4 June 2013

First Segmen by Princess : Indahnya Kata- Kata

Bismillahirrahmanirrahim


Terima kasih la me sebab tag ambe, bila tengok syarat-syarat segmen ni pun senang je, terus rasa nak join =) moh la kita join ramai-ramai. Klik banner untuk join, tarikh tutup 6jun 2013.

SKA Quote


Sebabnya :-

~ Ramai di antara kita lupa nak ucap ''Bismillah'' apabila memulakan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian, termasuklah ambe sendiri (subhanallah), sama-samalah kita muhasabah diri yup. Redha Allah tu sangat penting, dengan ucapan "Bismillah" dalam melakukan sesuatu, kita pasti mendapat keredhaan Allah. In.shaa.Allah =)

~ Pernah tak korang tengok ceramah Dr.Muhaya di astro Oasis?. Beliau pernah buat kajian tentang ''Senyuman''. Orang yang memulakan harinya dengan ''Senyuman'' dan sentiasa senyum, akan memanjangkan umur sesorang dan memberi aura positif buat tubuh badan. Bila kita sentiasa senyum, pahala pun dapat sebab ''Senyuman'' itu sedekah. Banyak makna di sebalik ''Senyuman''. So..senyum sokmo =)

~ In.shaa.Allah sama-samalah kita amalkan tiap-tiap hari. Ambe masa eksiden bulan 1 pun memang down sangat-sangat. Sebab salah 1 nikmat yang Allah bagi pinjam dah kena uji, time tu memang terkejut sebab banyak benda ambe nak capai tahun ni. Tapi perancangan Allah tu lebih baik, sekarang dah masuk 5 bulan. Takkan ambe nak terus down, yang penting kenalah redha dan positif selalu. Tu jelah nak kongsi, jangan lupa amalkan bismillah dan senyumlah selalu. Bila korang senyum, yg kurang cun macam ambe pun boleh jadi cun. Tak percaya? Cuba senyum sorang-sorang depan cermin..Olololo comelnya hakhakhak..kan kan. 
Ikhlas dari hati, Wassalam =)

Ambe nak tag korang semua yang sudi follow blog SKA (terima kasih yup)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 3 June 2013

Berhati-Hati Di Jalan Raya


Salam dari SKA buat semua =) mulakan harimu dengan Bismillah dan senyuman. Pagi ni ambe dapat tahu kawan kelab motor eksiden semalam kat dungun, gambar kat atas tu motor dialah. Alhamdulillah dia luka-luka ringan je, tapi motor pulak teruk. Dalam duk nasihat dan datang melawat ambe, tup-tup dia pulak eksiden, ujian Allah tu tak kenal sape-sape kan. Bila tengok keadaan motor kawan ni, teruk la jugak, tapi teruk lagi motor ambe, hahahaha sadis je rasa. Takpelah ujian kan, yang penting redha.

Betul ke orang cakap kalau motor atau kereta yang dah pernah eksiden, lepas tu akan berlaku lagi eksiden?? Pernah dengar tak ungkapan macam tu??. Sebab kawan ambe ni rasanya dah 3 4 kali eksiden, alhamdulillah dia ok je, dia dah macam kebal pulak dengan eksiden ni huhuhu. Dah la kelab ada anjurkan konvoi ke Cameron Highlands bulan june ni. Tuan takde pape, motor 2 3 hari boleh siap baiki, harap sempat la dia join sekali =) Ehem-ehem, sape tengok bola England vs Brazil pagi tadi?? Ambe tak sempat nak tegok, tapi takpelah yang penting goal Rooney smart kot hehehehe. Akhir kata dari ambe, "Berhati-Hatilah Di Jalan Raya" ingatlah orang tersayang =) Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 2 June 2013

#SEGMENT TAMBAH FOLLOWER & PENCARIAN BLOGLIST

Salam dari SKA buat semua =) jom sama-sama support segmen kawan kita ni.


Klik banner untuk join =)....terkini 130, Salam Ukhuwah Fillah.




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)